16/06/2026
Menimba Ilmu Durian di Danok, Thailand πΉπ
Hari ini team My Durian Ranau berpeluang melawat Kebun Durian Danok, Thailand bersama One Day One Durian The Kebun FastGrow Fertilizer HQ Azizul Julirn
Melihat sendiri pokok-pokok yang sarat berbuah, teknik ikatan buah, pengurusan kebun dan cara mereka menghasilkan durian berkualiti tinggi memang membuka mata kami.
Apa yang saya belajar kali ini:
1. Durian yang banyak bukan berlaku secara kebetulan
2.Pengurusan nutrien mesti tepat
3.Kawalan air dan akar sangat penting
4. Disiplin penjagaan kebun menentukan hasil
Ramai orang nampak buah yang bergantungan, tetapi tidak nampak bertahun-tahun usaha, ilmu dan pengorbanan di belakangnya.
segala ilmu yang diperoleh di Thailand ini akan saya bawa pulang untuk dikongsikan kepada semua pengusaha durian di Sabah, khususnya di Ranau.
Terima kasih kepada Kebun Durian Abd Somad atas perkongsian ilmu yang sangat bernilai.
Siapa yang berminat dengan ilmu penanaman durian, baja, penyakit, pengairan dan pengalaman kebun durian, follow page My Durian Ranau. Banyak lagi perkongsian menarik akan saya kongsikan selepas ini. π