03/01/2026
Assalamualaikum vendor-vendor Bukit Beruntung/Serendah
Untuk makluman, kempen promosi Founder Misi telah tamat pada hujung bulan Disember. Oleh itu, terdapat beberapa vendor sebelum ini yang tidak sempat menyertai kempen diskaun 30% tersebut.
Kali ini, Team Admin Misi Bukit Beruntung telah berpakat untuk menghasilkan video promosi versi Bukit Beruntung sendiri.
Kempen ini terbuka kepada semua vendor.
Syarat kempen adalah ringkas:
Diskaun 30% sehingga hujung bulan Februari (bulan puasa)
Vendor boleh menetapkan limit minimum 1 promo sehari
Walaupun pelanggan membeli 1 item sahaja, vendor tidak akan dikenakan 10% caj belanja delivery, kerana pelanggan perlu menambah item lain untuk mencukupkan minimum RM15
Jika vendor meletakkan lebih daripada 3 item promo harian, vendor boleh menetapkan 1 orang untuk 1 menu sahaja
Kempen ini boleh dianggap sebagai kos pemasaran, sama seperti kos iklan Facebook Ads, Google Ads atau TikTok Ads yang pernah dibuat sebelum ini
Konsep video promosi versi Bukit Beruntung:
Konsep mudah dan menggunakan gimik
Contoh: Harga kedai RM10 → dapat cashback RM3
Cashback ini akan disyorkan dalam video walaupun pelanggan membuat pesanan dine-in atau delivery
Untuk dine-in, jika pelanggan membuat review Google Maps vendor dan review Misi, mereka akan menerima tambahan 10% cashback
Inisiatif ini membantu menaikkan review vendor dan secara automatik meningkatkan kedudukan carian apabila pelanggan mencari vendor untuk dine-in
Tambahan 10% cashback ini hanya untuk vendor yang mempunyai premis atau kedai tepi jalan
Peniaga dari rumah p**a, pemasaran adalah sehingga 30% sahaja
Tiada bayaran dikenakan kepada vendor, kecuali jika vendor ingin membuat add-on perkhidmatan seperti:
Website custom KlikBisnes
Merchandise atau pakej lain
(Add-on ini ditawarkan oleh Team Admin Bukit Beruntung sahaja dan bersifat pilihan.)
Untuk sesi shooting video, semuanya adalah percuma.
Jika berminat, vendor boleh PM admin masing-masing dan satu group khas marketing akan diwujudkan jika perlu @ group sementara bagi menyusun jadual shooting video.
Yang benar,
Admin Misi Rafidi
Misi Bukit Beruntung/Serendah