AIM Wilayah Negeri Sembilan Melaka

AIM Wilayah Negeri Sembilan Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from AIM Wilayah Negeri Sembilan Melaka, Rembau.

02/08/2026
02/08/2026
20/06/2026

โ€ผ๏ธ SAHABAT USAHAWAN AIM, JOM REBUT PELUANG MENAMBAH ILMU AI UNTUK PERNIAGAAN! โ€ผ๏ธ

๐Ÿค” Pernah dengar tentang AI (Artificial Intelligence) tetapi masih tertanya-tanya bagaimana teknologi ini boleh membantu mengembangkan perniagaan?

๐Ÿ“Œ Bersempena Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) Edisi Melaka 2026, Sahabat Usahawan AIM dijemput menyertai sesi perkongsian khas anjuran INSKEN bertajuk:

๐ŸŽฏ Fenomena AI: Peluang atau Ancaman?

Melalui sesi ini, peserta akan didedahkan dengan penggunaan AI dalam operasi perniagaan harian, pemasaran digital, penghasilan kandungan, pengurusan pelanggan serta pelbagai lagi peluang yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan.

๐Ÿ“ Lokasi: Pentas Utama HPM, Morten Walk, Melaka
๐Ÿ“… Tarikh: 20 Jun 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 2.30 petang โ€“ 4.00 petang

๐Ÿ“ Pendaftaran:
https://myinsken.com/public/PRIME26_1613

๐Ÿ“ฃ Jangan lepaskan peluang mendapatkan ilmu baharu yang mampu membantu perniagaan berkembang selari dengan perkembangan teknologi semasa.

Singgah juga ke Booth AIM sepanjang Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia di Morten Walk untuk mendapatkan maklumat pembiayaan dan program pembangunan usahawan AIM.

Jumpa Sahabat Usahawan AIM di sana! ๐Ÿ‘‹






MyINSKEN

Jom Support Sahabat Usahawan AIM di Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) 2026 Edisi Melaka bertempat di Morten Wa...
19/06/2026

Jom Support Sahabat Usahawan AIM di Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (HPM) 2026 Edisi Melaka bertempat di Morten Walk, Melaka dari 19 hingga 21 Jun 2026.

18/06/2026

ESOK DAH START KORANG!โณ๐Ÿฆ๐Ÿ”ฅ

Wah, pejam celik tinggal 1 HARI JE LAGI sebelum bumi Melaka digegarkan dengan ๐Š๐š๐ซ๐ง๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐‡๐ž๐›๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ง๐ข๐š๐ ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐‡๐๐Œ) ๐„๐๐ข๐ฌ๐ข ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”!

Min dah nampak khemah-khemah pameran semua dah mula pacak ni! Dah boleh standby siap-siap kosongkan bonet kereta untuk esok kita nak serbu Jualan MADANI KUSKOP! Diskaun sehingga 30% tau.

๐Ÿ—“๏ธ : ๐Ÿ๐Ÿ— ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ - ๐€๐ก๐š๐)
โฐ : ๐Ÿ๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฉ๐š๐ ๐ข - ๐Ÿ๐ŸŽ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฆ๐š๐ฅ๐š๐ฆ
๐Ÿ“ : ๐Œ๐จ๐ซ๐ญ๐ž๐ง ๐–๐š๐ฅ๐ค, ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š

Masuk adalah PERCUMA je korang!

Nanti jumpa Min kat mana? Melaka ler~! ๐ŸŽ๏ธ๐Ÿ’จ

Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi





Alhamdulillah, selesai sudah Bengkel Kepimpinan Asas AIM Cawangan Rembau yang telah berlangsung di Kolej Kemahiran Tingg...
11/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Bengkel Kepimpinan Asas AIM Cawangan Rembau yang telah berlangsung di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada seluruh barisan pengurusan serta kakitangan AIM Cawangan Rembau, KUICK Cawangan Rembau, dan para pengerusi kump**an yang hadir serta menunjukkan semangat perjuangan, kesepakatan dan komitmen yang tinggi demi memperkukuhkan kecemerlangan AIM Cawangan Rembau.

Semoga segala ilmu, perkongsian dan pengalaman sepanjang bengkel ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkasakan kepimpinan serta memperkukuh ukhuwah dan kerjasama dalam kump**an.

TANJUNG BIDARA, 5 Mei 2026 : PERASMIAN PENUTUP BENGKEL KEPIMPINAN ASAS (BKA) BLOK KUALA LINGGIMajlis Perasmian Penutup B...
06/05/2026

TANJUNG BIDARA, 5 Mei 2026 : PERASMIAN PENUTUP BENGKEL KEPIMPINAN ASAS (BKA) BLOK KUALA LINGGI

Majlis Perasmian Penutup Bengkel Kepimpinan Asas (BKA) Blok Kuala Linggi telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.

Program ini menghimpunkan seramai 250 peserta yang terdiri daripada Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dari sekitar kawasan Kuala Linggi dan cawangan Alor Gajah.

Penganjuran bengkel ini merupakan antara usaha berterusan dalam melahirkan komuniti usahawan yang lebih berdaya saing, berkeyakinan serta mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi dalam kehidupan dan perniagaan. Melalui pengisian yang disediakan, para peserta didedahkan dengan elemen pembangunan diri, semangat kerjasama, komunikasi berkesan serta pembentukan sikap bertanggungjawab yang mampu membantu mereka menjadi individu dan usahawan yang lebih progresif.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran En Mohd Najib bin Hj Mohd Noor,Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Puan Noor Aeiza binti Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif AIM serta Tuan Haji Jani Izwandy bin Che Jan, Ketua Pegawai Operasi AIM bersama barisan pengurusan dan warga kerja AIM.

Program seperti ini dilihat mampu menjadi platform penting dalam memperkukuhkan jaringan komuniti Sahabat Usahawan AIM selain memberi suntikan motivasi dan inspirasi untuk terus meningkatkan taraf kehidupan keluarga serta ekonomi setempat. Bengkel ini juga membuktikan komitmen AIM dalam memperkasa pembangunan sahabat bukan sahaja dari aspek ekonomi, malah turut melibatkan pembangunan sahsiah dan kepimpinan masyarakat.

Sekitar Lawatan dan Penggambaran Sahabat Usahawan Cawangan Seremban yang telah berjaya memperoleh Sijil Kotej Halal dari...
23/04/2026

Sekitar Lawatan dan Penggambaran Sahabat Usahawan Cawangan Seremban yang telah berjaya memperoleh Sijil Kotej Halal daripada JHEINS.

Sesi lawatan ini melibatkan dua lokasi berbeza. Puan Nora binti Azis daripada Nora Azis Enterprise (Produk Tempe) yang beroperasi di Taman Bukit Belian, Mantin telah berjaya memperoleh pensijilan ini sebagai bukti komitmen tinggi terhadap kebersihan, kualiti dan pematuhan halal dalam pengeluaran produk. Manakala Puan Ummi Farhana binti Yaacob daripada Maneh by Ummi Signature (Produk Bakeri) yang beroperasi di Taman Tiara Sendayan, Negeri Sembilan p**a terus konsisten menghasilkan produk berkualiti dan berpotensi untuk memperluaskan pensijilan halal pada masa akan datang.

Pensijilan ini merupakan hasil inisiatif dan kerjasama antara Amanah Ikhtiar Malaysia dan JHEINS dalam membantu Sahabat Usahawan yang menjalankan perniagaan produk makanan dari rumah untuk memenuhi piawaian halal, meningkatkan keyakinan pelanggan serta membuka peluang pasaran yang lebih luas.

Address

Rembau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIM Wilayah Negeri Sembilan Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share