Misi Semenyih Official

Misi Semenyih Official Platform Misi Rakyat dibangunkan oleh Nur Ahmad Faiz untuk rakyat gunakan bersama rakyat.

Assalamualaikum semua, kami ingin memaklumkan bahawa misi sekarang sudah update applikasi yang baru bagi memudahkan peng...
09/04/2026

Assalamualaikum semua, kami ingin memaklumkan bahawa misi sekarang sudah update applikasi yang baru bagi memudahkan pengguna dan vendor kearah yang lebih baik.... sila update applikasi apps misi anda dengan mengunakan email yang sama

📌 Cara Daftar:
1. Download Apps Misi Delivery ( yg baru )
2. Buka aplikasi tersebut
3. Klik Register
4. Masukkan username
5. Masukkan email yang pernah berdaftar
** Jika ada
6. Cipta password
7. Masokkan Referral code – w2fevu
8. Buka email dan verify akaun anda

30/11/2025

🔥 Sejarah Negeri Sembilan. Bagaimana Hilangnya Klang, Naning, dan Segamat?

Kita mengenali Negeri Sembilan hari ini dengan sempadan yang tetap.

Namun, jika peta lama dibentangkan, kita akan melihat sebuah ‘Empayar Adat’ yang jauh lebih luas, yang kini telah terpecah oleh masa dan politik.

Sebelum tahun 1773, tanah beradat ini bernaung di bawah Kesultanan Johor yang kian retak. Orang-orang Minangkabau di perantauan ini, yang merindu daulat raja sendiri, telah bermuafakat menjemput putera dari Pagaruyung.

Maka tibalah Raja Melewar, menjejak kaki di Penajis, dan bersemayam di istana pusara ‘Barong-Barong’ di Seri Menanti.

Di sinilah bermulanya teka-teki sejarah: Mengapa dipanggil Negeri Sembilan?

Mengikut catatan sarjana seperti R.O. Winstedt, ‘Sembilan’ yang asal itu bukanlah yang kita lihat hari ini.

Ia adalah gabungan agung sembilan luak purba:
Sungai Ujong, Jelebu, Rembau, dan Johol adalah tiang serinya.

Tetapi tahukah anda, suatu masa dahulu, Klang (kini Selangor), Segamat (kini Johor), Naning (kini Melaka), serta Jelai dan Ulu Pahang adalah sebahagian daripada keluarga besar ini?

Mereka disatukan oleh Adat Perpatih, bukan oleh tembok batu.

Namun, badai sejarah memisahkan mereka.

Perang Saudara, campur tangan Bugis, dan Perjanjian Inggeris-Belanda telah ‘mencuri’ Klang, Segamat, dan Naning keluar dari pelukan Seri Menanti. Klang diambil Selangor, Segamat ditarik Johor, dan Naning tewas kepada Melaka.

Apa yang tinggal hari ini seperti Terachi, Gunung Pasir, Jempol, dan Inas adalah luak-luak tanah mengandung yang disusun semula untuk mengekalkan nama keramat ‘Sembilan’ itu.

Walaupun tanahnya mengecil, roh muafakatnya tidak pernah luntur.

Negeri Sembilan adalah bukti hidup bahawa sebuah negara bukan dibina atas tanah semata-mata, tetapi atas ikatan adat yang "Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan".

…………………

💭 Soalan untuk anda:❓

Klang, Segamat, dan Naning asalnya sebahagian daripada Negeri Sembilan. Jika sejarah berpihak sebaliknya, bayangkan bagaimana rupa peta Malaysia hari ini tanpa sempadan negeri yang kita kenal sekarang?

…………………

👉 Ikuti pengembaraan Malay Discovery dalam artikel seterusnya…

Rujukan:

1. Winstedt, R. O. (1934). History of Negeri Sembilan.
2. Buyong Adil. (1981). Sejarah Negeri Sembilan. DBP.
3. Gullick, J. M. (2003). A History of Negri Sembilan. MBRAS.
4. Parr, C.W.C. & Mackray, W.H. (1910). Rembau: One of the Nine States.

30/11/2025

PROMO MISI 30/11/25

Satu hari promo kaw-kaw & harga pecoh kepala

Jemput order thru MISI APPS utk diskaun sehingga 30%. Mmg julung2 kali kami buat potongan sehebat ini.

Apa lagi jom install apps MISI dan buat pesanan deh... 😋

Order Di Misi Delivery
https://misirakyat.com/order/wuvz



22/11/2025
21/11/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🥰

PROMOSI VENDOR MISI – 22/11/2025

Jom support vendor komuniti kita!

🍴 Peyoot By Sambaleena
📍 Rinching, Semenyih
🎯 Kuota: 99 tempahan terawal sahaja!

Siapa cepat dia dapat! Nikmati menu sedap sambil sokong peniaga lokal di bawah Misi Semenyih Official.

👉 Komuniti boleh mula buat tempahan esok.
👉 Rider berdekatan, standby ya!

Sokongan anda = kekuatan komuniti 💛🖤

Order Di Misi
https://misirakyat.com/order/5cqdqt

Address

Semenyih
Semenyih
43500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Misi Semenyih Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Misi Semenyih Official:

Share