Air Balang #17500

Air Balang #17500 Sedia menjual, membekalkan dan menerima tempahan Air Balang untuk semua majlis Establish 1990

HAKIKAT ORANG MUNAFIK=====فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْ...
06/09/2025

HAKIKAT ORANG MUNAFIK
=====
فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ (10)

10. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka p**a akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). [Al Baqarah:10]

KESIMPULAN DAN TADABBUR
Menurut Ibnu Katsir – Kaum munafikin ini terbahagi kepada dua:
Pertama: Golongan yang munafik secara iktikad.
Kedua: Munafik dalam amalan.

Apa yang dibincangkan di sini adalah munafik secara iktikad kerana mereka ini tidak beriman dengan Allah dan Hari Akhirat serta mendustakan al Quran. Perkataan mereka masih menampakkan iman tetapi hakikatnya dalam hati mereka penuh dengan kesangsian dan juga kepura-puraan.

Menjaga hati adalah sangat penting bagi orang beriman. Menjaga keyakinan kita kepada Allah dan hari akhirat dengan sentiasa merasa sensitif dengan perkara-perkara yang berkaitan hal ini.

Hendaklah kita menjauhkan hati kita daripada hal-hal yang meragukan atau yang membawa keraguan. Syed Qutb ada menyatakan bahawa keraguan dan kesangsian itu lahir daripada kebaculan mereka untuk menerima iman agar memasuki hati mereka, dan bacul untuk menafikannya pada lisan mereka.
=====
Semoga Allah membimbing kita
=====

HAKIKAT ORANG MUNAFIK=====يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُو...
02/09/2025

HAKIKAT ORANG MUNAFIK
=====
يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ (9)

9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. [Al Baqarah:9]

Perilaku mereka ini seolah mereka sedang menipu Allah dan orang beriman padahal Allah tidak akan pernah boleh ditipu, begitu juga bagi orang mukmin kerana mereka sentiasa mendapat hidayah dan taufik daripada Allah SWT. Jadi yang sebenarnya tertipu dengan helah mereka ini adalah diri mereka sendiri. Malangnya mereka tidak dapat menyedarinya.

=====
Semoga Allah membimbing kita
=====

HAKIKAT ORANG MUNAFIK=====وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ...
01/09/2025

HAKIKAT ORANG MUNAFIK
=====
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (😎

Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. [Al Baqarah:8]

Allah menyatakan ada di kalangan manusia seolah-olah ia bukanlah daripada kelompok yang telah disebutkan iaitu kaum mukminin dan puak kuffar (daripada ayat sebelum ini), ini kerana kaum munafik ini seperti lalat yang menyinggah di kedua-dua kump**an.
=====
Semoga Allah membimbing kita
=====

Address

Jalan D'BELSA 3, TAMAN BANDAR SENAWANG
Senawang
70450

Telephone

013-900 9754

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Air Balang #17500 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Air Balang #17500:

Share

Category