03/11/2020
Tahukah anda, pulut kuning juga dikaitkan dengan perkara mistik menerusi upacara-upacara tertentu dan telah diamalkan sejak turun-temurun?
Pernahkah anda terfikir mengapa pulut kuning sering dihidangkan dalam acara tertentu seperti keraian, kesyukuran, perkahwinan dan khatam Al-Quran?
Beras yang merupakan sumber makanan utama telah dipandang sebagai tanda nikmat kesyukuran masyarakat, limpahan rezeki, kemewahan dan taraf ekonomi sesebuah institusi keluarga.
Dalam majlis perkahwinan, pulut kuning sering terdapat dalam upacara makan berhadap, pulut kuning menjadi pendahulu makanan mempelai dengan masing-masing menyuap pulut kuning kepada pasangan sebagai tanda ‘pemula’ ikatan kasih sayang.
Mengapa p**a pulut kuning berwarana kuning? Sesetegah pendapat mengatakan pulut kuning berasal dari istana, yang demikian dianggap sebagai simbol raja. Manakala keraian itu ialah satu ‘izin’ bagi rakyat jelata menikmati kebesaran istana maka sempurnalah ‘raja dan rakyat berpisah tiada’
Kini timbul persoalan apakah kaitan pulut kuning dan alam jin? Dan adakah pulut kuning makanan bangsa jin?
Dalam tarian melayu yang berunsur spiritual seperti ulik mayang p**a pulut kuning digunakan bagi menghalau semangat luar yang mengganggu tarian ulik mayang tersebut.
Ayuh, nikmati makanan warisan istana dari zaman silam.
Tempahan dibuka - 1 tapau RM 10, Rendang ayam
wa.me/60187697210