Persatuan Kebajikan Penternak dan Pedaging Ruminan Negeri Selangor

  • Home
  • Persatuan Kebajikan Penternak dan Pedaging Ruminan Negeri Selangor

Persatuan Kebajikan Penternak dan Pedaging Ruminan Negeri Selangor Prihatin Kebajikan Penternak, membangun industri bersama. Sertai kami!

29/04/2026

Makluman Industri Ruminan Selangor 2026 🐄🐑
​Jom ikuti perkembangan terkini industri ruminan kita. Kami akan kongsikan intipati maklum balas rasmi daripada pihak berkuasa veterinar mengenai:
​✅ Prosedur pengurusan premis terkini.
✅ Langkah-langkah pemindahan ternakan.
✅ Strategi kos bekalan makanan.
​Mari bersatu untuk masa depan penternakan yang lebih mampan. Jumpa anda di sana!
PENDAFTARAN AHLI BARU DIBUKA SEMASA AGM! ✨
​📅 3 Mei 2026 (Ahad)
🕐 1:00 Petang
📍 UPM Serdang
🔗 Daftar kehadiran di pautan bio.
​

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, kesejahteraan dan ketenanga...
20/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙
Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, kesejahteraan dan ketenangan kepada kita semua.
Ikhlas daripada,
Persatuan Kebajikan Penternak dan Pedaging Ruminan Negeri Selangor (PKPPRNS)

11/11/2025

🐄 Isu IC Lembu: Suara Penternak Kecil Selangor

Kerajaan melalui DVS bercadang mewajibkan IC / Tag ID pada semua lembu dan ruminan. Tujuan dasar ini jelas — untuk kawalan penyakit dan keselamatan awam.

Namun, di lapangan, ramai penternak kecil berdepan tekanan besar. Tiga isu kritikal yang perlu diberi perhatian:

1️⃣ Tanah: Banyak ladang penternakan hilang kerana status tanah ditukar, dan permohonan tapak baru mengambil masa terlalu lama.
2️⃣ ID Kandang / Premis: Ramai penternak kecil masih belum mempunyai ID kandang rasmi — sukar untuk mematuhi peraturan IC lembu.
3️⃣ Jurang Peluang: Syarikat besar mendapat kemudahan dan lokasi strategik, sementara penternak kecil semakin terpinggir dan terhimpit dengan birokrasi.

Kami bukan menentang dasar, tetapi menyeru agar kerajaan dan agensi berkaitan mengambil kira realiti sebenar penternak di lapangan.
Penyelesaian terhadap isu-isu asas ini penting supaya enforcement tidak membebankan golongan yang paling terkesan.

💬 Apakah pandangan anda? Adilkah pelaksanaan IC lembu jika isu kritikal ini belum diselesaikan?

🐄 Isu ini dibawakan oleh Persatuan Kebajikan Penternak dan Pedaging Ruminan Negeri Selangor

📣 MESYUARAT AHLI PKPPRNS 2025Bersama Memperkukuh Suara & Kebajikan Penternak Selangor📅 Tarikh: 29 Oktober 2025 (Rabu)🕢 P...
18/10/2025

📣 MESYUARAT AHLI PKPPRNS 2025
Bersama Memperkukuh Suara & Kebajikan Penternak Selangor

📅 Tarikh: 29 Oktober 2025 (Rabu)
🕢 Pendaftaran: 7.30 malam
🕗 Mesyuarat bermula: 8.00 malam
📍 Tempat: Dewan Kuliah 1, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, Serdang

💬 Topik Perbincangan:

Isu tanah & pewartaan kawasan ternakan

Bantuan kebajikan penternak kecil & bantuan kilat

Isu tapak berniaga daging

Keperluan pemantauan kecukupan lembu tempatan jika berlaku wabak dari luar

Sistem pawah di bawah penyeliaan persatuan

Zon industri ternakan

Prosedur ID kandang

Waktu operasi rumah sembelih & caj swasta yang tinggi

Perlantikan wakil daerah

Hal-hal lain

🤝 Kehadiran anda sangat penting untuk bersama menentukan arah masa depan penternakan negeri.
Mari kita bersatu memperjuangkan suara penternak dan memperkukuh kebajikan bersama 💪

📲 Sahkan kehadiran anda melalui QR di poster.

📌 Persatuan Kebajikan Penternak & Pedaging Ruminan Negeri Selangor (PKPPRNS)
Lot 1, Levels 14 & 15, D Pulse, 63000 Cyberjaya, Selangor

📢 PENTING: JANGAN TANGGUH LAGI! DAFTAR PREMIS KITA DI eVETPERMIT 3.0!Assalamualaikum/Salam Sejahtera, semua ahli persatu...
07/10/2025

📢 PENTING: JANGAN TANGGUH LAGI! DAFTAR PREMIS KITA DI eVETPERMIT 3.0!

Assalamualaikum/Salam Sejahtera, semua ahli persatuan.
Ramai yang keliru dengan sistem eVetPermit 3.0, terutamanya bab dokumen sokongan untuk daftar premis.

Faham, memang DVS tak umumkan senarai dokumen secara general sebab ia bergantung pada jenis ternakan dan lokasi negeri kita.

Tolong ambil perhatian 2 langkah paling penting ni:
* HUBUNGI PVD DAERAH SEGERA! 📞 Pejabat Veterinar Daerah (PVD) kita adalah checker dan approver premis kita. Minta mereka senarai semak dokumen yang WAJIB dimuat naik (Contoh: Geran Tanah, SSM, Pelan Ladang).

* MULA DAFTAR DALAM SISTEM: Log masuk, buat pendaftaran premis, dan upload dokumen yang PVD minta.
Sistem eVetPermit 3.0 ni WAJIB ada ID Premis sebelum kita boleh mohon Permit Pindah. Jangan tunggu last minit! Jom selesaikan pendaftaran premis sekarang!

📢 PERSATUAN KEBAJIKAN PENTERNAK & PEDAGING RUMINAN NEGERI SELANGOR (PKPPRNS)Assalamualaikum & Salam Sejahtera,PKPPRNS de...
01/10/2025

📢 PERSATUAN KEBAJIKAN PENTERNAK & PEDAGING RUMINAN NEGERI SELANGOR (PKPPRNS)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

PKPPRNS dengan sukacitanya menjemput semua penternak ruminan di Selangor — sama ada yang sudah berdaftar sebagai ahli pada tahun 2023/2024 atau yang belum berdaftar — untuk hadir ke Mesyuarat Ahli PKPPRNS yang akan diadakan pada akhir Oktober 2025.

🗓 Tarikh, masa & tempat rasmi akan diumumkan selepas jumlah peserta dikenal pasti.

Mesyuarat ini bertujuan:
✅ Membincangkan isu semasa penternak – kos makanan ternakan, pekerja ladang, geran & permit, penyakit haiwan, pasaran jualan.
✅ Mengumpul data penternak ruminan di Selangor.
✅ Membuka ruang pendaftaran ahli baharu.
✅ Menyusun langkah memperkukuh penternakan ruminan di bawah satu platform rasmi.

📌 Tindakan anda diperlukan!
Bagi tujuan penyelarasan tempat & bajet, mohon semua penternak yang berminat untuk:
👉 Maklumkan minat/penyertaan awal melalui WhatsApp

📲 WhatsApp: wa.me/60147194769
☎️ Mohd Nazir bin Mohd Siddin (Pengerusi PKPPRNS)

Mari kita satukan suara penternak Selangor, kerana hanya dengan kebersamaan kita akan lebih kuat & berkesan.

Sekian, terima kasih.
— Urusetia PKPPRNS

Sesi suai kenal bersama penternak Selangor @ Agrofest2025Alhamdulillah, pada 27 September 2025 PKPPRNS telah mengadakan ...
29/09/2025

Sesi suai kenal bersama penternak Selangor @ Agrofest2025
Alhamdulillah, pada 27 September 2025 PKPPRNS telah mengadakan sesi suai kenal bersama para penternak sempena Agrofest2025 .
Tujuan sesi ini adalah untuk memperkenakan persatuan, berkongsi maklumat tentang manfaat menjadi ahli, serta membuka ruang kerjasama dalam memperkasakan industri penternakan di Selangor.
Kami percaya dengan penyatuan penternak, kita mampu meningkatkan kebajikan, memperkukuhkan jaringan, dan membangunkan sektor pernternakan ke arah yang lebih maju dan berdaya saing.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor atas jemputan dan sokongan yang diberikan.
Terima kasih juga kepada semua penternak yang hadir dan memberi sokongan. Pendaftaran ahli masih dibuka, ayuh sertai kami untuk sama-sama membangunkan penternakan Selangor!

29/09/2025

Selamat pagi!

Address

Jalan Platinum

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Penternak dan Pedaging Ruminan Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed food & beverage service?

Share