Aneka Rasa Tomyam Timur

Aneka Rasa Tomyam Timur Gerai no 4.medan selera simpang bekoh
Buka dr 5ptg-12mlm
Sedia menerima tempahan
Hubungi:0177885974

14/06/2026

Kenapa masih ramai tidak menjadi Tuan di tempat sendiri?

Ada orang datang ke negara ini dengan hampir tiada apa-apa.

Lima tahun kemudian mereka sudah ada beberapa cawangan kedai.

Dalam tempoh yang sama, ramai yang lahir dan membesar di sini masih terpaksa berkira-kira sebelum bayar di kaunter.

Kenapa jadi macam tu?

Semalam saya publish satu video.
Saya cerita pengalaman zaman saya miskin dulu.

Saya masuk kedai Acheh, ambil beberapa barang, jalan ke kaunter.

Masa nak bayar, saya congak baki dalam dompet dan baki dalam akaun bank.

Lepas kira-kira, saya letak semula beberapa barang atas rak.

Tak jadi beli.
Saya buat-buat macam tukar fikiran.

Padahal duit tak cukup.
Tujuan saya cerita bukan untuk bincang tentang kedai Acheh.

Bukan juga untuk bincang tentang warga asing.
Saya cuma nak ketengahkan satu perkara.

Bila sumber pendapatan kau bergantung sepenuhnya kepada masa dan tenaga yang kau tukarkan setiap hari, pilihan hidup kau menjadi semakin sempit.

Yang menariknya, ada yang komen:

"Lah, kau support kedai Acheh ke? Patutlah orang luar seronok conquer berniaga kat negara kita."

Saya tak marah baca komen macam tu.

Tapi saya rasa kita kadang-kadang terlepas pandang perkara yang lebih penting.

Saya tak salahkan orang luar.

Kalau saya berada di tempat mereka, saya mungkin buat perkara yang sama.

Mereka nampak peluang.
Mereka ambil peluang.

Persoalan yang lebih penting ialah

Kenapa ramai orang tempatan masih tidak nampak peluang yang ada di depan mata mereka sendiri?

Kita dibesarkan dengan satu formula.
Belajar. Dapat kerja. Tunggu kenaikan gaji.

Dan untuk satu ketika, formula itu memang berfungsi.

Tetapi dunia hari ini tidak lagi bergerak seperti 30 atau 40 tahun dahulu.

Kos hidup naik. Nilai wang berubah. Persaingan berubah. Teknologi berubah.

Tetapi ramai masih menggunakan model yang sama.

Sebab tu ramai orang bekerja keras bertahun-tahun tetapi masih rasa sempit.

Bukan sebab mereka malas.
Bukan sebab mereka bodoh.

Tetapi kerana model yang digunakan tidak banyak berubah.

Ramai yang mempunyai income.
Tetapi tidak mempunyai aset.

Ramai yang mempunyai pekerjaan.
Tetapi tidak mempunyai sistem sendiri.

Ramai yang ada pengalaman.

Tetapi pengalaman itu tidak pernah diterjemahkan menjadi sesuatu yang mereka miliki.

Saya tak kata semua orang perlu berhenti kerja.

Teruskan kerja.

Tetapi mula bina sesuatu yang menjadi milik kau.

Mula bina kemahiran.
Mula bina audiens.

Mula bina sistem.
Mula bina produk.

Mula bina aset digital.
Mula bina tiket kebebasan.

Mula bina sesuatu yang masih boleh bergerak walaupun kau sedang tidur.

Semakin saya melihat dunia, semakin saya sedar bahawa perbezaan antara mereka yang sekadar bekerja dan mereka yang membina sesuatu bukanlah pada bangsa, umur atau kelulusan.

Selalunya perbezaannya hanyalah satu.
Seorang menukar masa untuk pendapatan.

Seorang lagi menggunakan masa untuk membina pemilikan.

Dan dalam jangka panjang, pemilikan hampir selalu menang.

Kalau kita tidak mula membina sesuatu yang menjadi milik kita sendiri, jangan terkejut bila peluang yang ada di depan mata akhirnya dimiliki oleh orang lain.

Fikir-fikirkan.

27/05/2026
27/05/2026
24/04/2026

88 likes, 2 comments. “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);”

Address

Gerai No4 Medan Selera Simpang Bekoh
Simpang Bekoh
77100

Telephone

+60177885974

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aneka Rasa Tomyam Timur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aneka Rasa Tomyam Timur:

Shortcuts

Share

Category