06/02/2026
Kami mohon maaf atas kelewatan servis yang berlaku hari ini π
Kami akui bila order datang serentak, servis jadi agak perlahan kerana buat masa ini kami hanya berdua yang uruskan semuanya dari dapur sampai kaunter.
Kami ambil maklum semua teguran yang diberikan dan sedang merancang untuk menambah staff serta memperbaiki aliran servis supaya pengalaman pelanggan akan jadi lebih baik selepas ini.
Terima kasih kerana sudi menunggu dan memberi peluang kepada Mangkuk NomNom. Walaupun servis lambat, kami sangat bersyukur hidangan dapat dinikmati hingga habis π§‘
Kami percaya setiap teguran membantu kami untuk jadi lebih baik. Terima kasih atas sokongan dan kesabaran semua.