Jackyz Latihan Pengendalian Makanan

Jackyz Latihan Pengendalian Makanan Melatih insan, memelihara keselamatan makanan Ia ditubuhkan pada tahun 2018. Saya adalah Koordinasi dan Tenaga Pengajar dalam sekolah ini.

JACKYZ SOLUTION merupakan Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktirafkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada 1 Jan 2019, sekolah tersebut secara rasminya memberikan Latihan kepada pengendali-pengendali makanan di Malaysia. Keselamatan Makanan merupakan salah satu aspek yang perlu diberikan perhatian. Daripada gerai, pasar malam, taska, kenderaan makanan, katering, kantin, kafeteria, re

storan, kilang pemprosesan, ke pengeksport makanan. Setiap pengusaha makanan perlu memastikan kebersihan dan keselamatan makanan sentiasa dijaga sementara mengendalikan bisnes makanan supaya dapat mengelakkan kes keracunan makanan dan penyakit bawaan makanan, membantu meningkatkan reputasi syarikat,meningkatkan keyakinan pelanggan ke atas syarikat dan sejurusnya membolehkan syarikat mengaut keuntungan yang berterusan. Kami membekalkan Latihan kepada setiap Pengendali Makanan* supaya mereka dapat memperolehi konsep betul ke atas pengendalian makanan dan pada masa yang sama mematuhi Peraturan 30 bagi Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009. Selepas peserta mengikuti kursus dalam talian atau ursus bersemuka selama 3 jam, mereka akan menerima sijil Latihan Pengendali Makanan dari pihak sekolah. Sijil ini adalah sah seumur hidup dan diterima di seluruh Malaysia (tidak perlu diperbaharui). Fi kursus hanya RM50 seorang. Menurut Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009, setiap bisnes makanan perlu memastikan

1. untuk memiliki pendaftaran premis*
2. pengendali-pengendali makanannya memiliki Sijil Latihan Pengendali Makanan
3. pengendali-pengendali makanannya memiliki Kad Kesihatan / Vaksinasi Anti-Tifoid

Pengusaha / Pengurus / Penyelia bisnes makanan yang ingin mengaturkan krew mereka mengikuti kursus boleh klik pautan pendaftaran kursus berikut dan memilihkan tarikh kursus serta meninggalkan maklumat krew, atau menghubungi saya untuk mengaturkan kelas. Kalau ada kuantiti pengendali makanan yang mencukupi, dan Tuan Puan rasa masa kursus adalah tidak sesuai, kami boleh runding untuk mengaturkan kelas tambahan. Tuan puan juga boleh memilih kelas Bahasa Malaysia atau kelas Mandarin. Setakat ini, JACKYZ SOLUTION akan menganjurkan kelas fizikal pada pagi Sabtu akhir setiap bulan , antara 9am hingga 12pm, bertempat di ISM. Setiap kelas boleh memuat 30 orang saja. Pautan Pendaftaran: https://mylink.la/jzsolution18


*Definisi Pengendali Makanan (Siapa perlu ikut kursus):

1. Dalam premis makanan, mereka yang

1.1 menyediakan makanan
1.2 menyentuh makanan permukaan sentuhan makanan
1.3 mengendalikan makanan samada berbungkus atau tidak dan perkakas

2. Pengendali Makanan yang belum ada Sijil Latihan Pengendali Makanan。

JADUAL KELAS SEP 2026 年9月课程表Peringatan mesra 温馨提醒: Pendaftaran kelas kami akan ditutup pada 12pm sehari sebelum hari kur...
27/08/2026

JADUAL KELAS SEP 2026 年9月课程表

Peringatan mesra 温馨提醒: Pendaftaran kelas kami akan ditutup pada 12pm sehari sebelum hari kursus 我们每堂的报名截止于上课前一天中午12点整。🙏

Kukuhkan kemahiran praktikal dan capai peluang kerjaya yang cerah!Melalui Hospitality Industry Attachment Training Progr...
13/08/2026

Kukuhkan kemahiran praktikal dan capai peluang kerjaya yang cerah!

Melalui Hospitality Industry Attachment Training Program, bina pengalaman sebenar dalam industri perkhidmatan dan mulakan langkah kerjaya anda dengan yakin.

​Sila rujuk pautan berikut untuk maklumat lanjut:
https://hub.asiana.edu.my/enrol/jacky-chung

PLACED • TRAINED • EMPLOYED


Asiana Portal

02/08/2026

Premis makanan yang bersih bukan sekadar memberi keyakinan kepada pelanggan, malah ia adalah tanggungjawab setiap pengendali makanan.

❤️ Terima kasih kepada setiap pelanggan yang menyokong JACKYZ SOLUTIONBulan Julai ini, seorang pelanggan korporat telah ...
28/07/2026

❤️ Terima kasih kepada setiap pelanggan yang menyokong JACKYZ SOLUTION

Bulan Julai ini, seorang pelanggan korporat telah mengatur 32 orang pekerja secara berperingkat dalam 3 kumpulan untuk menyertai Kursus Latihan Pengendali Makanan Dalam Talian kami.

Kelas dalam talian nampaknya mudah. Namun, daripada pendaftaran pelajar, pengaturan jadual, taklimat sebelum kelas, pengajaran, penyediaan sijil, sehinggalah penghantaran sijil secara kouier, setiap langkah memerlukan perhatian yang teliti. Apabila melihat setiap latihan telah dijalankan dengan lancar dan saya mendapat pengiktirafan daripada pelanggan, saya amat berpuas hati.

Saya ingin menyampaikan penghargaan kepada pelanggan korporat ini atas kepercayaan dan sokongan mereka kepada JACKYZ SOLUTION, dan juga saya amat berterima kasih kepada pihak pengurusan atas kerjasama penuh yang menjadikan proses ini berjalan lancar.

Setiap amanah mengingatkan saya untuk sentiasa teliti dalam setiap butiran; setiap kata-kata dorongan daripada pelanggan adalah motivasi untuk saya terus berusaha.

Pada masa hadapan, saya akan terus mengendalikan setiap kelas dengan penuh ikhlas, menyediakan perkhidmatan latihan yang profesional dan stabil untuk pengusaha industri makanan.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong JACKYZ SOLUTION.

Cikgu Chung
JACKYZ SOLUTION

JADUAL KELAS OGOS 2026 年8月课程表Peringatan mesra 温馨提醒: Pendaftaran kelas kami akan ditutup pada 12pm sehari sebelum hari ku...
27/07/2026

JADUAL KELAS OGOS 2026 年8月课程表

Peringatan mesra 温馨提醒: Pendaftaran kelas kami akan ditutup pada 12pm sehari sebelum hari kursus 我们每堂的报名截止于上课前一天中午12点整。🙏

27/07/2026

Satu insiden keracunan makanan boleh memberi kesan besar kepada operasi dan reputasi sesebuah premis makanan. Pencegahan sentiasa lebih baik daripada menangani akibatnya.

14/07/2026

Terima kasih ke atas penyertaan anda dan tahniah❗

Semoga berbahagia dalam setiap hari💪

Address

TB900, Jalan Chong Thien Vun, Mile 3
Tawau
91000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jackyz Latihan Pengendalian Makanan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jackyz Latihan Pengendalian Makanan:

Shortcuts

Share