Yony Barbershop

  • Home
  • Yony Barbershop

Yony Barbershop Aneka Kuih-Muih Est. 2023- Sekali Rasa Pasti Jatuh Cinta

Pernah tak korang beli tart nenas kat mana-mana pastu balik-balik isi hancur? Rasa tak sedap dan mahal p**ak tu. Disebab...
25/06/2023

Pernah tak korang beli tart nenas kat mana-mana pastu balik-balik isi hancur? Rasa tak sedap dan mahal p**ak tu. Disebabkan kecewa korang cuba p**ak buat sendiri tapi tak jadi. Dah jadi double kecewa. 😅😅😅

Kami sentiasa ada untuk anda. Just chill and enjoy Tart Nenas Brutal daripada Ilicious Cuisine.

5 TIPS MEMILIH TART NENASHarini Admin nak share tips untuk korang beli Tart Nenas. Lepasni takdelah kecewa dengan pembel...
25/06/2023

5 TIPS MEMILIH TART NENAS

Harini Admin nak share tips untuk korang beli Tart Nenas. Lepasni takdelah kecewa dengan pembelian yang korang buat. Berikut adalah tipsnya:
1. Pastikan tart nenas tidak rapuh, jadi takdelah korang bukak je balang tart nenas tu tinggal serbuk je.

2. Pastikan Tart tidak hangus. Kalau permukaan tart tu nampak macam hitam-hitam maksudnya hangus lah tu.

3. Disimpan dalam bekas yang kedap udara. Ini untuk memastikan Tart tidak dikerumun semut dan masuk angin.

4. Pastikan Tart tidak tengik. Kalau Tart tu tengik itu tandanya sudah lama dan tidak sedap dimakan.

5. Beli dengan kami.

Nombor lima tu paling penting, sebab kalau beli dengan kami memang dijamin korang akan dapat tart nenas yang berkualiti dan padu. Kalau korang tak beli, abaikan je la 4 tips yang lain tu 🤣🤣🤣

Kalau korang semua nak tahu, antara bahan paling penting dalam adunan Tart Nenas ialah kuning telur. Ini punca Tart tu r...
25/06/2023

Kalau korang semua nak tahu, antara bahan paling penting dalam adunan Tart Nenas ialah kuning telur. Ini punca Tart tu rasa lembut dan sedap.

Kuning telur ni juga banyak khasiatnya. Harini admin nak share antara kebaikan kuning telur dalam pemakanan.

1. Telur adalah satu sumber protein yang bagus. Ia juga memberi tenaga yang bagus untuk menjalani kehidupan seharian.

2. Mempunyai Vitamin yang tinggi. Kuning telur merupakan sumber Vitamin D dan ianya baik untuk kulit dan rambut.

3. Memberi penjagaan yang baik buat kesihatan mata. Sumber vitamin yang tinggi memberikan keupayaan kepada mata untuk berfungsi dengan lebih baik.

4. Kuning telur mampu mengawal tekanan darah tinggi. Sekaligus, mengurangkan risiko serangan jantung.

Dah masuk Week 12 memang sudah menjadi lumrah untuk student ditimbun dengan pelbagai assignment yang perlu dihantar. Bel...
25/06/2023

Dah masuk Week 12 memang sudah menjadi lumrah untuk student ditimbun dengan pelbagai assignment yang perlu dihantar. Belum cerita lagi pasal Test dan Quiz 🥲.

Korang jangan stress2 ya. Kalau stress, makanlah kuih gunting sambil buat assignment/study itu. InshaAllah korang akan jumpa ketenangan bila asyik menguyah kuih gunting yang rangup tu. 😁😁😁

Kenapa Tart Nenas Brutal daripada Ilicious Cuisine menggunakan Premium Butter? Guna mentega biasa-biasa je tak boleh ke?...
24/06/2023

Kenapa Tart Nenas Brutal daripada Ilicious Cuisine menggunakan Premium Butter? Guna mentega biasa-biasa je tak boleh ke?

Admin selalu dapat soalan macamni, jawapan min boleh je kalau nak pakai mentega murah, tapi disebabkan kami mementingkan kualiti, mentega premium adalah pilihan kami.

Berikut adalah kebaikan Premium Butter dalam pembuatan Tart Nenas:
1. Memberi tekstur yang lembut pada Tart Nenas.
- Kadang-kadang kalau korang beli tart nenas mesti dapat yang rapuh dan hancur kan? Mesti rasa kecewa sebab dah la mahal, beli2 tinggal serbuk je. Mana tak sakit hati. Tetapi dengan penggunaan Premium Butter, permukaan Tart Nenas ini bukan sahaja kukuh, malah lembut apabila dimakan. Sesuai untuk kanak-kanak dan warga emas.

2. Mesra suhu ketuhar (Oven)
- Antara cabaran paling tinggi apabila membuat Tart Nenas ni untuk mendapatkan suhu yang optimum supaya tart itu tak hangus. Kalau guna Premium Butter, memang mudah nak kendali dan kebrangkalian untuk tart tu untuk hangus lagi rendah.

3. Mempunyai Khasiat yang Tinggi
- Premium Butter terutama daripada minyak sapi mempunyai khasiat yang tinggi serta baik untuk kesihatan. Antaranya ialah baik untuk sistem penghadaman, sistem pengimunan dalam badan serta kaya dengan Vitamin A,E,D, dan K.

Jadi dengan penerangan ini, harap korang semua dapat tahu kenapa kami guna Premium Butter untuk buat Tart Nenas Brutal ya.

RAYA HAJI NAK DEKAT DAH NI, MARILAH KITA JENGUK MAK ABAH KITA DI KAMPUNG.Mak-mak memang s**a makan kuih-muih kalau kat k...
24/06/2023

RAYA HAJI NAK DEKAT DAH NI, MARILAH KITA JENGUK MAK ABAH KITA DI KAMPUNG.

Mak-mak memang s**a makan kuih-muih kalau kat kampung sebab ada nilai nostalgia pada kuih yang dimakan. Mereka akan mengimbau zaman kecil dulu-dulu sebab orang kampung memang sinonim dengan kuih tradisional.

Selalu kalaukita balik kampung, mesti mak kita akan buatkan kuih-muih untuk jamu anak-anak dan saudara mara dengan penuh kasih sayang. Tapi apa kata kalau ni korang belikan Tart Nenas Brutal untuk mak kat kampung? Mesti mereka s**a punya.

Tart Nenas ni jenis yang mudah dimakan. Tak rapuh dan keras jadi mudah untuk orang tua makan. Isinya p**a memang toksah cakap la. Dia punya kesedapan memang Abang Jamil bagi 5 bintang punya.

Jadi tunggu apa lagi, boleh WhatsApp ke 017-377 1751 (Ilyas). Dengan harga RM35, mari berikan mak ayah korang sebalang Tart Nenas untuk dijamu bersama.

ADA TAK KAT SINI YANG TAK PERNAH LAGI RASA KUIH GUNTING LEGEND DAN TART NENAS BRUTAL DARI KAMI?Kalau tak pernah, anda te...
24/06/2023

ADA TAK KAT SINI YANG TAK PERNAH LAGI RASA KUIH GUNTING LEGEND DAN TART NENAS BRUTAL DARI KAMI?

Kalau tak pernah, anda telah terlepas satu kenikmatan dunia kerana Kuih Gunting dan Tart Nenas yang kami pasarkan adalah lain daripada yang lain! Dia punya rasa,memang rasa 10 balang pun belum tentu cukup.

Tetapi anda semua bertuah kerana kami sentiasa memastikan stok mencukupi. Demi memenuhi kehendak anda, kami sedia menerima pesanan daripada anda semua. Berikut adalah harga bagi kuih-muih kami:

RM35- Tart Nenas Brutal
RM17- Kuih Gunting Legend

Lepas anda mencuba kuih yang dibeli, kongsikan maklum balas anda mengenai kuih tersebut. Dalam hal ini, kami memberi jaminan yang anda tidak akan kecewa dengan pembelian yang dibuat!

Sekiranya anda semua terliur dengan apa kami hidangkan, boleh lah membuat pesanan melalui WhatsApp: 017-377 1751 (Ilyas)

Hello and Assalamualaikum WBT kepada semua rakan-rakan di FB!Harini abang akan menerangkan tentang salah satu bahan yang...
21/06/2023

Hello and Assalamualaikum WBT kepada semua rakan-rakan di FB!
Harini abang akan menerangkan tentang salah satu bahan yang sangat penting dalam penyediaan Kuih Gunting Legend iaitu Ikan bilis.
Ikan bilis sangat sinonim dengan masakan masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh, nasi lemak yang menggunakan ikan bilis goreng dan sambal ikan bilis di dalam hidangan. Ikan bilis juga merupakan bahan mentah yang wajib dalam penyediaan Kuih Gunting Legend.

Apakah ikan bilis?
Ikan bilis ialah ikan hijau yang kecil dengan pantulan biru berikutan jalur melintang pada badannya. Panjang maksimumnya ialah 23 cm. Muncungnya tumpul dengan gigi yang kecil dan tajam pada kedua-dua rahangnya. Mulutnya lebih besar daripada ikan herring. Makanan utama ikan bilis ialah plankton.

Walaupun ikan bilis bersaiz kecil, tetapi khasiatnya sangat banyak.
Antara khasiat ikan bilis adalah kaya dengan mineral dan vitamin yang penting kepada tubuh badan manusia, baik untuk kesihatan mata, jantung dan tulang, membaiki tisu dan sel rosak, dan membantu menambah sel darah merah.

Khairankan, bagaimana ikan sekecil ini mempunyai banyak khasiat. Itulah kehebatan dan kekuasaan Allah SWT.

Sekian terima kasih,

Nenas merupakan bahan utama kepada Tart Nenas Brutal yang dijual oleh kami. Jem nenas diperbuat daripada isi buah nenas ...
20/06/2023

Nenas merupakan bahan utama kepada Tart Nenas Brutal yang dijual oleh kami. Jem nenas diperbuat daripada isi buah nenas yang telah siap diproses di kilang. Namun, apa yang membuat Tart Nenas Brutal ini istemewa adalah kami menggunakan jenis buah nenas yang berkualiti tinggi iaitu Nenas MD2. Nenas MD2 sudah tidak asing lagi di pasaran Malaysia, rasa yang manis dan kelembutan buah yang menyelerakan telah menjadikan buah ini terkenal di Malaysia. Selain itu, Proses pembuatan jem nenas ini juga menjadi faktor utama kepada kesedapan Tart Nenas Brutal ini. Sebagai contoh, kilang yang bersih, buah segar, dan bahan-bahan masakan yang berkualiti tinggi.

Di sini, kami selitkan beberapa maklumat tentang nenas.

Nenas ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari benua Amerika Selatan dan tersebar ke Malaysia melalui perdagangan antarabangsa. Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.

Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah. Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak barah.Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah.[perlu rujukan] Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.

Terdapat banyak lagi khasiat dan kegunaan buah nenas. Kami harap maklumat ini berguna dan mampu menambah pengetahuan yang penting dalam kehidupan seharian.

Address


42500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yony Barbershop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service?

Share