05/03/2025
Terima kasih kepada semua atas segala doa dan kesudian hadir untuk menyaksikan Majlis Perasmian Kedai Agrobazaar (Rohani Bakery) di Wisma Telipok Ria. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada FAMA Sabah kerana memberikan peluang kepada syarikat kami untuk membuka Kedai Agrobazaar di Wisma Telipok Ria. Dengan bimbingan FAMA, syarikat kami telah mencapai satu lagi tahap peluang perniagaan.
Kedua, terima kasih juga kepada platform Dewan Perniagaan China Sabah (Sabah China Chamber of Commerce) di bawah bimbingan Presiden Yang Berusaha Datuk Frankie, serta Pengerusi Young Entrepreneur, Encik Chiew Heng Hock, yang telah membantu saya mengenali FAMA dengan lebih dekat.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan, dan sahabat yang terus membantu sepanjang perjalanan ini.
Jika anda memerlukan produk bakeri, boleh hubungi Rohani Company - Bakery ya!!!