14/06/2021
TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA
Pernah dengar kata-kata ini? Pernah tak dengar orang kata kalau kita kongsi atau beri sedekah ni harta kita takkan berkurang ? Okey harini admin nak cerita sikit berkenaan dengan pemberian kepada seseorang ni. Min perkongsian seorang individu ni mengapa memberi itu lebih baik daripada menerima. Jom admin kongsikan
Memberi atau bersedekah adalah salah satu rahsia untuk mengekalkan harta
Surah Al-Baqarah ayat 261 disebutkan, “Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan 70 tangkai, pada setiap tangkainya terdapat 100 biji. Allah melipat gandakan bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Secara logik akal fikiran, semakin banyak memberi, mesti semakin berkurang harta kan? Jangan terkejut, jawapannya ialah tidak sama sekali malah Allah akan melipatgandakan lagi rezeki dengan melalui perlbagai cara, ini salah satu rahsia Allah dan hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui lagi Maha Segalanya.
Pahala amalan sedekah mengalir seperti air walaupun sudah mati
“Jika manusia itu mati terputus semua amalannya kecuali 3 perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak soleh yang sentiasa mendoakan (Kedua orang tuanya). Ini adalah sabda dari hadis yang disebutkan oleh Rasulullah SAW.
Pintu rezeki terbuka luas
Hadis oleh Abu Hurairah R.A, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat turun, salah satunya berkata: “Ya Allah berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq. Sedangkan malaikat yang lainnya berkata: “Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan hartanya.” (HR Bukhari dan Muslim). Semakin banyak kita berkongsi, semakin luas rezeki kita.
Setelah baca perkongsian ini, ada tak terfikir apa dia sebenarnya memberi ni? Duit je ke dikira memberi ? Tidak sama sekali… memberi ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk, jangan kita sempitkan memberi ini hanyalah apabila memberi duit saja. Haa dah lega kan. Lepastu mesti ada rasa perasaan nak memberi kan lepas tahu semua ni? Tak ada idea nak beri apa benda yang sesuai untuk semua orang? Okey jangan risau, jangan runsing, meh sini admin suggest
www.wassap.com.my/0189136841
sumber: https://www.sekejung.com/2017/09/memberi-lebih-baik-dari-menerima.html