Kari ayam dari daerah Raub, Pahang telah lama popular dikalangan penduduk daerah itu. Restoran Kari Gegar adalah milik syarikat Kasi Gegar Entertainment, syarikat milik Aizat Amdan yang telah berusaha membawa masakan kegemaran daripada kampungnya Kampung Pintu Padang, Raub, Pahang ke Kuala Lumpur. Buat julung kalinya, resipi masakan menjilat jari turun temurun, kari ayam dan ayam goreng, sambal hi
tam, disediakan di restoran Kari Gegar di Ampang, Selangor. Masakan istimewa kari ayam Kg. Pintu Padang berbeza daripada kari biasa kerana ianya menggunakan rempah yang unik, hasil daripada resipi turun temurun. Di kampung, kari ayam Kg. Pintu Padang ini biasanya dimakan bersama sambal hitam, sambal tradisional Pahang. Di Kari Gegar, kari ayam Kg. Pintu Padang disediakan secara set dan juga a la carte. Setiap set di sertai dengan sambal hitam dan dua jenis masakan sayur pada harga yang berpatutan. Selain daripada kari ayam, Kari Gegar juga menghidangkan Ayam Goreng Special Kg. Pintu Padang, iaitu ayam yang berperisa yang digoreng secara khas dan 'fresh'. Set ayam goreng disertakan dengan kuah kari ayam Kg. Pintu Padang juga. Mee Kari dan Rojak Kampung adalah diantara resipi masakan ringan unik yang harus dicuba. Untuk memberi pilihan kepada pelanggan, Kari Gegar juga menyediakan masakan lain seperti Ikan Sambal Opah, Kambing Gegar, Kari Kepala Ikan, dan bermacam-macam lagi. Minuman istimewa seperti Air Serai, Teh Special KG juga disediakan selain daripada minuman kegemaran rakyat Malaysia seperti teh tarik, teh O, kopi O, dan lain lain.