Kedai Makan Seri Kenas

Kedai Makan Seri Kenas Menyediakan juadah sarapan pagi dan makan tengahari

07/07/2023
Bersyukur dgn apa yg kita ada...Kita harus sedar dimana bumi yg kita pijak
29/07/2022

Bersyukur dgn apa yg kita ada...
Kita harus sedar dimana bumi yg kita pijak

“Jangan Bunuh Jiwa Dengan Cara Melihat Kehidupan Orang Lain Di Media Sosial.”

Hari ini ramai orang yang stres,label kehidupan sendiri gagal.Tidak habis-habis menyalahkan diri sendiri.

Malah yang lagi sedih,usia baru awal 20-an pun sudah mudah melabelkan kehidupan sendiri sebagai “loser”.

Kita sibuk lihat kehidupan orang lain setiap hari,terutamanya di media sosial.Setiap hari tidak behenti scroll cerita kejayaan orang lain,

Ada yang belajar sehingga ke luar negara pada usia muda,

Ada anak orang kaya yang kongsi kisah bapanya hadiahkan kereta kepada dia supaya mudah untuk urusan belajar di universiti,

Ada orang kongsi kisah strategi simpan sehingga 50k sebelum umur 25 tahun.Muda-muda sudah boleh pasang impian untuk jadi jutawan.

Ya betul,tidak salah untuk kita baca kisah kejayaan orang lain di media sosial.Itu kisah hidup mereka,mereka ada hak untuk berkongsi.

Yang salahnya adalah apabila kita lihat kebahagiaan hidup orang lain di media sosial sehingga kita wujudkan tekanan terhadap diri sendiri secara luar biasa.

Orang tayang beli kereta di media sosial,kita rasa loser sebab masih naik motor.

Orang tayang kehidupan dah kahwin di media sosial,kita rasa loser sebab masih bujang.

Orang tayang kejayaan beli rumah di media sosial,kita rasa loser sebab masih hidup menyewa.

Orang tayang kejayaan hidup mewah hasil bisnes di media sosial,kita rasa loser sebab masih bekerja dengan orang.

Tanpa kita sedar,perbandingan yang telah kita wujudkan telah membunuh secebis rasa syukur di dalam diri.

Semua yang orang lain ada,kita nak juga,tetapi tidak usaha.Kalau kita dah usaha,tetapi tidak dapat seperti orang lain,anggap sahaja lah ianya bukan bahagian rezeki kita.

Setiap orang ada bahagian rezekinya tersendiri.Duduk sebentar,lihat sekeliling,

“Nikmat tuhan apa lagi kah yang kau ingin dustakan?”

Kita ni,jika hidup kerja bulan-bulan gaji RM3000,hidup pun perlu lah sama dengan gaji.Jangan berlumba dan anggap diri lemah kerana tidak mampu capai kehidupan seperti orang gaji RM15,000 sebulan.

Ada masa,kita perlu berpijak di dunia realiti,setiap perkara yang dikongsikan di media sosial belum pasti 100% menjamin kebahagiaan.

Yang berkongsi hidup bahagia,belum tentu dia hidup bahagia sepenuhnya di dunia realiti.

Yang tidak rajin berkongsi di media sosial,tidak semestinya hidupnya suram di dunia realiti.

Perbandingan hidup adalah proses membunuh jiwa yang kita tidak akan pernah sedar.

Berpada-padalah menilai kehidupan orang lain.

Hidup ini adalah pilihan,bukannya paksaan untuk meletakkan syarat terhadap kehidupan diri sendiri.

Begitulah.

Hidup Kita,Cara Kita.

-Aidil Adha-

Selamat pengantin baru suhaila dan suami muhd rassul...staff seri kenas mendirikan rumahtangga baru2 ni...moga kekal hin...
07/03/2021

Selamat pengantin baru suhaila dan suami muhd rassul...staff seri kenas mendirikan rumahtangga baru2 ni...moga kekal hingga syurga..jadi momy penang le elok na...best la jadi menantu org utara....

Tadaaaa....pulut bunga telang menu baru seri kenas....spt biasa rendang ayam vanggeh yg sentiasa laris...Bunga Telang ba...
05/02/2021

Tadaaaa....pulut bunga telang menu baru seri kenas....spt biasa rendang ayam vanggeh yg sentiasa laris...Bunga Telang banyak khasiatnya...

Bunga Telang.....nantikan kemunculan nya esok....
05/02/2021

Bunga Telang.....nantikan kemunculan nya esok....

02/02/2021

Pulut pandan sagu penumbuk
Menu baru kedai chik aleenn
Jgn kome duduk belonggok
Kena saman baghu nyeghongen..

Speacial today...sop kepala ikan merah...
27/01/2021

Speacial today...sop kepala ikan merah...

PKP...SOP....Seri Kenas on mcm biasa....tapaw je....
25/01/2021

PKP...SOP....Seri Kenas on mcm biasa....tapaw je....

Buka seawal 6.30 pagi setiap hari kecuali ahad...terimakaseh pada yg bersedekah hari ini...sesungguhnya tangan kanan yg ...
14/01/2021

Buka seawal 6.30 pagi setiap hari kecuali ahad...terimakaseh pada yg bersedekah hari ini...sesungguhnya tangan kanan yg memberi tidak diketahui tangan kiri ..itu lebih besar ganjarannya...Moga Allah memberinya rezeki yg lebih lagi

Warga Seri Kenas mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 kepada semua pelanggan...moga di tahun baru kehidupan kita semakin ...
31/12/2020

Warga Seri Kenas mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 kepada semua pelanggan...moga di tahun baru kehidupan kita semakin baik....

Assalamualaikum, harini di Seri Kenas ada menu istimewa Ayam Vanggey 😋 jemput datang 😁
28/12/2020

Assalamualaikum, harini di Seri Kenas ada menu istimewa Ayam Vanggey 😋 jemput datang 😁

Address

Kuala Kangsar

Opening Hours

Monday 06:30 - 12:30
Tuesday 06:30 - 12:30
Wednesday 06:30 - 12:30
Thursday 06:30 - 12:30
Friday 06:30 - 12:00
Saturday 06:30 - 00:00

Telephone

+60183114622

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedai Makan Seri Kenas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share