09/07/2026
Berniaga sebenarnya adalah salah satu cara Allah mendidik hati hamba-Nya.
Setiap hari kita belajar bahawa pelanggan bukan penentu rezeki, jualan bukan pemberi rezeki, dan usaha semata-mata bukan jaminan rezeki.
Hakikatnya, rezeki itu datang daripada Allah.
Sebab itu, berniaga mengajar kita untuk menyerahkan 100% keyakinan kepada rezeki yang telah Allah tetapkan. Tugas kita hanyalah berusaha dengan sebaik-baiknya, berdoa tanpa jemu, kemudian bertawakal dengan hati yang tenang.
Apabila hati benar-benar yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik Pemberi Rezeki, kita akan berhenti terlalu risau dengan apa yang belum kita miliki, dan mula mensyukuri apa yang telah Allah kurniakan
Semoga Allah mengurniakan kita rezeki yang halal, berkat, mencukupi, dan mendekatkan kita kepada-Nya. Aamiin.
wasap.my/60189133783