08/09/2026
☕ TEMAN JIWA COFFEE DI PROGRAM BELAJOR KOPI
Alhamdulillah, Teman Jiwa Coffee berkesempatan berada di Program Belajor Kopi, sebuah platform yang menghimpunkan penggiat dan pencinta industri kopi untuk berkongsi ilmu, pengalaman serta membina jaringan bersama.
Bagi Teman Jiwa Coffee, program seperti ini bukan sekadar tentang kopi, tetapi juga tentang ilmu, komuniti dan peluang untuk berkembang bersama dalam industri F&B.
Terima kasih kepada pihak penganjur atas ruang dan peluang yang diberikan. Semoga lebih banyak kolaborasi dan perkongsian ilmu dapat dibina selepas ini.
Teman Jiwa Coffee — Secawan Kopi, Sejuta Cerita. ☕❤️