JDT Memasak dan Beramal

JDT Memasak dan Beramal Niatkan perkara baik yang kita lakukan kerana Allah, mudah-mudahan ia menjadi ibadah dan diberkatiNya. Sila LIKE page kami sebagai sokongan. Bagaimana caranya?

Memasak itu ibadah, apatah lagi jika bersedekah, sudah pasti ianya suatu ibadah yang sangat mulia. Asalkan ianya perbuatan baik dan diniatkan ikhlas kerana Allah, maka ianya adalah ibadah. Pernahkah anda terfikir untuk interpretasikan rasa KESYUKURAN anda? Jenama SYUKUR dihasilkan untuk menyatakan perasaan SYUKUR kami di atas segala kurniaan nikmat dari Allah. Kini kami ingin meningkatkan rasa kes

yukuran tersebut dengan mengajak anda bersama-sama menjalankan KEMPEN BERSYUKUR. Semoga kita sama-sama dikurniakan lebih banyak nikmat dari Allah. Apakah KEMPEN BERSYUKUR? Mudah sahaja. Satu cara untuk menyatakan perasaan syukur adalah dengan bersedekah iaitu kongsikan sebahagian dari apa yang kita nikmati bersama orang lain. Bersedekah tidak memerlukan belanja yang besar jika kita tahu caranya. Jika kita bersedekah wang tunai sebanyak RM2.50 mungkin itu nampak janggal kerana kecil jumlahnya. Tetapi masih ada cara lain untuk bersedekah dengan wang sekecil itu. Begini caranya. Anda hanya perlu membuat pembelian sekurang-kurangnya sebungkus rempah SYUKUR yang mengandungi 10-14 bungkusan kecil. Gunakanlah sebahagiannya untuk masakan anda dan nikmati kelazatan rempah kami bersama keluarga tersayang. Hadiahkanlah selebihnya kepada ibu, kakak, adik, saudara-mara, jiran tetangga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja. Niatkanlah pemberian itu sebagai sedekah di atas rasa SYUKUR anda atas segala nikmat yang telah Allah kurniakan selama ini. Mungkin sedekah ini kecil angkanya tapi anda pasti akan merasai hasilnya nanti, setidak-tidaknya sedekah anda akan di balas dengan sebuah senyuman. Janji Allah p**a setiap sedekah itu besar ganjarannya

“Bandingan (sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah sama dengan sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan (pahala) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha luas (rahmat kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui,” (QS. Al-Baqarah [2] : 261). Pertingkatkanlah sedekah sebagai rasa syukur yang berterusan. Didik hati kita untuk selalu memberi, bermula dengan menghadiahkan produk SYUKUR yang hanya berharga beberapa ringgit namun besar nilainya untuk insan lain. Lebih banyak anda memberi, lebih banyak yang bakal anda terima sebagai p**angan dalam bentuk keberkatan, rahmat dan rezeki. Semoga Allah tambah rezeki kita di atas rasa syukur tersebut.. Ameen

Address

Singapore

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JDT Memasak dan Beramal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to JDT Memasak dan Beramal:

Share

Category