Fahmi shazwan

  • Home
  • Fahmi shazwan

Fahmi shazwan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fahmi shazwan, Food stall, .

02/08/2023

Nasi ni telah banyak membantu orang2 bujang mcm kami ni. besar jasanya 😂

Kredit: BangLee

14/07/2023

Assalamualaikum wbt 🫱🏻‍🫲🏼
Salam Malaysia Madani✋🏻
Bersih, Muafakat, Sejahtera👍🏼

Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput penghias dari Lapangan;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput datang Dataran Ampangan.


Jemput hadir ke
MAJLIS JAMUAN KENDURI RAKYAT
Peringkat DUN Ampangan.
Seperti ketetapan berikut:
🗓 15 Julai 2023 (Sabtu)
⏱ 8.00pm-11.00pm
📍Dataran Ampangan (dihadapan Benteng Ampangan)

Pelbagai acara disediakan:
❤Paparan Skrin Besar
💙Cenderahati
💛Cabutan bertuah
💜Busking

Kalau poie Ampangan Sikamat,
Anak Manis Jangan diangkat;
Bersamo kito memohon Rahmat,
Moga Majlis medapat Berkat.

08/06/2023
08/06/2023

PROGRAM JUALAN HARGA LADANG NISMILAN PRIHATIN MERINGANKAN GOLONGAN KURANG KEMAMPUAN

Kerajaan Negeri Sembilan telah membuat Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin bagi membolehkan rakyat negeri ini mendapatkan barangan keperluan dengan harga 20 hingga 30 peratus lebih murah dari harga pasaran.

Program ini telah dijayakan dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan merangkumi aspek logistik, pembekalan serta penjualan yang seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap orang tengah.





08/06/2023

INISIATIF RUMAH HARAPAN RAKYAT (RHR)

Inisiatif Rumah Harapan Rakyat (RHR) adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah bernilai RM85,000.00 atas tanah sendiri.

Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) menawarkan subsidi berjumlah RM10,000.00 di samping pinjaman pembiayaan tanpa faedah berjumlah RM75,000.00 selama 25 tahun.

Pada tahun 2021, seramai 59 orang peserta telah terpilih untuk menyertai program ini. Manakala pada tahun 2022 seramai 53 orang peserta telah terpilih.

Untuk makluman, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana berjumlah RM5 juta bagi inisiatif RHR untuk tahun 2021 dan 2022.

Namun melihat kepada sambutan menggalakkan daripada rakyat, Kerajaan Negeri bersetuju untuk menambah jumlah peruntukan kepada RM10 juta bagi tahun 2023 bagi membolehkan lebih ramai rakyat memohon inisiatif tersebut.




08/06/2023

DUN NEGERI SEMBILAN BUBAR 30 JUN INI

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubarkan pada 30 Jun ini bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, beliau akan mempersembahkan perkara itu kepada DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam masa terdekat.

“Walaubagaimanapun saya akan menghadap Tuanku terlebih dahulu sebelum DUN dibubarkan pada 30 Jun ini; malah sebelum ini pun saya sudah maklum dan biasa bincang dengan Tuanku mengenai tarikh pembubaran DUN.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu Pakatan Harapan memenangi 20 kerusi DUN daripada 36 DUN secara keseluruhannya, manakala BN memenangi di 16 DUN.





02/06/2023

TANGXING EQUIPMENT (M) LABUR 50 JUTA DI NEGERI SEMBILAN

Kemudahan infrastruktur yang lengkap di samping lokasi strategik menjadikan Negeri Sembilan sebagai destinasi pelaburan terbaik buat pelabur dari dalam dan luar negara.

Terkini, syarikat TangXing Equipment (M) Sdn Bhd yang merupakan pelabur dari wilayah Anhui, China telah melabur sebanyak RM 50 juta di Sendayan.

Syarikat tersebut telah membina sebuah kilang pembuatan peralatan pembinaan penggali terowong mikro yang dikenali sebagai "Microtunneling" dan "Pipe Jacking".





02/06/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kerajaan Negeri Sembilan dibawah pimpinan YAB Dato' Seri Aminuddin bin Harun telah menaikkan elaun siak seluruh Negeri Sembilan. Elaun yang dinaikkan adalah daripada RM200 menjadi RM450 sebulan.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi menghargai mereka dalam menjalankan tugas.

Terima kasih Tok Min.

02/06/2023

BANDAR BARU ENSTEK JADI PILIHAN PELABUR

Alhamdulillah, Bandar Baru Enstek terus jadi pilihan pelabur apabila Mahsuri Food Sdn Bhd yang merupakan syarikat pengilangan sos makanan bersetuju untuk membina kilang pengeluaran dengan nilai pelaburan sebanyak RM250 juta.

Pembukaan kilang ini akan menyumbang ke arah pembangunan prasarana pengeluaran produk halal, rangkaian pemasaran dalam dan luar negara serta pembangunan sosioekonomi yang akan berpusat di negeri ini.

"Dengan tawaran teknologi baharu berteraskan automasi (automation) bagi setiap peringkat pengilangan, pengoperasian berteknologi tinggi ini secara langsung mewujudkan peluang pekerjaan terutamanya kumpulan profesional dan pekerja berkemahiran tinggi kepada anak tempatan menjelang tahun 2025" - Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun





04/04/2023

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fahmi shazwan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service?

Share