20/06/2023
Nenas merupakan bahan utama kepada Tart Nenas Brutal yang dijual oleh kami. Jem nenas diperbuat daripada isi buah nenas yang telah siap diproses di kilang. Namun, apa yang membuat Tart Nenas Brutal ini istemewa adalah kami menggunakan jenis buah nenas yang berkualiti tinggi iaitu Nenas MD2. Nenas MD2 sudah tidak asing lagi di pasaran Malaysia, rasa yang manis dan kelembutan buah yang menyelerakan telah menjadikan buah ini terkenal di Malaysia. Selain itu, Proses pembuatan jem nenas ini juga menjadi faktor utama kepada kesedapan Tart Nenas Brutal ini. Sebagai contoh, kilang yang bersih, buah segar, dan bahan-bahan masakan yang berkualiti tinggi.
Di sini, kami selitkan beberapa maklumat tentang nenas.
Nenas ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari benua Amerika Selatan dan tersebar ke Malaysia melalui perdagangan antarabangsa. Nanas mengandungi khasiat vitamin A, B1 dan bromelain (digunakan untuk melembutkan daging). Ia juga mengadungi asid sitrik yang berkesan untuk menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Buah nanas dimakan atau dibuat jus minuman untuk mencuci tubuh, melawaskan buang air kecil, merangsang penghadaman, sakit kerongkong, masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru-paru dan membunuh cacing dalam perut. Nanas bagaimanapun tidak sesuai untuk ibu yang mengandung.
Nanas dipercayai mampu boleh merawat barah. Dua molekul daripada nanas menunjukkan hasil yang baik bagi melawan pertumbuhan barah. Antara kajian yang sedang giat dilakukan adalah berkenaan dengan kandungan bromelain dalam nanas yang didapati dapat mengelak barah.Salah satu molekul yang dikenali sebagai CCS menghalang protin yang dikenali sebagai Ras dan satu lagi yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan sistem imuniti badan pesakit bagi melawan sel barah.[perlu rujukan] Buah ini mempunyai kandungan vitamin A, B, dan C yang tinggi.
Terdapat banyak lagi khasiat dan kegunaan buah nenas. Kami harap maklumat ini berguna dan mampu menambah pengetahuan yang penting dalam kehidupan seharian.