07/06/2026
💜SEMINAR KEUSAHAWAN 💜
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya rakamkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) atas penganjuran Seminar Keusahawanan 💜“Purple Cow in Your Business” 💜 yang sangat bermanfaat dan membuka perspektif baharu dalam dunia perniagaan.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Datuk Dr Tengku Naufal atas perkongsian ilmu, pengalaman serta bimbingan yang penuh inspirasi. Seminar ini telah memberikan banyak pencerahan tentang bagaimana usahawan perlu berani tampil berbeza, mencipta nilai unik dan membina jenama yang menonjol dalam pasaran yang semakin kompetitif.
Saya amat bersyukur apabila Dari Dapur Mak Ndak terpilih sebagai salah seorang daripada 30 peserta yang mengikuti seminar eksklusif ini, daripada keseluruhan 108 usahawan yang terlibat dalam program tersebut. Peluang ini merupakan satu penghormatan dan motivasi besar untuk kami terus memperkukuhkan perniagaan serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.
Semoga segala ilmu, panduan dan strategi yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam mengembangkan perniagaan dan melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing serta berimpak tinggi.
Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat. Semoga usaha murni ini terus memberi manfaat kepada komuniti usahawan dan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.
Ikhlas,
Mak Ndak Diey Othman
Founder, Dari Dapur Mak Ndak & Mawar Mentari Cafe