25/02/2026
Assalamualaikum, Alhamdulillah, seperti tahun-tahun yg lalu, Makan Station membukakan kembali Misi Infaq Ramadan tahun ini.
Biskita boleh pilih slot yg biskita mahu & PM kami utk book slot. InshaAllah agihan akan diberikan ke Masjid-Masjid Daerah Belait atau bagi food pack akan kami agihkan jua kepada pekerja-pekerja stesen-sresen minyak atau pekerja di jalanan.
Jika biskita ada sebarang cadangan menu, jemput Whatsapp kami www.wasap.my/6738811284/MakanStation atau click link di bio kami.
Salam Ramadan 1447H 😊
Sama-sama kitani merebut sebanyaknya pahala buat bekalan di akhirat kelak.