Raja Nasi Katok Brunei

Raja Nasi Katok Brunei Raja Nasi Katok Brunei

Hidup ni memang keras. Bukan semata-mata pasal duit, tapi tentang macam mana kita nak terus hidup di jalan yang betul se...
28/05/2026

Hidup ni memang keras. Bukan semata-mata pasal duit, tapi tentang macam mana kita nak terus hidup di jalan yang betul sebagai lelaki yang ada tanggungjawab, ada bisnes dan ada akhlak untuk bekalan dunia akhirat.
Duit memang penting, tapi hidup juga kena ada batas. Jangan sampai terlalu sibuk mengejar dunia sampai lupa akhirat. Dalam mencari rezeki, jangan lupa selitkan dakwah dan perkara baik, sebab tanpa sedar ramai orang sedang melihat cara hidup kita. Mereka tengok cara kita berniaga, bercakap, melayan orang dan menghadapi masalah.
Kadang orang bukan kagum sebab kita berjaya, tapi sebab cara kita bertahan waktu susah. Sebab tu penting untuk jaga hati dan niat. Penat macam mana pun, jangan hilang diri sendiri semata-mata mahu nampak berjaya di mata manusia.
Kita memang kena bangkit sendiri, sebab tak semua orang faham perjuangan kita. Ada masa kita terpaksa kuat walaupun hati letih. Tapi dalam semua perjuangan ni, yang paling penting bukan hanya hasil, tapi keberkatan. Bila hidup ada keberkatan, hati tetap tenang walaupun belum kaya.
Jangan malu jadi orang baik dalam dunia yang makin keras. Jangan takut jadi jujur walaupun ramai pilih jalan mudah. Rezeki boleh dicari, tapi ketenangan dan keberkatan datang daripada Allah.
Teruskan berjalan, perbaiki diri pelan-pelan dan jangan berhenti buat baik walaupun dunia kadang tak menghargai. Sebab lelaki yang sebenar bukan yang paling kaya atau paling terkenal, tapi yang mampu jaga iman, akhlak dan tanggungjawab walaupun diuji berkali-kali.

Terima kasih kepada semua yang selama ini banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan teguran yang ikhlas. Setiap kata-kata dan pengalaman yang dikongsikan sangat bermakna dalam perjalanan kami untuk terus belajar menjadi insan dan peniaga yang lebih baik







Japar Mahmuddin

07/05/2026

Memang banyak peluang untuk join event² yang boleh dikira confirm meletop di luar negara. Dalam fikiran memang terasa rugi dan sayang kalau inda join. Tapi semua atu memerlukan modal, persiapan yang padu, serta keberanian untuk menanggung risiko sekiranya berlaku sesuatu di luar dugaan.
Bahkan event dalam negeri pun kalau sekadar join tanpa persiapan lengkap kitani tetap akan merasa rugi. Bukan rugi sebab jualan inda laku tapi rugi sebab inda dapat push jualan yang sebenarnya boleh jadi laris disebabkan kurang persiapan dan pelbagai faktor lain.
Kami sebagai vendor local Brunei yang masih baru dalam bidang food vendor ani walaupun sudah ada pengalaman merantau Sabah dan Sarawak. Ingin berkongsi sedikit nasihat jangan semata mata join event hanya untuk mengejar keuntungan. Kaji dengan teliti segala keperluan, kos, cabaran, dan risiko yang bakal ditanggung.
Kadang kadang bukan semua event yang nampak besar sesuai untuk keadaan kitani pada masa tertentu. Persiapan, tenaga pasukan, stok, kewangan, pengangkutan, tempat tinggal, cuaca dan mental juga memainkan peranan besar. Bila semua atu sudah stabil dan tersusun barulah kitani dapat berniaga dengan lebih tenang dan maksimumkan peluang jualan.
Sokongan biskita semua sangat kami hargai. Setiap yang datang membeli, menyokong, mendoakan, berkongsi post, dan memberi semangat benar benar memberi kekuatan untuk kami terus bertahan dan berkembang.
Teruskan memberi sokongan yang padu agar suatu masa nanti kami mampu mencapai impian kami sedikit demi sedikit. InsyaAllah dengan usaha, doa, dan sokongan orang ramai, kami akan terus berjuang membawa nama vendor local Brunei lebih jauh lagi.
Perjalanan ani memang inda mudah tapi kami percaya setiap pengorbanan dan kesusahan hari ani akan menjadi kenangan manis suatu hari nanti. Terima kasih kerana sentiasa percaya dan berjalan bersama kami dari bawah sampai ke tahap yang lebih tinggi.

“Rasa dulu nyanyat ni kita.” 🔥

















🔥

04/03/2026
01/02/2026

Dulu aku pernah tanya seorang pekerja booth makanan. Niat di hati cuma nak berkongsi ilmu dan nak tahu sedikit cara terbaik bagaimana orang lain sediakan makanan atau sambal yang lebih pedas.
Mungkin berlaku salah faham bila cerita itu sampai ke pihak lain. Biasalah dalam berniaga, setiap orang ada cara fikir dan pendekatan masing-masing.
Bagi aku sendiri, aku sangat menghormati individu yang ikhlas berkongsi ilmu. Contohnya Azrul Hisyam Basherahil dia jenis yang tak lokek berkongsi pengalaman berniaga, cara urus kerja, malah kadang-kadang resepi masakan juga.
Rezeki itu bukan sekadar pada hasil jualan semata-mata. Bila ilmu dikongsi, semangat diberi, dan staf dijaga dengan baik serta diberi upah yang setimpal, insyaAllah rezeki datang dalam pelbagai bentuk.
Semoga apa yang dikongsi ini dapat dijadikan manfaat. Kita semua masih belajar dan sama-sama mencari rezeki dengan cara yang baik

16/01/2026
Next events
04/01/2026

Next events

21/12/2025

Rajin dan kerja keras demi mencapai hasil yang lumayan.
Segalanya dikerjakan dengan baik dan penuh ketelitian sepanjang event berlangsung, dari satu event ke event yang lain.
Alhamdulillah, hasilnya juga terasa.
Hati senang walaupun badan letih dan terasa sakit.
Kini tiba masanya untuk berehat seketika, sebelum kembali berjuang untuk event yang akan datang.
Namun perjuangan tidak pernah berhenti.
Ada perjuangan yang lebih besar dan menjadi kewajipan kita sebagai seorang Muslim.
Di hari-hari libur ini, kita bermuhasabah diri.
Mampukah aku bangun lebih awal?
Mampukah aku berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh?
Dan mampukah aku memperbaiki ibadah, mengerjakan solat dengan lebih baik —
kerana itulah sebenar-benar keuntungan,
untuk diriku di dunia dan di akhirat.

20/12/2025

Hujan adalah salah satu ujian buat vendor² yang berniaga di event outdoor.
Semuanya kami hadapi dengan penuh tabah dan redha.
Kerana kami percaya, selepas hujan pasti akan muncul pelangi

02/12/2025

🎉🎉MALAM TAHUN BARU YANG LEBIH MERIAH! 🎉🎉

LAPA FOOD FEST MIRI KINI KEMBALI!

🎡 LAPA FOOD FESTIVAL MIRI
📆 31 DEC - 4 JAN 2026 (5 Hari)
📍PARKIR PERMY MALL,MIRI
⏰ 2-11 Malam
📸 Rakan Media Rasmi My Sufri Channel MSC

Bulan 12 adalah bulan paling padat bagi Raja Nasi Katok Brunei.Perjalanan kami bermula dari Lawas, kemudian ke Limbang, ...
02/12/2025

Bulan 12 adalah bulan paling padat bagi Raja Nasi Katok Brunei.
Perjalanan kami bermula dari Lawas, kemudian ke Limbang, Sipitang, Brunei, Miri dan insyaAllah kembali semula ke Brunei pada hujung Januari 2026.

Semoga Allah melancarkan setiap urusan kami, memurahkan rezeki kami, menguatkan semangat kami, dan memberkati setiap langkah perjuangan ini. Amin.


























Address

Pesta Orang Kampung/lapa Food
Bandar Seri Begawan
BB3313

Telephone

+6738312157

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Raja Nasi Katok Brunei posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Raja Nasi Katok Brunei:

Share