03/10/2026
Rombongan jemaah ibu-ibu anggun, pemurah dan cantik luar dan dalam tadi singgah datang beramai-ramai memilih Bakuah Laksha untuk berkumpul, sekali gus membuat kejutan sambutan Hari Guru.
Bukan sahaja suasana penuh dengan kemesraan dan kasih sayang, malah MasyaAllah… sempat berkongsi rezeki untuk meja-meja pelanggan lain 🥹🤲
Terima kasih banyak-banyak atas kebaikan, senyuman, dan keberkatan yang dibawakan ke kedai kami hari ini. Rasa syukur, bangga, dan gembira tidak terhingga dapat menjadi sebahagian daripada detik indah abiskita semua. Semoga Allah membalas setiap kebaikan abda dengan rezeki yang melimpah-ruah, kesihatan yang berpanjangan, dan kebahagiaan dunia akhirat. Amin YRA 🤲✨