Lokcing Thai

Lokcing Thai Menjual Sate Ikan dan Aneka Sosej Halal dari Thailand. Dibakar dan dihidangkan dengan Sos Thai Padu.

09/10/2022

Jom la pakat2 datang di stall kami di Pusat Keusahawan D'Bukit. Setiap hari kami akan restock lebih 15 jenis locking/sosej thai yang dibakar dan dihidangkan bersama Sos Pedas Padu dari kami.

08/10/2022

Alhamdulillah.. Terima kasih warga UiTM Melaka kerana sudi singgah di stall kami. Maaf kalau ada terkurang sana sini. 1st day/1st time berniaga.

Insya Allah kami akan menambahbaikkan servis & makanan yang ada selepas ni. Jika ada suggestion untuk kami improve, jangan segan2 mesej ya. Kami hargai setiap komen dan kritikan yang diterima.

Kemas rumah di waktu senja,
Anak buaya naik mencuri;
Emas intan ada harga,
Budi bahasa s**ar dicari.

Kredit pantun: Kurik Kundi Merah Saga.

Apa tu Lokcing?Ada yang tertanya-tanya maksud perkataan tu tak? Sebutan ‘lokcing’ berasal dari perkataan Thailand yang b...
06/10/2022

Apa tu Lokcing?

Ada yang tertanya-tanya maksud perkataan tu tak?

Sebutan ‘lokcing’ berasal dari perkataan Thailand yang bermaksud bebola Ikan. Alahh, macam kat Malaysia orang selalu sebut cucuk-cucuk, bebola goreng tu.

Adapun dulu-dulu lokcing ni hanyalah 1 variasi iaitu satay ikan (isi ikan dan tepung ubi yang diproses menjadi bulatan kecil dan kemudian dicucuk di batang lidi.) Kini telah muncul lebih 50 variasi lokcing yang berbeza dari segi rasa, bentuk dan isi kandungannya.

Lokcing dari Thailand ni lain sikit rasanya dari yang biasa-biasa kita makan di pasar-pasar malam @ di kiosk-kiosk serata Malaysia. Sesiapa taste bud dia ada kearah Thailand cuisine, yang s**a makan tomyam, paprik, ikan 3 rasa bolehlah acu cuba try test rasa lokcing berserta kuahnya sekali. Dah berkali-kali rasa pun tetap nak lagi. Hihihi...

Gabungan rasa kenyal-kenyal dari tepung ubi yang diproses dengan isi ikan atau isi ayam dibakar, kemudian disirami kuah lokcing yang mempunyai adunan rasa pedas, manis dan masam sememangnya membangkitkan selera makan anda.

Lokcing di Malaysia kebanyakan dijual tepi-tepi jalan di daerah-daerah sempadan Thailand seperti Rantau Panjang, Kelantan, Bukit Kayu Hitam, Kedah dan di Perlis. Di negeri lain penjualannya agak terhad kerana masih belum dikenali dan juga faktor lojistik.

Akhir kata, kalau ternampak ada yang jual lokcing, cubalah rasa. Sumpah rugi satu nikmat dunia kalau tak rasa lokcing ni.😅

“Cuba-cuba menanam sirih,
Takut nak ada tumbuh sulurnya,
Cuba-cuba merebut kasih,
Takut nak ada unjuk hulurnya”

Sumber pantun: Kurik Kundi Merah Saga.

Address

Pusat Keusahawan D'Bukit, UiTM Alor Gajah
Alor Gajah
78000

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:00
Tuesday 09:30 - 18:00
Wednesday 09:30 - 18:00
Thursday 09:30 - 18:00
Friday 09:30 - 18:00

Telephone

+60136975137

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lokcing Thai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Lokcing Thai:

Share

Category