14/07/2024
1. Bila rasa lemau, bila rasa hilang semangat cuba ingat balik mengapa kita mulakan bisnes ni dulu.
2. Cuba ingat macam mana kita punya excited semasa hari pertama berniaga dan kali pertama terjual produk atau dapat order.
3. Ingatlah azam kita dulu tu nak membantu menyelesaikan masalah orang kerana kita dapat idea bisne ni pun sebab terjumpa masalah. Kenapa sekarang kita rasa lemas dengan masalah?
4. Ingatlah wajah2 kesayangan yang bergantung setia dengan kita selama ni. Kalau kepala hilang punca, apa nasib yang lain2 nanti.
5. Berehatlah sekejap jika perlu, berhenti lah seketika jika ia dapat membantu tapi jangan sesekali menyerah kalah terus.
6. Ingatlah bahawa sekiranya niat kita betul, hajat kita benar maka setiap penat lelah dan sakit kepala ni ada habuannya di sana nanti. Takkan x nak pahala?
7. Kita tak akan diuji melebihi kemampuan kita, relax arr. Chill lah. Kita pasti boleh menampung semua rasa x best ni.
8. Setiap masalah iti didatangi dengan solusi, bukan dipanggil problem kalau xder solution. It just kita belum jumpa jer lagi sebab terlalu dibelenggu dan memikirkan susahnya berniaga ni. Mata jadi rabun, diri rasa jauh dari penyelesaian.
9. Setiap isu, setiap halangan, setiap masalah mematangkan kita. Dari semua ini kita mengumpul pengalaman dan wisdom. Selagi kita bergerak, kita sedang semakin hebat.
10. It's in our heart. Ribut taufan macam mana pun di luar tu jika kita berlapang dada, jika bersih hati kita, jika tiada rasa syak wasangka segala maka kita akan tenang2 jer. Latih lah hati.
💪🏻
Selamat berbisnes.