30/05/2025
Malam Hari Terang Senegeri,,
Bulan Purnama Di hujung Julai,,
Majlis Dirai bertambah Seri,,
Menyambut Kedatangan Kedua Mempelai,,,
Ayam Dara Dibuat Gulai,,
Bungkus Bekalan Letak Dibucu,,
Riang Gembira Kedua Mempelai,,
Semoga Berkekalan Ke anak Cucu,,,,
Cahaya kemeriahan majlis perkahwinan Azrin & Amalina di Casa Andalusia, Jalan Datuk Kumbar Alor Setar,, Alhamdulillah dengan rahmatnya majlis berlansung dengan sempurna & meriah dalam suasana bersantai dibawah sinaran cahaya lampu warna warni,, Dikunjungi oleh ramai tetamu dari jauh dan dekat bagi merai dan memberi restu kepada kedua mempelai,,,
'Selamat Penganti Baru' Azrin & Amalina,, Tahniah En.Mohamad Azhar & Puan Noraini beserta Bisan menerima menantu,, Pihak Seri Nibong Katering mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga & Pihak pengurusan Casa Andalusia diatas sokongan dan kerjasama yang amat baik bagi menyempurnakan majlis,,,
Semoga diberi rahmat & keberkatan, kebahagiaan dunia & akhirat, dimurahkan rezeki serta dikurniakan cahaya mata yang soleh & solehah,, Jaazakaallahu khairan,,,