03/06/2026
Untuk pengusaha premis makanan: kes ini menjadi peringatan supaya arahan penutupan premis oleh pihak berkuasa dipatuhi sepenuhnya.
===========
Menurut perkongsian Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Setar, sebuah premis makanan di Kuala Kedah telah diarahkan tutup pada 28 April 2025 selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihan premis, khususnya bahagian dapur, tidak memuaskan.
Beberapa notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, dan perintah penutupan dikenakan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
Namun, pemantauan susulan pada 5 Mei 2025 mendapati premis tersebut beroperasi semula semasa masih dalam tempoh penutupan dan tanpa kebenaran rasmi.
Kes ini dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar pada 29 April 2026. OKS telah dijatuhi denda RM5,000 dan denda tersebut telah dijelaskan sepenuhnya.
Peringatan praktikal: jika premis diarahkan tutup, jangan beroperasi semula sehingga mendapat kebenaran rasmi daripada pihak berkuasa.
===========
According to the post by Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Setar Promosi Kesihatan PKD Kota Setar, a food premise in Kuala Kedah was ordered to close on 28 April 2025 after an inspection found unsatisfactory hygiene conditions, especially in the kitchen area.
Several offence notices were issued under the Food Hygiene Regulations 2009, and the closure order was made under Section 11 of the Food Act 1983.
However, during follow-up monitoring on 5 May 2025, the premise was found operating again while still under the closure period and without official permission.
The case was heard at the Alor Setar Magistrate’s Court on 29 April 2026. The accused was fined RM5,000, and the fine was fully paid.
Practical reminder: once a food premise is ordered to close, do not resume operations until official permission has been given by the authorities.
===========
根据哥打士打县卫生局健康促进组的分享:
位于瓜拉吉打的一间食肆,在2025年4月28日被勒令关闭,原因是检查发现其卫生状况不理想,尤其是厨房区域。
当局已根据《2009年食品卫生条例》发出多项违规通知,并依据《1983年食品法令》第11条下达了关闭令。
然而,在2025年5月5日的后续监督中发现,该场所在仍处于关闭期内且未获得官方许可的情况下,重新开门营业。
此案于2026年4月29日在亚罗士打消推事庭审理。被告被判处RM5,000罚款,且该罚款已全额缴清。
业者提醒: 关闭令生效期间,未经官方批准,请勿擅自恢复营业。
===========
Sumber - Source - 源自: Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Setar
Diringkaskan untuk tujuan perkongsian maklumat.
#食品安全 #食品卫生 #1983年食品法令
𝐏𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐓𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐂𝐈, 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐏𝐑𝐄𝐌𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐃𝐄𝐍𝐃𝐀 𝐑𝐌𝟓,𝟎𝟎𝟎 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐉𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐓 𝐀𝐋𝐎𝐑 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇.
(KES ENGKAR PERINTAH PENUTUPAN PREMIS TIDAK SUCI)
Kes: PKD Kota Setar
Mahkamah: Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah
Tarikh: 29 April 2026 (Rabu)
No. Kes: KA-87-142-01/2025
Pendakwaan:
Pegawai Pendakwa – KPPKP Tn. Mohamad Haririe bin Roslan
Pegawai Penyiasat – PPKP En. Najmuddin bin Kamal
Sebuah premis makanan milik ABL di Kuala Kedah telah diarahkan tutup pada 28 April 2025 selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihan premis, khususnya di bahagian dapur, berada pada tahap tidak memuaskan. Beberapa notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, dan perintah penutupan premis turut dikenakan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
Namun begitu, hasil pemantauan susulan pada 5 Mei 2025 sekitar jam 9.10 malam mendapati premis tersebut beroperasi semula walaupun masih dalam tempoh penutupan serta tanpa kebenaran rasmi daripada pihak berkuasa. Pemeriksaan lanjut mengesahkan aktiviti perniagaan dijalankan seperti biasa, sekali gus menunjukkan ketidakpatuhan yang jelas terhadap perintah penutupan.
Perbuatan ini merupakan satu pelanggaran serius terhadap perintah penutupan premis tidak suci yang dikuatkuasakan oleh pegawai diberi kuasa. Kesalahan ini boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 yang memperuntukkan hukuman denda, penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan.
Sehubungan itu, pemilik ABL telah diperintahkan hadir ke mahkamah pada 29 April 2026 bagi menghadapi pertuduhan dan telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000, yang telah dijelaskan sepenuhnya.
Kes ini wajar dijadikan peringatan kepada semua pengusaha premis makanan agar sentiasa mematuhi peraturan kebersihan serta arahan pihak berkuasa. Kegagalan berbuat demikian bukan sahaja menjejaskan keselamatan pengguna, malah boleh mengakibatkan tindakan undang-undang yang tegas.
Hukuman:
OKS dijatuhi denda RM5,000
Denda telah dijelaskan sepenuhnya.