Galeri An Nour

Galeri An Nour Agen Pjj / kelas memasak secara online di Facebook dengan harga yang berpatutan.

Kita semua di sini hanyalah musafir yang sedang menumpang lalu.​Peliknya kita sebagai manusia. Kita risaukan destinasi e...
13/08/2026

Kita semua di sini hanyalah musafir yang sedang menumpang lalu.

​Peliknya kita sebagai manusia.

Kita risaukan destinasi esok hari yang belum tentu sempat kita sampai tetapi kita cukup tenang dengan beg bekalan yang masih kosong untuk perjalanan pulang.

​Kita sibuk merancang untuk hari esok, seolah-olah kita pemegang kunci masa depan.

Padahal, nafas yang kita hela pagi ini pun hanyalah pinjaman yang boleh ditarik semula pada bila-bila sahaja.

​Jangan sampai kesibukan mengejar impian esok hari, membuatkan kita terlupa menyiapkan rumah akhirat kita.

Assalamualaikum, selamat pagi yang penuh barakah..

Berbuat baik hari ini, maafkan semua orang dan sebarkan kasih sayang..





Bahagia kita tak sama, duka kita tak serupa.Ujian yang hadir dan beban yang dipikul, semuanya telah diukur mengikut kada...
11/08/2026

Bahagia kita tak sama, duka kita tak serupa.

Ujian yang hadir dan beban yang dipikul, semuanya telah diukur mengikut kadar kemampuan bahu masing-masing.

​Ada yang sedang memetik hasil, ada yang baru bermula dan ada yang masih setia menanti tuah perjuangan.

Jangan berdukacita melihat garisan penamat orang lain, kerana laluan hidup kita berbeza.

​Teruskan berjalan dengan tenang.

Semoga setiap langkah kita hari ini dibimbing menuju kebaikan yang terbaik di jalan masing-masing.

Assalamualaikum. ​Selamat pagi..

Semoga dipermudahkan segala urusan hari ini..





10/08/2026

Manusia mudah melihat luka, tapi jarang ada yang mahu tahu betapa sakitnya menahan perit.

Manusia cepat nampak langkah kita yang jatuh, tapi tidak pernah nampak sejauh mana kita telah merangkak untuk berdiri semula.

​Kerana itulah, memahami itu wujud dalam jiwa yang matang.

Manakala menilai lahir daripada akal yang terburu-buru.

​Buat sesiapa yang sedang berjuang dalam diam.

Yang senyumnya menutup sejuta lelah.

Yang tatapannya menyimpan pelbagai beban.

Anda tidak bersendiri.

Setiap usaha keras yang tidak dilihat manusia, sentiasa dinilai dan dicatat indah oleh pencipta-Nya.

​Jangan mengalah.

Pagi ini tarik nafas dalam-dalam, senyum dan percaya bahawa hari ini ada kebaikan yang sedang menunggu kita semua..

Assalamualaikum. Senyum selalu sahabat ☺️





09/08/2026

Ada hari kita menang, ada hari kita belajar.

Hidup ini tidak sentiasa tentang kemenangan atau kejayaan yang megah.

Ada kalanya, kita melangkah pulang dengan sekeping pengajaran yang mahal.

​Gagal meraih sesuatu hari ini bukan bermakna kita tewas tetapi tanda kita sedang membesar, belajar dan menjadi lebih dewasa daripada semalam.

Assalamualaikum. ​Selamat pagi semua.

Semoga setiap usaha kita hari ini diiringi rahmat dan dipermudahkan segalanya.





Dulu kita ingat lawan kita orang lain.Rupanya bukan...​Masa muda, mungkin kita sibuk nak membuktikan kehebatan pada oran...
08/08/2026

Dulu kita ingat lawan kita orang lain.

Rupanya bukan...

​Masa muda, mungkin kita sibuk nak membuktikan kehebatan pada orang lain.

Nak tunjuk kita boleh buat, nak menang dalam semua benda.

​Tapi bila dah semakin matang, fokus kita berubah 360 darjah.

Kita dah tak ada tenaga nak layan drama manusia.

Lawan kita yang sebenar hari ini adalah ketetapan takdir.

Bagaimana kita nak kawal emosi bila diuji, dan bagaimana kita nak kekal tenang bila rancangan kita tak jadi.

​Kuncinya cuma dua, ikhlas dan jangan putus doa.

​Bila hati dah ikhlas dan doa dah terikat kemas, apa jua takdir yang datang kita tetap akan rasa menang.

Assalamualaikum. ​Selamat pagi kawan-kawan.

Semoga rezeki kita melimpah ruah hari ini.





Ada hari-hari yang terasa begitu berat untuk dipikul dan ada ketika langkah terasa lambat.Namun di balik setiap kepayaha...
07/08/2026

Ada hari-hari yang terasa begitu berat untuk dipikul dan ada ketika langkah terasa lambat.

Namun di balik setiap kepayahan, selipkan doa yang tidak pernah putus.

Moga Allah senantiasa mempermudahkan jalan hidup kita.

​Pada akhirnya, yang dikejar bukanlah sempurnanya takdir tetapi teguhnya hati.

Hati yang tetap mahu bertahan walau dilanda badai, hati yang sentiasa bersyukur walau menerima sedikit dan hati yang yakin bahawa takdir-Nya tidak pernah tersilap.

​Moga pagi ini membawa kedamaian dan harapan baharu buat kita semua.

Assalamualaikum. Selamat pagi 🌸






Jangan terlalu selesa bersandar pada apa-apa pun kerana jika beralih sedikit sahaja, kita yang akan hilang keseimbangan....
07/08/2026

Jangan terlalu selesa bersandar pada apa-apa pun kerana jika beralih sedikit sahaja, kita yang akan hilang keseimbangan.

Dunia ini lumrahnya begitu.

Ada yang datang, ada yang pergi dan ada yang terus hilang.

​Segala-galanya boleh berubah bila tiba masanya, sama ada waktu atau perasaan.

Malah, ada yang akhirnya melangkah pergi, meskipun pernah berjanji.

​Selamat malam semua.

Rehatkan minda, titipkan doa yang baik-baik sebelum tidur..






Ujian tidak hadir untuk merobohkan semangat dan nikmat tidak datang untuk membuat kita alpa.Kedua-duanya adalah cara All...
06/08/2026

Ujian tidak hadir untuk merobohkan semangat dan nikmat tidak datang untuk membuat kita alpa.

Kedua-duanya adalah cara Allah mendidik hati.

​Melalui nikmat, kita diajar erti syukur.

Melalui ujian, kita dihadiahkan kekuatan sabar.

​Moga hari ini Allah permudahkan segala urusan, dilapangkan dada dan disajikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka buat semua..

Assalamualaikum. Selamat pagi..





05/08/2026

Roda takdir itu sentiasa berputar.

Ada hari kita di bawah merenung langit, ada hari kita di atas bersyukur atas takdir-Nya.

​Di sebalik senyuman, mungkin ada lisan yang lelah bercakap.

Di sebalik diamnya seseorang, mungkin ada rintihan panjang yang tumpah di atas sejadah.

​Berlemah-lembutlah sesama manusia kerana setiap orang sedang berjuang dengan ujian masing-masing.

Buat sahabat semua..

Apapun yang korang tengah lalui masa ni, moga Allah mudahkan semuanya dan berikan jalan keluar terbaik.

Assalamualaikum & Selamat Pagi.

Smile always ☺️





Address

Alor Setar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Galeri An Nour posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share