Restoran DJAJ

Restoran DJAJ we are selling, Arabic, western & local food. Delivery service are available.

BERBALAO….SANGAT2 BERBALOI….DGN RM55/- SEBULAN JE, ANDA AKAN DPT:-> PANGGILAN TANPA HAD> DATA TANPA HAD – DAN YG PALING ...
19/03/2024

BERBALAO….SANGAT2 BERBALOI….
DGN RM55/- SEBULAN JE, ANDA AKAN DPT:-
> PANGGILAN TANPA HAD
> DATA TANPA HAD – DAN YG PALING BEST DATA BOLEH CARRY FORWARD
> DAPAT INSURAN PERCUMA LAGI – Khairat kematian & PA> DATA LAJU GILA BEB?????????
Wasap saya: bro: https://wasap.my/601164800374/PelanUnlimited

21/02/2022

TIPS UNTUK MEMASAK DAGING KAMBING/LEMBU SUPAYA TIDAK BERBAU

Jika anda membeli daging kambing atau daging lembu dan ingin memasaknya sendiri, and perlu tahu beberapa tip supaya daging kambing/lembu sedap di makan dan tidak berbau.
Walaupun anda termasuk penggemar hidangan daging kambing atau lembu, tidak semestinya anda termasuk yang orang yang gemar memasaknya sendiri di rumah. Sebab, untuk memasakkannya bukan lah buleh di pandang ringan. Jika salah cara memasak, daging kambing / lembu buleh menjadi keras / berbau apabila siap di masak.

Untuk mengelakannya jadi seperti di atas, di bawah ini kami berikan beberapa langkah yang perlu di ambil sebelum memasak.
Tip tip tersebut adalah seperti berikut.
1. Buangkan lemaknya
2. Jangan dicuci
3. Tabur garam di atas daging tersebut
4. Rebus dengan rempah-rempah
5. Tabur keatas daging tersbut dengan nenas yang telah di parut
6. Kemudian bungkus dengan daun papaya
7. Perah sedikit limau nipis keatas daging tersebut
Selamat mencuba.

19/02/2022
Biasanya kalau masak nasi kabsah ni mesti ada acara khas atau ada tetamu istimewa nak bertandang ke rumah. Memang bersel...
19/02/2022

Biasanya kalau masak nasi kabsah ni mesti ada acara khas atau ada tetamu istimewa nak bertandang ke rumah. Memang berselera kalau dapat makan menu ni, buatnya pun tak susah. Beras yang digunakan mestilah beras special untuk masak nasi arab ataupun beriani.Bila masak akan cantik dan tidak hancur. Bila dah cantik mesti selera orang tak sabar nak makan. Boleh ikut resipi yang dikongsi ini.
NASI KABSAH KAMBING
Nasi:-
4 cawan beras basmathi (rendam 1/2 jam)
2kg kambing
2 labu bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia
Daun pandan
Daun ketumbar
3 sudu majerin
6 sudu besar minyak (nak tambah minyak sapi pun boleh.Kalau guna lagi sedap + bau wangi
4 sudu rempah kabsah
Cara masak:-
1. Tumis halia, bawang putih + merah yang dikisar dengan rempah kabsah.Masukkan air ikut sukatan beras 4 cawan digandakan jadi 8 cawan. Sudah mendidih rebus daging kambing sampai lembut.
2. Rebus sampai daging kambing agak masak. Lepas tu, keluarkan daging kambing dan ketepikan
3.Masukkan beras dengan air rebusan tadi dalam rice cooker. Dan masukkan daging kambing susun di atas beras daun pandan,daun ketumbar.Tutup semula periuk. Biarkan nasi masak.
Selamat mencuba.
.

17/02/2022

Roti canai - tebar roti canai
Barista- minuman jus Dan panas

Resepi Nasi Arab Mandi AyamResepi special untuk bulan Ramadhan akan datang ini. Restoran DJAJ mulakan resepi dengan cara...
08/02/2022

Resepi Nasi Arab Mandi Ayam

Resepi special untuk bulan Ramadhan akan datang ini. Restoran DJAJ mulakan resepi dengan cara untuk membuat rempah mandy secara homemade, guna bahan-bahan yang biasa ada di dapur saja dan kita akan dapat hasilkan rempah nasi arab mandi yang tak kurang hebatnya.

Selepas hasilkan rempah, Restoran DJAJ akan tunjuk dengan terperinci cara untuk buat stok rebusan ayam, yang kita akan guna untuk buat nasi arab mandi dan juga hidangan sampingan iaitu sup. Tak lupa juga cara-cara penyediaan salad dan sos harrah yang pedas, yang seimbangkan rasa nasi arab dengan tekak melayu.

Ayam p**a Restoran DJAJ PILIH cara penyediaan yang paling praktikal untuk dimasak di dapur kekebanyakan orang kita. Hasilnya ayam yang lembut, juicy dan penuh berperisa. Pelengkap untuk nasi arab mandi yang sangat sedap. NOTA: Bakar ayam angaran 15 minit Suhu 180C-200C, api atas bawah

Oleh: Restoran DJAJ

Masa Penyediaan: 45-55 minit
Masa Memasak:1 jam
Jumlah Hidangan:4 orang makan

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk rempah mandy:

2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil bunga cengkih
8 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
3 helai daun salam kering
Bahan-bahan untuk nasi mandy:
4 cawan beras basmathi extra long
air secukupnya untuk rendam
3-4 sudu besar minyak sapi
biji bawang holland
5-6 ulas bawang putih (**tertinggal di caption video)
3 tangkai cili hijau
4-5 tangkai cili padi
1 - 1 sudu besar rempah mandi
6 cawan stok rebusan ayam
1 mangkuk kecil kismis hitam
4 cawan beras basmathi
garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk rebusan ayam:

2-3 sudu besar minyak masak
2 helai daun salam
1 batang kayu manis
2 sudu kecil lada hitam
biji bawang holland
10 cawan air
1 kiub ayam
1 ekor ayam
1 sudu besar rempah mandy

Bahan-bahan untuk sapuan ayam:

2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil serbuk smoked paprika/serbuk cili
Sedikit pewarna kuning
1 sudu besar jus lemon
sudu besar rempah mandi
Bahan-bahan untuk salad:
1 biji timun
1 biji tomato
biji bawang holland
sedikit garam
sedikit gula
sudu kecil serbuk lada hitam
1-2 sudu besar jus lemon
daun ketumbar

Bahan-bahan untuk sos harrah:

4 ulas bawang putih
1 biji tomato
4-5 tangkai cili padi
1 biji lemon
1 biji cili merah
Daun dan batang ketumbar
1 sudu besar jus lemon
sedikit garam
sedikit gula

Bahan-bahan untuk sup:

Baki air rebusan ayam (setelah keluarkan air rebusan untuk nasi)
Garam secukup rasa
sudu kecil serbuk kunyit
sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Hirisan daun ketumbar
Bahan-bahan untuk perasa asap:
2 sudu besar minyak masak
bara dari arang

Cara-cara

Cara-cara untuk rempah mandy:

Panaskan kuali dan sangai bahan-bahan rempah mandy sehingga naik bau dalam anggaran masa 5-7 minit.
Kisar bahan rempah sehingga agak halus.
Cara-cara untuk nasi mandy:
Rendam beras dengan air secukupnya sehingga lembut.
Panaskan minyak sapi lalu tumis hirisan bawang holland sehingga lembut dan layu.
Masukkan bawang putih, cili padi hiiau, rempah mandy, stok rebusan ayam, kismis hitam, rendaman beras basmathi yang telah dibasuh bersih dan garam secukup rasa.
Tutup dengan aluminium foil ataupun kain dan masak nasi dengan api yang perlahan.
Selepas nasi sudah masak, tambah sedikit pewarna kuning telur atau saffron.

Cara-cara untuk rebusan ayam:

Panaskan minyak masak lalu tumis daun salam, kayu manis, lada hitam dan hirisan bawang holland. Tumis sehingga bawang holland menjadi lembut.

Masukkan air, kiub ayam (pilihan), ayam dan rempah mandy. Rebus ayam dalam anggaran masa 20-30 minit dengan api yang sederhana.
Sediakan bahan sapuan ayam dengan campuran minyak zaitun, serbuk smoked paprika, sedikit pewarna kuning, jus lemon dan rempah mandy.

Kacau sekata bahan. Selepas ayam masak, sapukan permukaan ayam dengan bahan sapuan lalu perapkan seketika. Bakar ayam pada suhu 180C - 200C dengan menggunakan api atas sahaja dalam anggaran masa 15 minit.

Cara-cara untuk sup:

Panaskan baki air rebusan ayam untuk sup.
Masukkan garam secukup rasa, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan hirisan daun ketumbar. Masak sehingga sup mendidih.

Cara-cara untuk salad:

Potong dadu timun, tomato dan bawang holland. Masukkan sedikit garam dan gula, serbuk lada hitam, jus lemon dan hirisan daun ketumbar. Gaul sekata bahan-bahan salad.

Cara-cara untuk sos harrah:

Kisar bawang putih, tomato, cili padi, cili merah (pilihan), daun dan batang ketumbar tanpa air. Kisar kesemua bahan tidak terlalu halus.
Perasakan sos yang telah dikisar dengan jus lemon, sedikit garam dan gula.

Cara-cara untuk perasa asap.

Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk. Gaul Bersama majerin. Majerin tu tak perlu dipanaskan. Gaul sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh.

Letakkan ayam panggang diatas nasi mandy.
Guna bekas tahan panas dan tuang minyak masak lalu letakkan bara dari arang. Tutup rapat selama 10 minit agar nasi dan ayam terkena asap dan dapat menyerap baunya.

Cara-cara untuk hidang nasi arab mandy ayam berempah:

Hidangkan nasi mandy dengan ayam panggang, salad, sos harrah, sup kosong bersama potongan cili hijau dan hirisan lemon.
Kemudian, nasi arab mandy ayam berempah siap untuk dijamu selera.

Tips:
Untuk frozen kan karipap, perlu susun di atas dulang dan bekukan. Selepas itu masukkan ke dalam plastic kedap udara.Goreng dengan api perlahan. Jika nasi dimasak guna pressure cooker, tidak perlu rendam beras.

Pastikan rebusan ayam tidak terlalu lembut dan hancur. Selain bagi cara masak dengan merebus ayam, boleh juga cara yang dipanggang terus ayam diatas nasi dan masuk kedalam ketuhar.

Asingkan baki air rebusan ayam untuk sup dan juga untuk nasi. Jika mahu menggantikan minyak zaitun, boleh saja gunakan minyak masak ataupun mentega cair.

Jika mahu menggantikan smoked paprika, boleh juga gunakan serbuk cili. Jika mempunyai safron, boleh gantikan dengan pewarna kuning untuk bahan sapuan ayam dan nasi mandy. Jika tidak mahu nasi menjadi hancur, elakkan daripada kerap atau lebih mengacau nasi ketika dimasak.

Nak rasa masakan ayam mandi original Dan paling sedap sekali? Jom singgah ke restoran kami.

HARGA RM13 SAHAJA

Alamat restoran

Restoran DJAJ
No2 block 3A, City Garden Commercial center
Taman Nirwana
68000 Ampang jaya

www.wasap.my/60133930374/sayanakdatang

Mandy kambing
02/12/2021

Mandy kambing

Nasi Mandy kambing
12/09/2021

Nasi Mandy kambing

Makanan Arab oleh chef ArabSila ke Restoran DJAJ Taman Nirwana Ampang Selangor
03/08/2021

Makanan Arab oleh chef Arab
Sila ke Restoran DJAJ Taman Nirwana Ampang Selangor

Address

No 2 Block 3A City Garden Commercial Centre Taman Nirwana Ampang
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Restoran DJAJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share