Jamalsatayhq

Jamalsatayhq SATAY FROZEN KUALITI TERBAIK.. RASA SEPERTI FRESH BARU LEPAS DI BAKARRR!!!

Kuih kegemaran. Kulit dia yg sedap tuuu 🤤🤤🤤Senang je nk buat..kisar semua bhn dan bakar.wangii satu rumah. 2cwn tepung g...
24/02/2022

Kuih kegemaran. Kulit dia yg sedap tuuu 🤤🤤🤤

Senang je nk buat..kisar semua bhn dan bakar.wangii satu rumah.


2cwn tepung gandum
2cwn pati santan
1cwn air pandan
3\4 cwn gula @ klu s**a manis 1 cwn
1 sudu teh garam
4biji telur
2 sudu makan butter
sedikit bijan
sedikit pewarna
cara2..blend smua bahan diatas kecuali bijan,tapis..oleskan loyang dgn butter,tuang adunan kemudian tabur bijan.bakar suhu 170 api atas bwh selama 1jam arau hingga masak..selamat mncuba.

Kredit Resepi : Noor Baini Bakar

17/02/2022

Alhamdulilah.. 20 kotak ayam setel!
untuk tempahan satay bulan Ramadan nnt..
prepare awal nnt tak kalut..





😎
13/02/2022

😎

Anak2 sebut Nasi Goreng Squid🐙Game, haha😅Sbenarnye dpt resepi nasi goreng ni di Tik Tok!!Xder sebut nama nasi goreng ape...
12/02/2022

Anak2 sebut Nasi Goreng Squid🐙Game, haha😅
Sbenarnye dpt resepi nasi goreng ni di Tik Tok!!
Xder sebut nama nasi goreng ape🤔
Ibu yg add~on sotong🐙🐙
So, x kisah la anak2… yg penting sedap & lbh sedap bila mkn panas2👍🏻

👉🏻tumbuk bawang merah🧅, bawang putih🧄lada merah🌶🌶 & sdikit cilipadi hijau..
👉🏻panaskn minyak, goreng ikan bilis🐟🐟🐟smpai garing pastu ketepikan sikitt..
👉🏻masukkan telur 🥚🥚🥚
Dah masak sikit, hancur2 telur tu.. ketepikn jgak..
👉🏻masukkn bahan2 yg dah ditumbuk, tumis hingga wangi & sdikit garing..
👉🏻masukkn garam, ajinomoto & sdikit serbuk kunyit..
👉🏻masukkan sotong yg dah dikeringkn airnye dulu.. gaul rata sume bahan2…
👉🏻pastu masukkn nasi🍚🍚, kacau rata shingga ianye berwap..
👉🏻alhamdulillah siapp sudaaa👍🏻sedapppp👩🏻‍🍳

kredit : Masak Apa Hari Ni

Daging Bakar Harimau Menangis dan sos ala Thai (Sua Rong Hai)Resepi daging bakar teramat sedap!🥩Bahan untuk Perapan Dagi...
09/02/2022

Daging Bakar Harimau Menangis dan sos ala Thai (Sua Rong Hai)

Resepi daging bakar teramat sedap!

🥩Bahan untuk Perapan Daging

500g (2 keping) daging (Ribeye) bahagian yang ada lemak
4 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk lumat
1 sudu besar kecil garam
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
3 sudu besar kicap manis
4 sudu besar brown sugar

🥩Campur kesemua bahan diatas kedalam daging dan perap. Kalau ikut tuan punya resepi, dia perap selama 4 hingga 5 jam tapi ibu perap dari malam sebelumnya. Kemudian salai diatas Pan sahaja sehingga masak atau boleh bakar didalam oven. Paling mudan guna Periuk Pemanggan Ajaib je.

🥩Bahan untuk membuat Sos Ala Thai

6 ulas bawang putih ditumbuk
10 biji cili api ditumbuk
3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan nampla
3 sudu brown sugar
1 bawang merah hiris nipis
2 biji cili api dihiris
1 biji air perahan limau nipis atau lebih jika s**a
Sedikit daun ketumbar dihiris halus

🥩Caranya mudah sahaja. Satukan kesemua bahan diatas dan sesuaiakan kesemua rasa dengan selera anda. Selamat mencuba.

Kredit : Lina Thomas

tauhu sayur 🙋🏻‍♀️Nak resepi tak? Nahhh ni resepinya..👇Tauhu tue potong2 gaul tepung jagung pastu goreng bg ada crispy2 s...
09/02/2022

tauhu sayur 🙋🏻‍♀️
Nak resepi tak? Nahhh ni resepinya..👇
Tauhu tue potong2 gaul tepung jagung pastu goreng bg ada crispy2 sikit...ke tepikan

Cara buat Sos:
Bwg putih cincang & cili padi...tumis2 pastu letak air & sos tiram...garam tambah sikit je...sbb sos tiram dah masin...saya tambah minyak bijan 2 3 tiris...ada org xs**a...lepas tue bg kuah dia pekat masukkan brokoli & tauhu jepun tue...siap!

Sumber Resepi : Roziyanty Juhari

Harini menu sambal berhantu niEermmmm nasi seperiuk berebut anak beranak, licin terus🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️Tum...
09/02/2022

Harini menu sambal berhantu ni
Eermmmm nasi seperiuk berebut anak beranak, licin terus

🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️🌶️

Tumbuk:
Cili padi/cili api agak-agak segenggam lebih
Bwg besor 2 biji
Bwg putih 2 ulas
Ikan bilis dlm suku genggam
Belacan sikit (tak letak pun boleh)
*Kalau letak belacan lagi kick 😉

Minyak untuk menumis

Tumis bahan tumbuk
Letak gula garam aji
Dah masak/garing/pecah myk boleh letak air sikit..
Biar sekejap terus tutup api
Siap

*Sambal ni tak lama pun nak tunggu pecah minyak, dalam 10 min paling lama pun..tak macam sambal tumis merah
Agak-agak kaler dah cantik, bau dah sedap tu dah ok lah...😆😆😆

Kredit : halimatus saadiah sidek

Resepi Nasi Dagang Terengganu:Bahan-bahan untuk Nasi: -4 cawan beras Jati1 cawan beras pulut3 cawan santan cair + sediki...
09/02/2022

Resepi Nasi Dagang Terengganu:

Bahan-bahan untuk Nasi: -

4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia

Cara cara :

1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan

Resepi Gulai Ikan Aya :

Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang s**a makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik

Bahan-bahan gulai :

1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
Sedikit Belacan
10 biji cili padi
sedikit garam

Cara-cara :

1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!

Resepi Acar Timun:-

Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang

- SEMUA dihiris memanjang

1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.

Cara-cara:

1. Gaul sebati dan dihidang.

RESEPI PULUT KUNINGBahan-bahan:- Beras Pulut 1kg - Pati santan kelapa 2 cawan-Daun pandan-Serbuk kunyit babas 1 sudu bes...
09/02/2022

RESEPI PULUT KUNING

Bahan-bahan:

- Beras Pulut 1kg
- Pati santan kelapa 2 cawan
-Daun pandan
-Serbuk kunyit babas 1 sudu besar
-Asam keping ( 3 keping )
- Garam secukup rasa
- 1 sudu kecil gula

Cara-cara:

1.Cuci beras pulut.

2. Rendam beras pulut dgn serbuk kunyit babas dan asam keping selama 4 @ 5 jam. Guna serbuk kunyit babas sbb warna pulut kuning akan jadi lebih cantik.

3. Panaskan air dlm pengukus. Kukus beras pulut yg telah ditoskan bersama daun pandan selama 30 minit.

4.Kecilkan api , letak garam dan gula ke Dalam santan, gaul sebati.

5. Gaul pulut yg dikukus tadi bersama santan (ketika pulut masih panas )

6. Kukus semula utk kali kedua sehingga masak.

* letak asam keping semasa rendam , supaya pulut akan lebih berkilat dan cantik.

RENDANG AYAM

Bahan :

- 1O biji bawang merah*
- 5 ulas bawang putih*
- 1 inci lengkuas *
- 1 inci halia*
- 1 inci kunyit hidup*
- 8 sudu makan cili kisar
- Daun limau purut
- 2 sudu makan kerisik
- 6 batang serai*
- 1 ekor ayam
- 300ml santan segar
- 1 cawan air
- 1 sudu makan gula melaka
- 1 - 2 sudu teh garam
- Daun kunyit

Blend bhn bertanda*. Tumis bhn blend dgn Bunga lawang kulit kayu Manis, buah pelaga, cili kisar. Dh Naik minyak masuk ayam , kerisik dan gula melaka. Bila ayam Dh empuk masuk santan , daun limau purut Dan daun kunyit, biar mendidih bg pekat tutup API.

kredit : Masak Apa Hari Ini

AYAM GORENG SERINGGITBahan-bahan perap:Ayam seekor potong 245 ulas bawang putih1 biji bawang besar1 inci halia1 sudu kec...
07/02/2022

AYAM GORENG SERINGGIT

Bahan-bahan perap:

Ayam seekor potong 24

5 ulas bawang putih

1 biji bawang besar

1 inci halia

1 sudu kecil lada hitam

1 sudu kecil lada putih

1 sudu besar serbuk kari

Garam

Serbuk perasa adabi

Bahan-bahan tepung salut ayam:

1 cawan tepung bestari pedas

2 cawan tepung gandum jenama ros

1 sudu tepung ubi/tepung beras

Cara-cara:

1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia.

2. Perap ayam dengan bahan-bahan perap.

3. Sediakan bekas untuk gaul ayam. Masukkan sedikit tepung. Kemudian masukkan ayam 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam. Gaul ayam sehingga sebati.

4. Goreng ayam dengan minyak sederhana panas. Goreng ayam dengan minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam.

5. Tutup periuk semasa ayam digoreng. Agak-agak dah hampir masak, buka penutup supaya ayam rangup diluar, lembut di dalam.

Kredit : Murni Rahmat

Jom ramai2 hari ni sapa yang ada berdekatan sini.. jemput singgah 😎
05/02/2022

Jom ramai2 hari ni sapa yang ada berdekatan sini.. jemput singgah 😎

RESEPI AYAM GORENG KARIBiasa kan kalau ayam goreng kita goreng kunyit je kan. Kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempa...
05/02/2022

RESEPI AYAM GORENG KARI

Biasa kan kalau ayam goreng kita goreng kunyit je kan. Kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempah. Tapi kalini bella nak share resepi campak campak ayam goreng kari. Jom kita mulakan.

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
Bahan A
•••••••••
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili kering
5 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan lada sulah
Garam secukup rasa

Bahan B
•••••••••
1 biji telur
1 tangkai daun kari
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung gandum

Cara-cara
1. Kisar kesemua bahan A
2. Gaul ayam bersama bahan A dan B
3. Perap selama sejam
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak
5. Sedia dihidangkan

Ayam goreng kari ni kalau makan dengan kari kosong je pun memang layan habislah.
Selamat mencuba 📷

Credit : Bella Shabuddin

Address

Jalan Ampang, Taman Ampang Utama
Ampang
68000

Telephone

+60177643904

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jamalsatayhq posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jamalsatayhq:

Share

Category