RISDA Livestock Sdn. Bhd.

RISDA Livestock Sdn. Bhd. Livestock Company specialising in beef cattle and beef production.

RISDA LIVESTOCK SDN BHD
NO 39-2 JALAN SULAIMAN 3
TAMAN PUTRA SULAIMAN
6800 AMPANG SELANGOR
TEL: 0342706939
FAX: 0342704845

28/09/2026
Seluruh Warga RISDA Livestock Sdn Bhd mengutuskan Salam Takziah dan berdoa agar Tun Dr Siti Hasmah ditempatkan pada oran...
28/09/2026

Seluruh Warga RISDA Livestock Sdn Bhd mengutuskan Salam Takziah dan berdoa agar Tun Dr Siti Hasmah ditempatkan pada orang-orang beriman.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها

26/09/2026

Berkawan biar 1000… Jumpa bro Ili Hazman.. RISDA Livestock Sdn. Bhd. 😎😎😎

*📌 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐋𝐈𝐕𝐄𝐒𝐓𝐎𝐂𝐊 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟔RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB) telah mengadakan Mesyuarat...
26/09/2026

*📌 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐋𝐈𝐕𝐄𝐒𝐓𝐎𝐂𝐊 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃. 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟔

RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB) telah mengadakan Mesyuarat Operasi RISDA Livestock Sdn. Bhd. Kali Ke-3/2026 pada 21 September 2026 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Menara RISDA Holdings Sdn. Bhd.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Erwan bin Hj. Arshad, Chief Operating Officer (COO), RISDA Livestock Sdn. Bhd.

Mesyuarat ini menjadi platform bagi membincangkan perkembangan semasa operasi syarikat, prestasi serta perkara-perkara berkaitan pengurusan dan pelaksanaan aktiviti operasi RLSB. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada penyelarasan tindakan serta usaha penambahbaikan bagi memastikan setiap perancangan dan tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan pihak pengurusan dan warga kerja RLSB dalam memperkukuh kecekapan operasi, meningkatkan prestasi serta memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan aktiviti syarikat.

Semoga segala keputusan dan tindakan susulan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan baik demi mencapai matlamat serta sasaran RISDA Livestock Sdn. Bhd.

𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋, 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐆𝐔𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐍𝐈 🐄22 September 2026 - Bukan senang nak kumpulkan semua team operasi...
25/09/2026

𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋, 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐆𝐔𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐍𝐈 🐄

22 September 2026 - Bukan senang nak kumpulkan semua team operasi dalam satu masa. Jadi, bila alang alang dah turun ke KL, kita manfaatkan kesempatan yang ada untuk adakan team discussion bersama.

Bukan sekadar sembang kosong, kita mula susun gerak kerja dari sekarang untuk persiapan program korban tahun hadapan.

Apa yang perlu dirancang, stok lembu, lokasi, operasi, pemasaran dan pembahagian tugas, semuanya perlu mula digerakkan lebih awal supaya pelaksanaan nanti lebih tersusun dan lancar.

Korban 2027 kita mula gerak dari sekarang. 💪🏻🐂

Sikit-sikit kita susun, team kuat, kerja pun jadi mudah

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐇𝐈𝐄𝐅 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐄𝐑 𝐑𝐋𝐒𝐁 𝐊𝐄 𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐀📅 24 September 2026Chief Operating Officer (COO) RISDA Livestoc...
25/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐂𝐇𝐈𝐄𝐅 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐄𝐑 𝐑𝐋𝐒𝐁 𝐊𝐄 𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐀

📅 24 September 2026

Chief Operating Officer (COO) RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB), En. Erwan Hj. Arshad, telah mengadakan lawatan ke Ladang RISDA Bera, Pahang bersama Pengurus Zon Tengah, En. Zainal Abidin Jamaludin.

Lawatan ini memberi tumpuan kepada pemantauan perkembangan dan keadaan lembu yang ditempatkan di ladang, khususnya lembu-lembu bagi Program Hasil Baharu Agromakanan.

Sepanjang lawatan, pemantauan telah dibuat terhadap keadaan fizikal dan kesihatan ternakan. Alhamdulillah, keadaan keseluruhan lembu didapati sihat dan berada dalam keadaan baik, sekali gus memberi kepuasan kepada pihak pengurusan.

Pemantauan secara berkala akan terus dilaksanakan bagi memastikan kebajikan, kesihatan dan prestasi ternakan sentiasa berada pada tahap yang baik.

RLSB | Memacu Industri Ternakan, Memperkasa Agromakanan 🐄🌱

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗟𝗦𝗕 𝗕𝗜𝗟. 𝟯/𝟮𝟬𝟮𝟲Hari ini 25 September 2026 telah berlangsung Mesyuarat Lembaga Pengarah RLSB ...
25/09/2026

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗟𝗦𝗕 𝗕𝗜𝗟. 𝟯/𝟮𝟬𝟮𝟲

Hari ini 25 September 2026 telah berlangsung Mesyuarat Lembaga Pengarah RLSB Bil. 3/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Elaise, RESB.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato. Dr. Mohamad Zabawi Bin Abdul Ghani dan dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah serta barisan pengurusan tertinggi syarikat.

Antara fokus utama dan agenda yang dibincangkan termasuk:
📌 Semakan prestasi kewangan dan operasi suku tahunan syarikat.
📌 Perancangan projek-projek strategik baharu bagi tahun 2026.
📌 Penambahbaikan tadbir urus korporat dan hala tuju perniagaan RLSB.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah di atas komitmen serta pandangan strategik yang diberikan demi memacu kelestarian dan kejayaan RLSB ke peringkat yang lebih tinggi.

Address

No 39-2, Tingkat 2, RISDA ESTATES 2, Jalan Sulaiman 3, Taman Putra Sulaiman
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

60342706939

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Livestock Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share