31/07/2026
Alhamdulillah, selesai mengagihkan makanan hasil sumbangan para penginfak kepada jemaah Solat Jumaat di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, hari ini.
Semoga setiap rezeki yang dikongsikan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan mendapat ganjaran berlipat ganda di sisi Allah SWT. Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan membantu menjayakan usaha ini.
Semoga Allah SWT memberkati rezeki, mengurniakan kesihatan yang baik, mempermudahkan segala urusan, dan melimpahkan rahmatNya kepada semua para penginfak. Aamiin Ya Rabbal ’Alamin🤲🏻