06/07/2026
🥩 KENAPA TOMAHAWK JADI LIAT?
Ramai ingat sebab kualiti daging. Sebenarnya, 9 daripada 10 kes berlaku kerana cara penyediaan yang tidak betul.
❌ Terus keluarkan dari peti sejuk beku dan letak atas grill pan.
Apabila bahagian tengah masih beku:
• Bahagian luar cepat masak.
• Bahagian dalam masih sejuk.
• Terpaksa masak lebih lama.
• Akhirnya daging menjadi keras dan kurang berjus.
✅ Cara yang betul:
1️⃣ Defrost di bahagian chiller selama 12–24 jam sehingga lembut sepenuhnya.
2️⃣ Keluarkan dan biarkan pada suhu bilik 20–30 minit.
3️⃣ Barulah grill mengikut tahap kemasakan yang anda sukai.
💯 Rahsia tomahawk yang lembut, juicy dan penuh rasa bukan hanya pada kualiti daging, tetapi bermula dengan proses defrost yang betul.
📌 Simpan posting ini sebagai rujukan sebelum memasak Tomahawk.
📲 Tag kawan atau ahli keluarga yang selalu kata steak keras dan liat!