22/01/2026
Ajwa Aliyah RM40 sekilo??
Atas alasan borong 2 kontena.
Saya cuma senyum dan geleng kepala.
Begini ada yang tanya saya, sekarang dalam pasaran Malaysia lambakan peniaga jual kurma murah, katanya fresh, tuaian baru, baru sampai, dan yang paling tinggi mendakwa kurma Ajwa Aliyah.
Tidak ada masalah jika ianya benar. Jika dibandingkan harga jualan RM40 sekilo, kita pun rasa pelik. Sebab lagi murah daripada kubun di Madinah jual😅
Paling murah masa zaman saya belajar dulu di Madinah, Ajwa Aliyah direct ambil daripada ladang dijual pada harga 70 riyal, kami jual dengan jemaah dengan harga 80-100 riyal .
Sekarang ini harga di Madinah melambung naik di ladang sahaja sudah menjual 100 riyal.
Kalau tanah asal menjual 100 riyal, bagaimana sampai di Malaysia boleh dijual RM40 sekilo. Wallahu’alam.
Kedua, jom kita breakdown kira-kira keluasan p**a jika dinyatakan borong Ajwa Aliyah untuk 2 kontena.
- Keluasan Madinah lebih kurang 50km persegi.
- Keluasan sempandan Tanah Haram Madinah p**a cuma 16km persegi.
- Keluasan kawasan Aliyah (mantiqah ‘awali) jauh lebih kecil daripada Tanah Haram Madinah. Kawasan sekitar Quba’ sahaja.
Untuk pengeluaran 50 tan sahaja tidak mencukupi untuk satu ladang. Sekurang kurangnya 2 ladang itupun jika ladangnya besar.
(1 kontena 25 tan / 25,000 kg)
Jadi bagaimana mampu dia memborong 2 kontena daripada 2 ladang Aliyah yang besar dengan harga yang jauh lebih rendah daripada kebun yang menjual di Madinah untuk Ajwa Aliyah,
Sedangkan permintaan negara-negara arab kaya seperti Kuwait, Bahrain, EAU dan lain-lain memborong dengan harga yang tinggi untuk Ajwa Aliyah.
Pada saya yang pernah menetap di Madinah selama 6-7 tahun isu harga dan kuantiti Ajwa Aliyah itu sendiri sudah memadai untuk tidak mencapai logik keaslian buah tersebut.
Wallahu’alam.
Saya cuma menjawab persoalan, selain itu saya terserah kepada pembeli.
Anda rasa bagaimana? Yang dah pernah pergi atau tahu berkaitan Ajwa Aliyah di Madinah ni cuba comment sikit.
Madinah Grocer