08/07/2026
📢 Makluman Buat Pelanggan Tok Su Young Roasters ❤️
Bagi memberikan perkhidmatan yang lebih fleksibel dan terbaik kepada pelanggan, Tok Su Young Roasters kini memberi tumpuan kepada Pop-Up Booth, Katering dan Tempahan (Pre-Order).
Anda masih boleh menikmati hidangan kegemaran Tok Su Young Roasters melalui:
• Grab
• Foodpanda
• JomHantar
• ShopeeFood
• Misi
• Self Pick-Up
• Penghantaran terus melalui Lalamove
Bagi majlis 30 orang ke atas, kami turut menyediakan ruang di kafe (berdasarkan tempahan) atau perkhidmatan katering di lokasi anda. Kami juga menerima tempahan untuk:
• Doa Selamat
• Akikah
• Sambutan Hari Lahir
• Meet & Greet
• Reunion
• Majlis Korporat
• Dan pelbagai majlis lain
📌 Semua tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal dan tertakluk kepada kekosongan slot.
Perubahan ini dibuat bagi memudahkan pelanggan yang sentiasa menyokong Tok Su Young Roasters, di samping membolehkan kami memberi tumpuan kepada penyediaan makanan yang lebih berkualiti serta perkhidmatan yang lebih teratur mengikut kemampuan operasi kami.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda selama ini. Insya-Allah, kami akan terus memberikan yang terbaik buat semua pelanggan.
Tempahan : 010-792 1522