21/09/2023
Perjuangan Kami Berakhir Disini.
1 tahun 2 bulan cukup bermakna. Jatuh bangun semua dirasa.
Kami juga dah rasa sales kosong tanpa pelanggan. . Sepi menjadi teman seharian.
Kami saksi dan hadam pelbagai ragam manusia, pelbagai kisah yang tidak terhitung jumlahnya.
Namun,Seperti semua kisah, ada permulaan dan juga pengakhiran. Tiba masa untuk kami menutup 1 bab, dan membuka yang lain.
Kami di K’Kiah Frozen Mart sudah tidak dapat bertahan ekoran ekonomi yang semakin tenat, kuasa membeli semakin kurang dan harga barang yang meningkat.
Kami puas, puas memberikan yang terbaik untuk semua pelanggan, tapi apakan daya, rezeki Allah yang aturkan.
Oleh itu, kami akan beroperasi sepanjang bulan 9 sahaja sehingga 1 tarikh yang diberitahu kelak. Mari datang di K’Kiah Frozen Mart. Rasa layanan terakhir dari kami. Bermula 16/10, K’Kiah Frozen Mart hanya menjadi kenangan.
Kami mengambil kesempatan, untuk mengucapkan terima kasih kerana telah menjadi bahgian dari cerita kami. Kami akan selalu menghargai sokongan dan cinta yang telah kalian berikan kepada K’Kiah Frozen Mart.
Untuk rakan seperjuangan, teruskan bertahan. Kami akan undur diri, Sekian.