OCOC HQ

OCOC HQ SSM No: 1280986-W
We bring the best of nature to YOU
❌ pengawet
❌ gula putih
❌ perasa/pewarna tiruan

26/05/2026

"Lebih Daripada Sekadar Rendang & Daging Korban..."

Ingat lagi waktu kita kecil dulu? Ayah selalu pesan, “Korban ni bukan pasal kita potong daging semata-mata, tapi pasal kita potong ego dalam diri.”

Tahun demi tahun berlalu, barulah kita benar-benar faham. Di sebalik kemeriahan Aidiladha, ada cerita tentang keikhlasan yang sunyi.
- Cerita tentang seorang ayah yang menyusun ringgit demi ringgit sepanjang tahun demi menunaikan ibadah.
- Cerita tentang para petugas yang berpanas di bawah terik mentari demi menguruskan agihan.
- Dan cerita tentang senyuman penerima yang mungkin hanya merasa lauk daging setahun sekali.
Aidiladha adalah cermin buat kita semua, bahawa kebahagiaan yang sebenar bukanlah pada apa yang kita simpan, tetapi pada apa yang kita serahkan dengan hati yang lapang. Pengorbanan tidak pernah mengurangkan rezeki, malah ia menambah keberkatan.

Tahun ini, mari kita raikan Hari Raya Haji dengan semangat memberi yang lebih mendalam. Biar kecil di mata kita, mungkin besar maknanya pada orang lain.

Selamat Hari Raya Aidiladha tulus ikhlas daripada kami di OCOC. Semoga setiap titisan keringat dan pengorbanan kita dinilai sebagai ibadah yang diterima di sisi-Nya. 🤲✨

Persiapan balik kampung dah siap ke? 🚗💨Bila sebut je musim perayaan, perkara paling kita 'seram' mesti bab hadap jammed ...
25/05/2026

Persiapan balik kampung dah siap ke? 🚗💨

Bila sebut je musim perayaan, perkara paling kita 'seram' mesti bab hadap jammed berjam-jam atas jalan raya. Belum sampai kampung, 'bateri' badan dah kong, mata p**a mula layu kreatif cari bantal.

Sebab tu sebelum mula memandu atau gerak ke airport, pastikan anda amalkan OCOC MCT Oil dulu!

Kenapa pemandu & traveler wajib ambil sebelum balik kampung?

⚡ Tenaga Tahan Lama: Membekalkan tenaga segera daripada lemak sihat kelapa supaya sel otak dan badan kekal alert sepanjang pemanduan.
🥄 Satu Sudu Je: Cuma ambil satu sudu besar sebelum mulakan perjalanan jauh. Mudah dan cepat!
💧 Tak Mengantuk: Membantu mengurangkan energy crash (rasa lemau tiba-tiba) berbanding bergantung kepada minuman manis atau kafein tinggi.

Jangan biarkan keletihan perjalanan potong mood raya anda di kampung. Kekal segar, bertenaga, dan selamat sampai ke destinasi!

24/05/2026

Sebab Janji, Akhirnya Kena Maki? 😂

Lama betul peminat tegar OCOC tunggu Probiotic Toothfoam ni sampai ada yang dah bising! Tapi penantian korang memang berbaloi. Dato' Dr Rizal Abu Bakar dah bawa balik produk favourite ramai ni dengan wajah baharu!
Kenapa lama sangat? Sebab OCOC tukar packaging baharu yang lebih eksklusif untuk pastikan distribution dia lebih luas. Lepas ni lebih ramai orang boleh dapatkan ubat gigi ni dengan mudah!

Kenapa Toothfoam ni wajib ada?
✨ Formula Rare: Kombinasi hebat Ekstrak Daun Sirih + Probiotik.
🦷 Gigi & Gusi Kuat: Menjaga kesihatan mulut dari dalam.
🍃 Nafas Segar: Tiada lagi masalah mulut berbau.

Stok dah mendarat! Jangan sampai pisang berbuah dua kali, jom dapatkan sekarang sebelum licin!

Mengapa Hari Jumaat Kali Ini Sangat Berbeza?Sering kali kita terlepas pandang, menganggap hari Jumaat di bulan Zulhijjah...
22/05/2026

Mengapa Hari Jumaat Kali Ini Sangat Berbeza?

Sering kali kita terlepas pandang, menganggap hari Jumaat di bulan Zulhijjah sama seperti Jumaat di bulan-bulan yang lain. Hakikatnya, ganjaran dan auranya jauh berlapis-lapis lebih besar.

Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah pernah menjelaskan rahsia besar ini dalam kitab Fathul Bari:
"Hari Jumaat yang jatuh pada 10 hari awal Zulhijah lebih afdhal berbanding hari Jumaat pada waktu yang lain, kerana terkumpulnya dua keutamaan padanya." > — (Fathul Bari, 3: 391)

Maksudnya, hari ini adalah gabungan dua 'waktu premium' untuk kita mengetuk pintu langit.
Jom 'All-Out' Hari Ini!

Jangan biarkan Jumaat kali ini berlalu pergi seperti hari-hari biasa. Jom kita penuhkan ruang masa yang ada dengan amalan ini:
- Perbanyakkan Selawat & Zikir: Basahi lidah dengan bertasbih, bertahmid, dan bertakbir.
- Sedekah Jumaat: Gandakan nilai sedekah kita, walau sekecil mana pun nilainya.
- Surah Al-Kahfi: Cari masa untuk membacanya sebagai cahaya dari Jumaat ke Jumaat.
- Doa di Waktu Mustajab: Ambil peluang keemasan berdoa terutamanya pada waktu di antara asar dan maghrib.

Peluang keemasan ini hanya datang setahun sekali. Jom kita rebut dan manfaatkan sepenuhnya! 🤍

21/05/2026

Anak Panas Baran? Ini Punca Sebenarnya yang Ramai Mak Ayah Terlepas Pandang. 🫣

Ramai yang ingat anak kecil cepat mengamuk sebab ikut perangai bapa atau keturunan. Tapi sebenarnya, cara otak mereka berfungsi sangat berbeza dengan orang dewasa.

Anak kecil belum tahu cara urus emosi dan rasional. Bila mereka patahkan barang atau buat ragam, itu sebenarnya satu jeritan untuk menagih perhatian.

Jangan cepat melabel atau menghukum. Jom cari punca sebenar kenapa mereka marah dan bantu mereka fahami emosi sendiri.

"Semua orang nampak ibu kuat, tapi tak semua tahu betapa penatnya dia..." 🥺Dia tak pernah minta banyak. Cuma nak pastika...
21/05/2026

"Semua orang nampak ibu kuat, tapi tak semua tahu betapa penatnya dia..." 🥺

Dia tak pernah minta banyak. Cuma nak pastikan urusan keluarga berjalan lancar setiap hari. Tapi ibu pun manusia biasa, ada masa badannya dah menjerit minta rehat dan tenaga.

Apa kata kali ni kita p**angkan balik senyuman dia? Hadiahkan ibu tenaga segera dengan OCOC MCT Oil. Hanya satu sudu kecil, bantu ratu hati kita kekal bertenaga, fokus, dan kurang keletihan sepanjang hari.

Sebab ibu yang bahagia bermula daripada badan yang sihat. ❤️

Address

Bangi
43600

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60136281828

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OCOC HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to OCOC HQ:

Share