17/10/2025
Lepas selesai solat Jumaat terus aku bergegas semula masuk ke pejabat .
Aku duduk di meja, depan skrin laptop yang masih terbuka sejak pagi, tapi mata aku kosong.
Masih teringat kawan aku semalam — kawan yang keretanya rosak.
Tapi sebenarnya, bukan teringat keretanya yang rosak… tapi hidupnya yang berat.
Dan kalau difikir balik, hidup kami tak jauh beza.
Sama-sama menanggung beban yang tak pernah berhenti: kos rumah, kos kereta, dan semua hutang yang kononnya untuk hidup lebih baik.
Sebahagian besar gaji kami bukan milik kami pun.
Masuk akaun, terus keluar.
Sebahagian untuk makan, sebahagian untuk anak, selebihnya hilang dalam sistem — dalam akaun bank secara automatik.
Kadang aku terfikir, apakah kehidupan anak2 aku pon bakal begini kelak?
Aku buka laptop.
Cuba mencari iklan rumah di kawasan tempat aku tinggal.
Satu rumah tertera harga RM400 ribu.
Nampak cantik, tapi bila tengok saiz, kecil saja.
Aku cuba kira dalam kepala — kalau bina di tanah sendiri, mungkin kos bahan, besi, simen, bata, dan upah kontraktor tak sampai RM150 ribu pun.
Tapi kenapa harga nya boleh jadi dua kali ganda?
Kenapa?
Kerana tanah bukan lagi untuk manusia tinggal, tapi jadi barang pelaburan.
Dan bila tanah menjadi sebahagian pendapatan kerajaan, dan pemaju di anggap berjasa, orang biasa macam aku cuma boleh milik rumah, bukan tanah.
Sebab tu harga terus melambung.
Dan bank p**a datang hulur tangan — “Kami boleh bantu, bayar secara bulanan.”
Tapi dalam setiap bayaran bulanan tu, separuh daripadanya bukan untuk rumah… tapi untuk faedah.
Akhirnya, pemaju untung, bank untung.
Rakyat? Cuma terus bekerja untuk menampung dua keuntungan itu.
Kami hidup dalam sistem yang licik, tapi dilegalisasi.
Sistem yang buat orang nampak senang sebab ada rumah dan kereta — padahal hakikatnya, semuanya masih milik bank.
Aku bersandar di kerusi, menutup laptop perlahan.
Ada perasaan sesak dalam dada — bukan sebab tak bersyukur, tapi sebab dah terlalu lama reda pada sistem yang tak berpihak.
Dan aku tahu, kalau nak terus hidup dalam dunia begini, aku perlukan semangat yang bukan biasa2.
Bukan sekadar lepas di tekak.
Tapi Semangat untuk terus fokus, bekerja, dan melawan.
Semangat untuk tidak hanyut dalam sistem yang menjadikan manusia alat.
Dan semangat itu…
Tak datang daripada makanan tinggi proses, atau minuman segera yang kosong khasiatnya.
Ia datang daripada pilihan-pilihan kecil yang dibuat di awal pagi — pilihan untuk jaga diri, jaga fikiran, dan jaga hati.
Kerana setiap hari yang berat perlukan permulaan yang kuat.
Dan esok, aku perlukan permulaan yang semangat — mungkin minuman soya cincau sejuk di pagi hari kelihatan sederhana. Tapi untuk terus terbang, melanggar sistem yang bobrok, ianya bukan sekadar sarapan biasa.
~Coretan Azlan “si petualang keluarga”