Azmi Ijok Farm

Directions Website

Azmi Ijok Farm Azmi ljok Farm adalah pengeluar makanan berasaskan kulit lembu no 1 di Malaysia. Produk yang dihasilkan dengan penuh kualiti, bersih, lembut dan tidak berbau.

Produk Muslim Malaysia.
[Dimiliki oleh Azkar Resources 202103140933 (003267687-W)]

19/08/2026

KULIT LEMBU MACAM NI, TAKKAN NAK AMBIL SATU?

Nampak tak hasilnya? šŸ‘€
Bersih, cantik, potongan kemas tengok pun dah rasa nak makan!

Kami jaga setiap proses dari awal supaya hasil akhir memang bersih, cantik dan sedap dimasak.

Nak buat sambal, masak lemak, goreng atau menu lain, memang puas bila ada stok di rumah.

Kalau dah nak cuba, jangan ambil satu je… ambil COMBO terus!

Lebih puas, lebih berbaloi & boleh simpan stok.

Tekan order sekarang & pilih COMBO anda!

19/08/2026

HITAM & PUTIH, HASILNYA TAK SAMA šŸ‘€

Ramai tak tahu, warna kulit lembu selepas dijemur sebenarnya boleh mempengaruhi hasil akhir.

Kulit yang hitam dan putih melalui proses kuliti dengan cara yang berbeza supaya bulu, bahagian luar dan lemak dapat dibersihkan dengan lebih teliti.

Sebab tu kami tak kejar cepat. Nak hasil kulit yang cantik, bersih dan kemas, proses kena betul dari awal.

Dari kulit yang nampak biasa, kami proses sampai jadi produk premium.

17/08/2026

KENAPA KULIT LEMBU KENA BASUH BANYAK KALI?

Sebab nak hasilkan kulit lembu yang betul-betul bersih, lembut dan tak berbau.

Bukan sekali basuh terus siap. Kulit perlu melalui proses cucian berulang untuk buang kotoran yang melekat, termasuk bahagian dalam kulit.

Kami kejar kualiti, bukan sekadar nampak bersih. šŸ’ŖšŸ»

Bila dah siap diproses, hasilnya kulit yang bersih, lembut dan tidak berbau — baru sedap nak dimasak macam-macam lauk.

16/08/2026

ā€œKulit lembu je… mesti kotor & busuk?ā€

Sebenarnya bukan kulit yang menentukan bersih atau kotor.

PROSES yang menentukan. šŸ”„

Dari bakar buang bulu → cuci → bersihkan sampai betul-betul siap diproses.

Yang nampak bersih atas pinggan, ada proses panjang di belakangnya.

16/08/2026

BUKAN SEMATA-MATA NAK BUANG BULU… API YANG BETUL BUAT KULIT JADI CANTIK

Untuk dapatkan kulit lembu yang bersih, kemas dan betul-betul kurang bulu, proses pembakaran kena dibuat dengan teliti.

Api tak boleh terlalu kuat, tak boleh terlalu lama.

Kalau terlebih, kulit boleh rosak. Kalau tak cukup, bulu p**a masih melekat.

Jadi proses ni kena pandai kawal — cukup untuk buang bulu, tapi kulit masih kekal cantik.

Bila pembakaran dibuat dengan betul, hasilnya kulit jadi lebih bersih dan mudah untuk masuk ke proses pembersihan seterusnya.

Nampak macam sekadar bakar… tapi nak dapat hasil yang cantik, ada tekniknya. šŸ”„

15/08/2026

KULIT LEMBU CELUP TEPUNG?! SIAPA PERNAH CUBA?

Serius aku cakap… menu ni memang lain macam.

Ramai orang bila sebut kulit lembu, terus terbayang sup, masak lemak, sambal atau masakan tradisional.

Tapi bila kulit lembu kita buat celup tepung…

Haaa, yang ni ramai tak pernah terfikir.

Bila dah siap goreng, luar dia rangup, dalam p**a masih lembut dan kenyal.

Paling best bila makan panas-panas.

Cicah p**a dengan sos kegemaran masing-masing… memang susah nak berhenti.

Yang datang makan pun kadang-kadang mula-mula tengok pelik.

ā€œEh, kulit lembu boleh buat macam ni ke?ā€

Bila dah rasa…

ā€œWei, sedapnya!ā€ 🤣

Sebab tu aku s**a tunjuk macam-macam cara kulit lembu ni boleh dimasak.

Bukan sekadar satu menu.

Nak buat sambal boleh.
Nak masak lemak boleh.
Nak goreng pun boleh.
Nak celup tepung pun boleh!

Satu bahan, macam-macam cara kita boleh olah.

Dan menu celup tepung ni memang sesuai makan waktu santai. Buat minum petang, makan dengan nasi, atau hidang dekat keluarga pun boleh.

Cuma ada satu masalah…

Bila dah mula makan, tangan tu susah nak berhenti. šŸ˜‚

Konon nak rasa sikit je…

Sekali tangan ambil lagi.

Ambil lagi.

Ambil lagi.

Tahu-tahu…

ā€œEh, siapa habiskan semua ni?ā€ 🤣

Kalau sekilo buat macam ni, aku rasa sekilo pun belum tentu cukup!

Kalau korang belum pernah cuba kulit lembu celup tepung…

Aku cadangkan cuba sekali.

Mana tahu lepas ni jadi menu wajib dekat rumah p**a.

Ataupun ada yang nak aku buka gerai kulit lembu celup tepung sebelah kiosk Ayam Goreng Muiz?🤣

15/08/2026

Untuk dapat hasil yang cantik permulaan proses juga perlu dijaga kualiti supaya hasilnya juga berkualiti. Ni adalah proses pertama, jemuran yang kami buat secara semulajadi.

14/08/2026

Dari kulit yang baru siap diproses, kita mula dengan sidai, bakar dan bersihkan.

Nampak macam kerja biasa… tapi setiap peringkat ada prosesnya.

Dari tangan kami, satu demi satu disiapkan sampai jadi produk yang dah siap dibungkus.

Akhirnya, sampai juga masa untuk pos kepada pelanggan. šŸ“¦

Inilah perjalanan setiap pek Azmi Ijok Farm — daripada proses di kilang, sampai ke tangan korang.

Bukan sekadar produk. Ini hasil daripada setiap langkah yang kami jaga.

Address

No 27-G, Jalan Industri Bukit Badong 1, Taman Industri Bukit Badong
Batang Berjuntai
45620

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azmi Ijok Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share