D Sate - Rasa Sate Yang Segar & Berkualiti

D Sate - Rasa Sate Yang Segar & Berkualiti Kami sedia menerima sebarang tempahan. Sila hubungi nombor tentera untuk sebarang tempahan. Kedai Makan Sate pertama di Batang Kali,dan juga di Hulu Selangor.

Kami menawarkan harga berpatutan dan rasa sate yang enak kepada pelanggan-pelanggan kami. Landmark kami adalah sebelah Petronas. Buka payung di kaki lima Restoran Deknon

26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 😄

Salam aidiladha. Maaf Zahir & Batin.

Hari Raya Korban mendidik jiwa kita tentang erti keikhlasan yang sebenar. Ibadah korban bukan sekadar tradisi, tapi simbol ketaatan kepada Allah, medan mengikis sifat bakhil, dan peluang berkongsi rezeki demi menggembirakan mereka yang memerlukan.

Semoga pengorbanan kita diberkati dan diredhai-Nya. Selamat Menyambut Hari Raya Korban!

Ikhlas : D Sate - Rasa Sate Yang Segar & Berkualiti

14/05/2026
01/05/2026

Dekat DSate,
kami ada satu menu special:
Sate Kulit Ayam.
Setiap Jumaat sampai Ahad je kami keluarkan Sate Kulit.

Kulit ayam yang kami pakai, kami pastikan betul-betul bersih, tak hanyir, tak berbau.

Sebab kita tahu, yang makan ni bukan sekadar nak kenyang, tapi nak puas hati.

Bila dibakar atas bara, dia jadi lain macam. Sedikit rangup di luar, lembut di dalam, lemak dia cair kena dengan perapan.

Rasa p**a balance, cukup rempah, cukup manis, cukup masin.

Simple je,
tapi buat orang repeat.
Ada yang datang sekali, lepas tu terus ambil 60 cucuk. 100 cucuk pun ada 😅

Kami tak buat banyak. Tapi setiap kali buat. Memang licin.

Kalau nak try, ingat
Jumaat sampai Ahad je.
Lambat, tinggal cerita je 🔥

29/04/2026

Alhamdulillah. dengan izin الله
Segala puji bagi-Nya atas segala kelancaran urusan tempahan raya untuk Raya Syawal 2026.

Terima kasih yang tak terhingga buat semua pelanggan setia DSate yang terus percaya dan tak pernah jemu menyokong kami dari dulu sampai sekarang.

Tahun ini paling bermakna, sebab kami berjaya handle semua tempahan dengan lebih teratur. Orang kata… dah pandai “tune” sikit 😄

Kami juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan dari pihak kami sepanjang proses tempahan dan penyediaan.

Setiap feedback anda kami simpan kemas untuk kami perbaiki lagi di masa akan datang.

✨ Berita baik!
Untuk Raya Haji nanti, tempahan akan dibuka seperti biasa,
namun untuk Hari Raya pertama sahaja.

📌 Slot adalah terhad seperti biasa, jadi siapa cepat dia dapat.

Terima kasih sekali lagi atas kepercayaan anda.

Semoga kita semua diberi rezeki yang melimpah dan dapat berjumpa lagi untuk tempahan seterusnya 🤍

28/04/2026

📍Rawang
Terima kasih, Cik Azhari 🙏

Kalau tak silap, mula kenal sejak 2020 — masa tu saya tengah bakar sate di Tanjung Karang. Dari situ, hubungan jadi lebih daripada sekadar pelanggan… dah macam keluarga sendiri.

Sejak 3–4 tahun ni, setiap tempahan sate melalui catering beliau, DSate tetap jadi pilihan. Satu kepercayaan yang saya hargai sampai hari ini.

Hari ni, majlis rumah terbuka di rumah Cik Azhari. Terima kasih banyak acik sebab sekali lagi pilih kami untuk sajian sate ❤️

Paling seronok bila tengok tetamu berulang-alik ambil sate:
“Eh sate mana ni?”
“Sedaplah sate!”
“Saya tak nak ayam, nak daging je!”

Haa… situ kita dah tahu 😄

Memang tak dinafikan menu killer kita: sate daging🔥

Guna batang pinang, perapan cukup rasa, masin, manis, rempah semua naik. Setiap cucuk memang padu. Sekali rasa… confirm repeat!

Alhamdulillah, bila tetamu makan berkali-kali, itu kepuasan sebenar untuk kami.

DSate… bukan sekadar sate, tapi rasa yang buat orang datang balik 🤝

Ada customer datang dari KKB ke Batang Kali semata-mata nak makan sate saya.Katanya, dia cuma boleh makan dua tempat je:...
20/04/2026

Ada customer datang dari KKB ke Batang Kali semata-mata nak makan sate saya.

Katanya, dia cuma boleh makan dua tempat je:
DSate & sate di Seremban.

Dia jenis cerewet sebab ada alergik. Tak boleh makan sebarangan. Hatta makan ayam pun boleh naik rashes. Tapi bila makan sate saya, alhamdulillah, tak naik rashes langsung.

Bagi saya, ini bukan sekadar feedback.
Ini amanah.
Amanah untuk terus jaga kualiti.
Amanah untuk pastikan kebersihan sentiasa tip-top.
Amanah untuk kekalkan rasa yang konsisten.

Terima kasih sebab percaya 🫶🏻
Kami akan terus buat yang terbaik, bukan sekadar sedap, tapi selamat untuk semua ☺️

Ini Tokteh, atok saudara suami.Tahun ni, alhamdulillah dah 75 tahun.Tapi semangat makan sate tu… kalah orang muda 🤭Hari ...
16/04/2026

Ini Tokteh, atok saudara suami.
Tahun ni, alhamdulillah dah 75 tahun.
Tapi semangat makan sate tu… kalah orang muda 🤭

Hari ni dia datang nak makan sate.
‘Amin, dah sebulan Tokteh tak makan sate. Lalu je kau tutup. Hari ni cuba lalu tengok kau buka. Kasi Tokteh 5 daging 5 kambing 1 nasi impit’

Sampai umur 75 pun masih boleh kunyah dengan selesa, sebab kami memang utamakan kualiti & kelembutan. Bila pelanggan makan dengan senyum macam Tokteh,
itulah kepuasan sebenar kami 🫶🏻

Rahsianya?
Kami tak guna sebarangan daging.
Daging & kambing dipilih khas, lembut, juicy.
Siap pakai bahagian batang pinang, bukan biasa-biasa, bukan murah tau 😆

Nak rasa sendiri sate lembut macam ni?
Datanglah, nanti faham 😉

📍Kaki Lima Restoran Deknon, Batang Kali
🕐 5PM-10PM
❌ Cuti setiap Isnin

Alhamdulillah, selesai majlis rumah terbuka kejiranan di Selindung Daun, Ulu Yam. Seronok sangat bila tengok suasana kej...
12/04/2026

Alhamdulillah, selesai majlis rumah terbuka kejiranan di Selindung Daun, Ulu Yam.

Seronok sangat bila tengok suasana kejiranan yang ramah tamah, meriah dengan gelak tawa semua yang hadir.

Antara yang sempat kami dengar:
‘Sate dia lembutttttt la 😍’
‘Sate ni yang dekat Petronas kan?’
‘Kuah dia pekat, padu! Makan panas-panas memang terbaik 🔥’
‘Tak cukup makan, kena repeat lagi ni!’

Yang datang bertambah-tambah, alhamdulillah, sate kami menepati citarasa semua ❤️

Untuk LIVE COOKING:
✅ Minimum order: 1000 cucuk
✅ Luar kawasan Batang Kali: ada caj pengangkutan

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh WhatsApp saya
📲 012 - 582 0965

Terima kasih semua yang support.

Pagi tadi hantar sate dekat SK Antara Gapi.Tengah turunkan sate, ada cikgu tanya:“Ni sate Batang Kali ya? Yang dekat Pet...
10/04/2026

Pagi tadi hantar sate dekat SK Antara Gapi.

Tengah turunkan sate, ada cikgu tanya:
“Ni sate Batang Kali ya? Yang dekat Petronas tu?”
Kita pun jawab, “Haah betul”
Sekali dia cakap, “Sedap tauuu sate situ!”

Hehe terus tersenyum kita dengar 😬
Alhamdulillah, ngam dengan selera. Terima kasih support Dsate 🫶🏻

Tempahan untuk raya minggu depan masih buka ya!
Siapa nak, cepat-cepat roger 📝

Waktu operasi :
Selasa - Ahad
5.00pm - 10.00pm

Cuti setiap hari Isnin.

012-582 0965 - DSate

🌙 TEMPAHAN JAMUAN HARI RAYA DIBUKA! 🌙Nak buat jamuan raya tapi tak sempat masak? Biar kami uruskan! ✨Special tahun ini, ...
26/03/2026

🌙 TEMPAHAN JAMUAN HARI RAYA DIBUKA! 🌙

Nak buat jamuan raya tapi tak sempat masak? Biar kami uruskan! ✨

Special tahun ini, kami buka tempahan SETIAP HARI.

Sesuai untuk:
Rumah terbuka
Jamuan pejabat
Jamuan keluarga

🔥 Servis LIVE COOKING juga disediakan – masak panas-panas di lokasi anda!

Penghantaran:
• Kawasan jauh : Lalamove
• Kawasan dekat : Self pickup

⏰ Tempahan boleh diambil seawal jam 7 pagi

📌 Tempahan perlu dibuat berserta deposit

❗ Tiada last minute order
📍 Lokasi : Batang Kali

📲 Tempahan & pertanyaan:
012-582 0965 (DSate)

✨ Slot Hari Raya sangat terhad, booking awal untuk elak penuh!

Address

No 73G & 75G, Jalan Meranti 1A
Batang Kali
44300

Opening Hours

Tuesday 18:00 - 22:00
Wednesday 18:00 - 22:00
Thursday 18:00 - 22:00
Friday 18:00 - 22:00
Saturday 18:00 - 00:00
Sunday 18:00 - 22:00

Telephone

+60125820965

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D Sate - Rasa Sate Yang Segar & Berkualiti posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to D Sate - Rasa Sate Yang Segar & Berkualiti:

Shortcuts

Share