Rahsia Resepi Bangsawan

Rahsia Resepi Bangsawan Berkongsi resepi-resepi yang MANTUL dan RAHSIA resepi PADU

Jom ajak kawan² join channel ni
Telegram:

09/08/2022

CARA BUKA PENUTUP BOTOL YANG KETAT

Hai semua,
Biasa korang ada tak masalah susah nak bukak penutup botol jem, sos cili ke atau penutup botol mayonis.
Geramnya…..😡

Bila nak guna time tulah susah nak buka.
Tak apa mai saya kongsi cara buka penutup botol
Korang boleh refer video ni tau cara-cara nya.
Semoga tips ini dapat membantu anda.

Follow kami rapat-rapat tau😀

08/08/2022

MINUMAN VIRAL KOREAN STRAWBERRY SMOOTHIE BUAT KETAGIH

Sejak dua menjak ni korang perasan tak cuaca sangat panas. Dalam keadaan cuaca begini memang best kalau dapat minum air sejuk.
Hah apa kata korang cuba Air Viral Korean Strawberry Smoothie ni.
Memang sedap dengan rasa masam-masam lemak manis. Pasti memikat hati sesiapa yang mencuba nya.
Resepi Korean Strawberry Smoothie🍓🍓🍓

BAHAN-BAHAN
12 Biji Strawberi
2 Sudu Susu Pekat
½ Gelas Susu Full Cream
Ais secukupnya

CARA-CARA
1. Tumbuk atau lenyek-lenyek strawberi dengan susu pekat manis hingga lumat.
2. Sedia kan gelas beserta ais.
3. Masukkan strawberi lenyek tadi dalam gelas beserta dengan susu segar.
4. Akhir sekali cincang baki strawberi dan masukkan dalam gelas tadi.
Wala sedia untuk di hidang

YOU CAN'T BE SAD WHEN YOU’RE HOLDING A SMOOTHIE😀

05/08/2022

Pernah tak korang tetiba rasa nak makan keria gula Melaka yang viral tu? Tapi nak pegi jauh pulak kn.

Haa jom saya kongsikan resepi dia, resepi dia simple je korang.
Lepas ni boleh la korang buat kat rumah je, boleh buat makan petang bersama keluarga 🙂

BAHAN-BAHAN

400g sweet potato purple
70g Tepung gandum
½ Tsp baking powder
¼ Tsp garam
3 Tbsp brown sugar
1 Tbsp butter

Cara penyediaan keria gula melaka ni korang boleh tonton video yang saya sertakan ni okay
🙂
Selamat Mencuba!

28/07/2022

GULAI AYAM PEKAT LIKAT MACAM KEDAI MAMAK🥥🍲🍗

Gulai atau kari ayam memang sinonim dengan masakan utara.
Jika ingin mendapatkan gulai ayam yang sedap haruslah masak rempah dengan betul jika rempah kurang masak, gulai akan kurang sedap dan cepat basi.
Gulai ayam ni sedap makan dengan nasi, lempeng atau cicah dengan roti.
Tak perlu pergi kedai mamak , anda pun mampu untuk masak sendiri.
Jom tengok cara-cara masak gulai ayam yang sedap ini.
Ok guys ni bahan-bahanya

BAHAN-BAHAN
👉Sedikit minyak untuk menumis
👉4 sekawan
👉2 tangkai daun kari
👉1 biji bawang merah
👉2 ulas bawang putih
👉3 sudu serbuk kari
👉1 tbsp asam jawa
👉200 gram santan
👉300 gram air
👉Ayam potong kecil
👉1 tbsp garam
👉1 tbsp serbuk perasa
👉Cherry tomato
👉1 tbsp sos tomato
👉1 tbsp kerisik

CARA-CARA

1. Panaskan minyak, masukkan 4 sekawan tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari.
2. Bila dah naik bau, masukkan serbuk kari yang dicampur dengan air dan tumiskan sehingga pecah minyak
3. Masukkan asam jawa dan santan, bila dah mendidih masukkan ayam.
4. Jika pekat masukkan sedikit air, dan tunggu sampai gulai ayam mendidih, masukkan sos tomato dan garam & serbuk perasa.
5. Akhir sekali, masukkan kerisik gaul sebati bila dah mendidih tutup api dan siap dihidangkan.

Selamat Mencuba❤️❤️❤️

22/07/2022

KAILAN IKAN MASIN BY CHEF ALIF

Bila makan dekat Kedai Siam, rasa tak lengkap kalau tak pesan Kailan Ikan Masin.

Tapi masalahnya bila try masak dekat rumah. Selalu tak sama macam kat Kedai Makan.

Ha ni Chef Alif nak kongsi resepi Kailan Ikan Masin yang sedap macam kedai punya.

Boleh refer video ya cara nak sediakannya.

Korang kena cuba ya dekat rumah.

Jangan lupa LIKE, COMMENT dan SHARE dengan kawan-kawan anda ya.❤️❤️❤️

19/07/2022

PEMINAT COFFEE WAJIB CUBA ORANGE DALGONA NI!

Anda mesti pernah terjebak dengan resepi Dalgona Coffee homemade yang pernah viral masa PKP 2 tahun lepas kan? 😉
Dalgona coffee memang super sedap dengan rasanya yang super creamy dan aroma kopi yang mengasyikkan.
Memang layannn je minum sambil tengok Netflix. Hihi.

Tapi mesti anda tak pernah lagi cuba Dalgona Coffee berperisa orange kan?
Haaa, as simple as anda perlu add on perisa oren sikit je anda dah level up anda punya homemade Dalgona tau.
Resepi ni memang sangat-sangat wajib anda cuba sebab bahan-bahan dia sangatlah simple dan nak buat dia “kacang” sangat!
Jom tonton video kat bawah ni untuk tengok cara nak buat your own Orange Dalgona!
“ORANGE DALGONA”

BAHAN-BAHAN

2 sudu besar serbuk kopi (Brand Nescafe Gold recommended!)
2 sudu besar gula
2 sudu besar air panas
Sedikit perisa oren

SELAMAT MENCUBA!

05/05/2022

Chef Alif nak kongsi dengan anda semua.
Menu mudah yang simple tetapi confirm sedap sangat.
Resepi di bawah ya
Ikan bilis kicap
Bahan bahan
🍳Ikan bilis
🍳Bawang merah
🍳Bawang putih
🍳Kicap
🍳Cili padi
🍳Cherry tomato
🍳Perahan jus limau nipis
🍳Daun ketumbar (hiasan)
Cara cara
♨Panaskan minyak, masukkan ikan bilis goreng sehingga rangup.
♨Tumis, semua bahan di atas sampai garing, naik bau , masukkan kicap.
♨Akhir sekali, masukkan sahaja ikan bilis yang dah di goreng gaul hingga rata, taburkan daun ketumbar dan sedikit perahan jus limau nipis dan boleh dihidangkan.
Selamat mencuba

04/05/2022

PEMINAT KERABU TOLONG HADIR SINI!!!
Menu ni khas buat peminat Maggie yang nak cuba kelainan,
Chef Alif nak kongsi menu mudah
Korang boleh buat sendiri kat rumah
Yang pasti ‘Waaallaaa”🍜🍜🍜
Ni resepinya
Kerabu maggie
Bahan bahan
⭐2 packet maggi
⭐Minyak 2 tbsp
⭐1 tbsp Bawang holland di hiris
⭐1 tbsp bawang merah di hiris
⭐1 tbsp bawang putih di hiris
⭐1 tbsp serai di hiris
⭐1 tbsp cili padi hiris
⭐1 biji tomato
⭐1 tbsp carrot di hiris
⭐Isi jejari ketam
⭐2 tbsp daun ketumbar
⭐1 tbsp paste tomyam
⭐1 tsp gula
⭐1 tbsp daun bawang di hiris
⭐1 tbsp sos ikan
Cara cara
✅Mudah sahaja cara dia, selepas maggie sudah di rebus & jejari ketam sudah di celur
✅Campurkan semua bahan diatas dan gaul sehingga rata bila dah secukup rasa siap boleh dihidangkan.
Kalau dah cuba jangan lupa komen ya

02/05/2022

Antara comfort food zaman childhood kita adalah telur dadar yang di makan dengan nasi panas dengan kicap.
Baik ngaku cepat yang menu telur dadar ni paling mudah dan sedap.
Ha ni Chef Alif nak mengamit kembali memori masa kecil anda
Dengan menu Telur Gulung yang mudah dan sedap
Ni Resepinya,
Telur dadar gulung 🥚🥚🥚🍳
Bahan bahan
Telur 2 biji
Bawang holland
Carrot
Bawang putih
Cili padi
seasoning
Cara cara
Tumis bahan2 tumisan dahulu , tujuan kita menumis dahulu untuk dapatkan rasa telur dadar itu lebih menarik. Akhir sekali masukkan telur kemudian gulung dan boleh dihidangkan.
Selamat Mencuba⭐⭐⭐

30/04/2022

Haluuu semua
Nak makan chicken grill ala thai yang super sedap?
Uolls dah tak perlu naik flight pi bangkok dah.
Chef Alif nak kongsi menu Chicken Grill Ala Thai yang simple dan mudah sangat uolls nak buat.
Ok ni resepi dia
Chicken grill ala thai 🐓
Bahan bahan
(marination)
✨Dada ayam
✨1 tsp serbuk kunyit
✨1 tsp garam
✨1 tbsp kicap manis
✨1 tbsp sos ikan
✨1 tbsp sos tiram
(sos thai)
✨⅘ tbsp sos thai
✨Daun ketumbar
✨Cili hijau besar
✨1 tbsp Bawang holland dicincang
✨1 batang Serai di hiris
✨1 ulas Bawang putih
✨1 biji Cherry tomato
✨1 tbsp perahan limau nipis
✨1 tbsp sos tiram
✨1 tbsp sos ikan
✨1 tbsp kicap manis
✨1 tsp garam & 1 tsp serbuk kunyit
Cara cara
♨Campur semua bahan perapan ayam di atas, dan biarkan sebentar dalam 10 minit sebelum bakar.
♨Sos thai, campurkan sahaja semua bahan di atas & bakar ayam dan boleh dihidangkan dan menikmati.
Selamat Mencuba 🥰

Address

Jalan SG 9/15
Batu Caves

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rahsia Resepi Bangsawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share