03/08/2024
Rasa macam betul-betul dekat pantai timur!
harini aku teringin nasi dagang ikan so kita try la IA Pantai Timur ni.
Sini menu pantai timur tau, mmg unik! Mana nak jumpa dekat KL ni.
Okay ini lah menu yang aku nak cuba hari ni
Nasi minyok gulai ayam,
Nasi dagang gulai ikan Aye itam
Nasi kerabu.
Tengoklah colour gulai ikan dia guys memang buat lapar terus.
Menu pertama ak cuba, nasi dagang ikan.
Makan p**a dengan gulai ikan ayei yang pekat likat dan tak kedekut langsung!
Isi ikan dia memang lembut sesuai untuk semua orang yang nak cuba.
Rasa dia memang ori dari pantai timur guys.
Lepas tu diorang sugest p**a aku try Lempeng Sambal Bilis.
Roti dia yang lembut makan p**a dengan sambal bilis dia memang memang ngam!
Nak lagi best cicah dengan kuah kari yang pekat likat tu fuhh🔥
Bukan itu saja,dekat sini juga ada Roti Tempayan Kari Kambing.
Kaki makan daging kambing confirm s**a.
Potion roti dia memang besar besar bas!
Ini mmg sesuai untuk makan breakfast ataupun bila korang nak menu selamat bila tak tahu nak makan apa. Mmg comfort food lah yang ni. Rasa pedas2 manis manja gitu.
Dekat sini parking banyak, ruang pun luas, mmg family friendly.
Sesuai untuk korang nak bawa family makan luar, nak lepak2 dgn member, atau pun nak santai healing di kedai makan.
Mmg sampai menjilat jari sedap dia. Kalau tak percaya, korang cuba datang try sendiri.
🔥 Sesuai untuk:
✅ Penggemar lauk pantai timur yang mencari port healing hujung minggu
✅ Family yang nak bawak jalan-jalan sarapan hujung minggu
✅ Geng-geng motor yang nak cari port lepak.
Waktu operasi:
⏰ 6.30 Am - 12.00 PM
SELASA - AHAD ✅
ISNIN CUTI
Lokasi:
📌 Lot 10874 (i), Jalan Nakhoda Kiri, Kampung Nakhoda, 68100 Batu Caves, Selangor
https://g.co/kgs/Q2WPN1d
Untuk sebarang pertanyaan & delivery ke rumah ofis & sbgnya, korang boleh terus klik jer link Whatsapp kat bawah ni…👇
📱 Wasap.my/60182364313/bookingIA
Jom singgah bawa kawan dan family sekali. Makan ramai-ramai baru lah enjoyy!