08/06/2026
Vanilla Tempatan vs Import - Mana Lagi Berbaloi Untuk Anda?
Ramai yang tertanya-tanya, vanilla tempatan atau import yang lebih berbaloi? Mari kita lihat dari segi kualiti dan nilai wang.
Vanilla tempatan yang kami tanam di kebun sendiri mempunyai aroma yang lebih kuat dan tahan lama. Ini kerana dipetik pada masa yang tepat dan diproses dengan segera tanpa perlu pengawetan tambahan untuk penghantaran jauh.
Dari segi harga, memang vanilla import kelihatan lebih murah pada pandangan pertama. Tetapi bila anda kira nilai sebenar - aroma yang lebih pekat bermakna anda guna kurang untuk rasa yang sama. Vanilla tempatan sebenarnya lebih jimat dalam jangka panjang.
Lebih penting lagi, dengan membeli vanilla tempatan, anda menyokong petani Malaysia dan membantu mengurangkan jejak karbon kerana tidak perlu import dari negara jauh.
Sebagai penanam vanilla, kami bangga dapat tawarkan kualiti premium yang fresh terus dari kebun ke dapur anda. Cuba sekali, pasti anda rasa bezanya!