Persatuan Pekebun Buah-Buahan Negeri Pahang Malaysia

Persatuan Pekebun Buah-Buahan Negeri Pahang Malaysia 彭亨州果农公会
PAHANG FRUITS FARMERS ASSOCIATION
(PFFA )

https://www.facebook.com/share/p/1C2GF5b5L7/
21/07/2026

https://www.facebook.com/share/p/1C2GF5b5L7/

Pemain industri perlu patuh protokol eksport durian segar ke China - YB Chan Foong Hin
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengingatkan pemain industri terus mematuhi Protokol Keperluan Fitosanitari bagi tujuan eksport durian segar ke China.
Timbalan Menterinya, YB Datuk Chan Foong Hin turut mengingatkan pemain industri terbabit tidak menggunakan sebarang kaedah di luar skop kebenaran yang belum mendapat kelulusan rasmi pihak berkuasa.
Tegas beliau, pematuhan terhadap protokol dipersetujui antara kerajaan Malaysia dan Pentadbiran Am Kastam Republik Rakyat China (GACC) penting bagi memastikan akses pasaran China yang diperoleh hasil rundingan bertahun-tahun terus dikekalkan.
"Kita tidak boleh mengambil risiko yang boleh menjejaskan keyakinan pihak berkuasa China terhadap sistem kawal selia Malaysia.
"Apa-apa kaedah baharu yang belum dipersetujui atau tidak selaras dengan protokol sedia ada tidak seharusnya dilaksanakan secara unilateral kerana implikasinya bukan sahaja kepada syarikat terbabit, malah boleh menjejaskan keseluruhan industri durian negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh Industri Durian Mengenai Cadangan Pre-Cut Durian Eksport ke China di Wisma Tani di Putrajaya.
Datuk Chan berkata, industri durian kekal antara subsektor agromakanan bernilai tinggi negara dengan nilai eksport mencecah RM1.10 bilion membabitkan 45,266 tan metrik ke pasaran global pada tahun lalu.
"Industri durian menjadi antara subsektor agromakanan bernilai tinggi negara yang terus mencatat pertumbuhan memberangsangkan.
"Tahun lalu, Malaysia merekodkan eksport durian bernilai RM1.10 bilion dengan membabitkan 45,266 tan metrik ke pasaran global.
"China kekal destinasi eksport terbesar dengan nilai RM868.09 juta, hampir 79 peratus daripada keseluruhan nilai eksport durian negara," katanya.
Beliau berkata, pembukaan akses pasaran durian segar ke China pada 2024 adalah hasil rundingan panjang antara kedua-dua negara dan tertakluk sepenuhnya kepada Protokol Keperluan Fitosanitari yang dipersetujui bersama.
"Hasil rundingan itu satu pencapaian penting dan mengambil tempoh panjang dan tertakluk sepenuhnya kepada Protokol Keperluan Fitosanitari yang sudah dipersetujui bersama," katanya.
Mengulas cadangan menggunakan kaedah pre-cut, Foong Hin berkata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengambil maklum pandangan sebahagian pemain industri yang melihat pendekatan itu berpotensi memanjangkan jangka hayat produk, mengurangkan kos logistik serta memperluaskan pilihan penghantaran ke pasaran China.
"Bagaimanapun, KPKM turut mengambil kira kebimbangan berkaitan pematuhan protokol, kawalan kualiti, keselamatan makanan dan kebolehkesanan produk selain menjaga reputasi durian Malaysia sebagai durian gugur matang yang menjadi identiti premium negara.
"Pada masa sama, kita juga perlu mengambil kira kebimbangan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak berkaitan pematuhan protokol, kawalan kualiti, keselamatan makanan dan kebolehkesanan produk.
"Perkara ini juga berkait rapat dengan reputasi durian Malaysia sebagai durian gugur matang (tree-ripened) yang selama ini menjadi identiti premium negara," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan bahawa Jabatan Pertanian melalui kenyataan media pada 2 Julai lalu sudah menjelaskan pengeksportan durian segar melalui laluan darat yang membabitkan transit ke negara lain adalah di luar skop Protokol Keperluan Fitosanitari yang sedang berkuat kuasa dan tidak dibenarkan sehingga sebarang pindaan atau protokol baharu dimuktamadkan serta dipersetujui oleh Malaysia dan GACC.
"Selain itu, Pejabat Perwakilan Pertanian (ACO) Beijing baru-baru ini telah mengadakan perbincangan dengan pihak GACC yang mana menegaskan protokol sedia ada masih terpakai sepenuhnya dan tiada laluan darat dibenarkan bagi pengeksportan durian segar ke China.
"Semua pemain industri dinasihatkan supaya terus mematuhi syarat dan protokol yang sedang berkuat kuasa," katanya.



Gambar arkib Jabatan Pertanian

21/07/2026
陈泓缣:顾及品牌定位与形象 业者须遵守榴梿输华协议(吉隆坡18日讯)农业及粮食安全部副部长拿督陈泓缣指出,树摘/割果(pre cut)榴梿出口中国的课题,不仅关乎我国榴梿的高端品牌定位与国际形象,还牵涉马中两国之间贸易协议的签订,一个不慎就...
19/07/2026

陈泓缣:
顾及品牌定位与形象 业者须遵守榴梿输华协议

(吉隆坡18日讯)农业及粮食安全部副部长拿督陈泓缣指出,树摘/割果(pre cut)榴梿出口中国的课题,不仅关乎我国榴梿的高端品牌定位与国际形象,还牵涉马中两国之间贸易协议的签订,一个不慎就会动摇到两国之间的互信与合作关系。

https://www.enanyang.my/news/20260718/Nation/1319476

https://www.sinchew.com.my/news/20260718/nation/7682349

新闻稿农业部加强对华榴莲出口协议,确保符合国际标准布城,2026年7月2日——马来西亚农业部(通过农业及粮食安全部)注意到马来西亚新鲜榴莲经陆路出口至中华人民共和国的相关问题,并始终致力于确保马来西亚所有农产品出口活动均符合两国商定的协议和...
02/07/2026

新闻稿

农业部加强对华榴莲出口协议,确保符合国际标准

布城,2026年7月2日——马来西亚农业部(通过农业及粮食安全部)注意到马来西亚新鲜榴莲经陆路出口至中华人民共和国的相关问题,并始终致力于确保马来西亚所有农产品出口活动均符合两国商定的协议和法律要求。

据悉,目前马来西亚与中国之间生效的新鲜榴莲出口协议是基于双方商定的出口路线。对此,农业部已收到中华人民共和国海关总署的反馈,即马来西亚新鲜榴莲经陆路(涉及过境国)出口至中国不属于现有协议的适用范围。

根据反馈意见,在双方最终达成一致意见并签署新的议定书或对现有议定书进行修订之前,农业部暂不允许通过陆路向中国出口新鲜榴莲。

为确保贸易顺利进行并维护我国的出口市场准入,农业部将与加纳农业合作社(GACC)就拟议的陆路新鲜榴莲出口方案进行进一步磋商。这些磋商至关重要,旨在确保在跨越多个国家的运输过程中,能够遵守可追溯性、生物安全、植物检疫合规性和供应链完整性等各项规定。

与此同时,农业部将与交通部和马来西亚农业驻曼谷代表处举行联合磋商会议,以获取有关物流要求、跨境协议、过境程序和监管方面的详细信息,以便未来通过陆路出口榴莲时能够遵守这些规定。

农业部还注意到,业界有意开发包括预切榴莲在内的高附加值榴莲产品,以开拓出口市场。为此,任何出口提案都必须有全面的科学技术研究支持,以确保产品在整个分销过程中的质量保证、食品安全和保质期。

为此,农业部已与马来西亚农业研究与发展研究所(MARDI)合作,在向进口国当局提交任何关于预切榴莲出口的提案以供进一步考虑之前,开展必要的研究。

农业部始终致力于通过遵守国际标准、加强贸易关系以及与所有利益相关方密切合作,提升马来西亚榴莲产业的竞争力并扩大出口市场准入。

貓山王榴莲零售價新低主因“新樹榴槤致品質不佳”
28/06/2026

貓山王榴莲零售價新低主因
“新樹榴槤致品質不佳”

24/06/2026

中国(郑州)-东盟风情美食节
ASEAN-China (Zhengzhou)-Cultural and Food Festival (17 - 21 / 6 / 2026)
#马来西亚果农总会
#彭亨州果农公会
#榴莲爱好者
#榴莲
#猫山王榴莲

20/05/2026

方训勇:由于目前政府对生态旅游业的相关条例尚不够完善,而生态旅游业又属新兴行业,导致许多业者向有关部门如市议会提出营业申请时,面对不少问题,且需耗费长时间等待批准或也有被拒绝。
#东海岸人 #点击看更多内容:
https://eastcoast.chinapress.com.my/?p=317406

https://eastcoast.chinapress.com.my/?p=316192“尽管榴梿园主可凭私人註册的皮卡车,领取每月400令吉的柴油补贴,但所有商业註册的柴油皮卡车主或园主,却被排除在柴油补贴清单之外。”
10/05/2026

https://eastcoast.chinapress.com.my/?p=316192
“尽管榴梿园主可凭私人註册的皮卡车,领取每月400令吉的柴油补贴,但所有商业註册的柴油皮卡车主或园主,却被排除在柴油补贴清单之外。”

Address

Bentong
27600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60129087331

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pekebun Buah-Buahan Negeri Pahang Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Pekebun Buah-Buahan Negeri Pahang Malaysia:

Shortcuts

Share