16/05/2026
Seorang guru juga dibentuk oleh guru.
Besar hikmah rezeki menjadi seorang guru walau ini bukan cita²ku sejak dari kecil. Berkat doa seorang ibu maka jalan guru inilah yang telah diatur cantik untuk dijalani sejak 15tahun lalu.
Bukan senang untuk mendidik anak² kecil di sekolah. Umpama seorang ibu mengajar anaknya makan sendiri, perlu kesabaran dan penuh pengharapan kepada anak itu sendiri. Cukup masa maka berjayalah anak² sehingga dapat menyuap ibunya kembali.
Tapi guru tidak mengharapkan balasan. Cukup sedikit rasa hormat dan adab, kerana bukan tugas guru memberi kejayaan tapi Allah yang merancang yang terbaik. Selalu kita dengar dan baca. Guru umpama lilin. Begitulah...
Keluarga jugalah tempat kembali anak². Titipkanlah doa supaya anak² kita diberi kefahaman dalam pembelajaran dan beroleh kejayaan sepanjang hidupnya.
Terima kasih ibu ayahku, guru pertama mendidik solat dan alquran. Moga pahalanya terus mengalir untuk mereka🥺 Terima kasih juga guru²ku, TadikaGG,SKGG,Maahad Saniah,UMNP,UMKL, 20tahun dialam sekolah. Moga diberi syurga untuk kalian semua.