Bubur Lambuk AbiYummi

Bubur Lambuk AbiYummi Page ini merupakan page asal UmmiYummy. Page ini telah beralih kepada projek baharu yang menekankan tentang amalan infaq atau bersedekah.

Anda bersedekah, kami edarkan. Itu merupakan konsep infaq yang kami jalankan. Menu utama kami adalah bubur lambuk. KAMI MENGEDARKAN MAKANAN YANG TELAH DIBAYAR ATAS NIAT INFAQ (SEDEKAH) KEPADA:
ANAK-ANAK YATIM
ASNAF-ASNAF
SURAU & MASJID
FRONTLINERS
INDIVIDU-INDIVIDU YANG KURANG BERKEMAMPUAN

UNTUK SEMENTARA WAKTU, EDARAN HANYA SEKITAR KAWASAN DI MANA TIADA SEKATAN JALAN RAYA YANG PERLU KAMI TEMPUH (SERI ISKANDAR, PERAK TENGAH DAN SEKITARNYA)

08/03/2025
Ibn Qayyim Al-Jawziyah dlm kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan bahawa _"Bersedekah pada hari Jumaat ini adalah lebih mulia ...
27/02/2025

Ibn Qayyim Al-Jawziyah dlm kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan bahawa _"Bersedekah pada hari Jumaat ini adalah lebih mulia berbanding dengan hari-hari yang lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah sama seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain.”

Hari Jumaat ini merupakan hari Nisfu Sya'ban. Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahka...
12/02/2025

Hari Jumaat ini merupakan hari Nisfu Sya'ban.

Islam tidak meletakkan sesuatu amalan khusus yang mungkin boleh dinisbahkan sebagai sunnah Nabi Muhammad SAW untuk diamalkan pada malam Nisfu Sya’ban, tetapi dalam pada masa yang sama, kita hendaklah mengambil peluang dengan kelebihan yang ada pada malam tersebut dengan beramal sebanyak-banyaknya seperti dengan membaca al-Quran, solat sunat, berzikir, bersedekah, dan lain-lain lagi.

Marilah kita bersedekah dan menginfakkan RM3 untuk sebekas bubur lambuk. Bubur ini akan diedarkan pada hari Jumaat, di masjid, surau, rumah anak yatim, dan pusat tahfiz sekitar Seri Iskandar & Bota (Perak).

Semoga Allah membalas segala kebaikan dan sumbangan yang diberikan. Semoga pahala bersedekah ini akan terus mengalir untuk diri sendiri, dan juga ahli keluarga (sama ada yang masih hidup, atau yang telah meninggal dunia).

Jum berbagi rezeki..Celebrating my 10th year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made...
03/12/2024

Jum berbagi rezeki..
Celebrating my 10th year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. 🙏🤗🎉 Ummi Nordin

Projek Sedekah/Infaq Bubur masih berjalan seperti biasa.Kami akan menyedia dan mengedarkan Bubur Lambuk ke surau², masji...
09/02/2024

Projek Sedekah/Infaq Bubur masih berjalan seperti biasa.

Kami akan menyedia dan mengedarkan Bubur Lambuk ke surau², masjid², maahad tahfiz, dan juga rumah anak yatim sekitar Perak Tengah.

Sekiranya anda berminat untuk bersedekah, boleh hubungi saya atau terus salurkan sumbangan ke nombor akaun yang tertera. Hanya RM3 untuk sebekas Bubur Lambuk.

is coming soon. Kami sediakan wadah utk anda bersedekah

Terima kasih 🥰

Ummi Tiga Ummu
Abi Yahaya

Projek Sedekah Bubur masih berjalan seperti biasa.Sempena bulan Muharam ini, kami akan menyedia dan mengedarkan Bubur As...
27/07/2023

Projek Sedekah Bubur masih berjalan seperti biasa.

Sempena bulan Muharam ini, kami akan menyedia dan mengedarkan Bubur Asyura ke surau², masjid², maahad tahfiz, dan juga rumah anak yatim sekitar Perak Tengah.

Sekiranya anda berminat untuk bersedekah, boleh hubungi kami atau terus salurkan sumbangan ke nombor akaun yang tertera. Hanya RM3 untuk sebekas Bubur Asyura.

Terima kasih 🥰

Salaam sayang semua. Kami masih membuka peluang untuk sesiapa yang ingin menempah atau bersedekah bubur lambuk di sepanj...
14/03/2023

Salaam sayang semua. Kami masih membuka peluang untuk sesiapa yang ingin menempah atau bersedekah bubur lambuk di sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini. Boleh hubungi no. telefon yang tertera atau hulurkan sumbangan anda ke akaun kami. Terima kasih 🥰

07/03/2023

Assalamualaikum semua. Maaf lama tak update page ni. Agak sibuk dengan kerja hakiki. Kami masih menjalankan program infaq bubur lambuk secara berkala. Mohon share info ni ya. Terima kasih 🥰

Address

Bota
32600

Opening Hours

Monday 08:00 - 00:00
Tuesday 08:00 - 00:00
Wednesday 08:00 - 00:00
Thursday 08:00 - 00:00
Friday 08:00 - 00:00
Saturday 08:00 - 00:00
Sunday 08:00 - 00:00

Telephone

+60194496035

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bubur Lambuk AbiYummi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bubur Lambuk AbiYummi:

Share