Dapoq Kak Linda

Dapoq Kak Linda Set Nasi Talam

GULAI AYAM PADANGBahan kisar :Bawang putihBawang merahHaliaKunyit hidupCili merahCili padiBahan lain :AyamSantanSerai da...
16/12/2024

GULAI AYAM PADANG

Bahan kisar :
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Kunyit hidup
Cili merah
Cili padi
Bahan lain :
Ayam
Santan
Serai dan lengkuas diketuk
Daun limau dan daun kunyit (hiris besar)
Gula
Garam

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan ayam dan biarkan seketika. Masak sehingga ayam mengecut. Boleh tambahkan sedikit air dan biarkan dalam 10 hingga 15 minit.
3. Selepas itu masukkan serai dan lengkuas yang telah diketuk, daun limau dan daun kunyit.
4. Masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam, siap...
Selamat mencuba..

Kredit resepi : Naddy's Kitchen

14/10/2024

RESIPI SOTO CARA SAYA😬

Resipi Kuah Soto (resipi ni utk 2 liter air/ 6 org makan)

•lengkuas 1 inci
•halia 1 inci
•bawang merah besar 4 biji (mmg Klau b*k lg sdp)
•bawang putih 1 ulas
•buah keras 1 biji
*blend semua bahan di atas

•Ayam potong besar sebab nak carik kan nnti
•serai 2 batang (ketuk)
•minyak utk menumis
•Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)
•Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
•kiub ayam 1
•akar daun sup (potong n cuci bersih)
•air 2 liter/ sejug
*atau kalau xnk guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kdg guna rempah soto je boleh dpt kan jenama apa saja. Bahan lain jgn ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jgn bergantung dgn rempah semata2.

Cara masak:
•tumis bahan blend, serai n akar daun sup sehingga naik bau/betul2 masak/sedikit garing. Supaya bawang smua tu x rasa mentah di kuah nnti. Bila masak elok kuah akn jd wangi.
•masukkan serbuk sup n kurma / rempah soto.
•masukkan ayam. Agak2 air ayam da hampir kering baru masukkan air.
•masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nnti)
•Siap!

Resipi Begedil kentang
•ubi kentang 5/6 biji buang kulit then potong kecil. Rebus.
•lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat2 kan then leperkan sedikit.
•Telur 1 biji
•lada sulah
•garam secukup rasa
*pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nnti jadi mcm bersarang.

*cara goreng begedil supaya x hancur, panaskan minyak agak2 tenggelam separuh begedil je. Jgn penuh k. Panas kan dgn api yg kecil sehingga betul2 panas. Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balik2kan selagi yg sebelah kena minyak tu x garing/kekuningan. Da garing bru balikkan ye. Klau balikkan awl2 mmg pecah ler.

Saja repost resipi sambal kicap ni sbb ada lg yg tnya..mybe xperasan previous post kot. Hehe

RESIPI SAMBAL KICAP

Bwg ptih seulas ketuk then goreng hgga garing. Cili pdi segenggam (ikut ler nk taruk b*k mana ye) goreng skali ngn bwg ptih td.. agkt. Jgn buang k myk nye. Minyak bwg putih ni buat sambal ni lg kick rasa n bau nya.

Then tmbuk, isi gula, sos cili n kicap. Msukkn myk gorengan td dlm sesudu. Gaul rata. Xyh isi grm da sbb sos n kcp tu da msin.

*Boleh makan dgn Soto, mi sup, cicah goreng2 Pisang/ubi/sukun.. eh ikut s**ati tekak lah

13/10/2024
14/09/2024

NASI AIR SIAM MELETOP

Bahan-bahan (nasi)

1 cawan beras
4 cawan air
3 hiris halia
Sedikit garam

Bahan-bahan (sup daging)

1/2 kg daging - potong besar
1/2 kg tulang
1 biji bawang besar merah – dihiris
2 ulas bawang putih – diketuk

4 sekawan
Kulit kayu manis, buah pelaga
Bunga lawang, bunga cengkih

1 1/2 sudu besar rempah soto/sup
Minyak masak
Garam
Air

Bahan-bahan (Air Lada)
20 biji cili api
1/4 cawan cuka
Gula

Bahan-bahan (Daging goreng)
1 inci halia
Garam

Bahan-bahan lain

Ikan bilis goreng
Telur masin
Lobak masin
Sos ikan
Limau nipis
Daun sup & daun bawang
Cili merah

Cara-cara (nasi)

Cuci beras beberapa kali. Masukkan kesemua bahan dalam periuk. Panaskan di atas api yang perlahan dan kacau selalu supaya nasi tidak hangit. Jika kering, tambah sedikit air.
Kacau sehingga menjadi nasi yang lembik (macam bubur tapi lebih pekat). Padamkan api bila dah siap.

Cara-cara (Air rebusan tulang)
Rebus daging dan tulang dengan air secukupnya sehingga empuk. Lebih kurang 2 @ 3 jam juga lah. Nak cepat empuk jangan pi hempuk pulok masak dlm pressure cooker sure x pressure tunggu daging empuk..

Cara-cara (sup daging)
Tumis bawang besar, bawang putih dan 4 sekawan sehingga naik bau dan bawang agak perang.

Masukkan air rebusan tadi dengan tulang. Kemudian masukkan rempah soto/ sup. Rasakan dengan garam.

Cik Tie suke gune rempah soto cap syarifah tapi kat johor aje adanya. Kalau tak hade rempah sup babas pun sodap juge.

Cara-cara (daging goreng)
Potong kecil daging yang direbus tadi. Gaulkan dengan halia yang ditumbuk dan garam.

Kemudian gorengkan daging tadi.

Cara- cara (Air lada)
Blendkan cili api, cuka dan garam. Untuk air lada Cik Tir s**a lebihkan manis. Bila makan dengan nasi air balance rasa masam, manis dan pedas.

CARA MAKAN
Engkau ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Makan semangkuk confirm tak cukup. 😄😄😄

Kredit:Khadijah Jaafar

12/09/2024

Agar agar lumut khas utk mak mertua....mak mertua akk mmg s**a sgt agar2 lumut....loyang yg kecik tu khas utk nya....akk syg mertua mcm mak sendiri...dia lh syurga suami ku...😍😍💕💕

Resepinya

BAHAN2 NYA
Agar2 tali 30 gram
Air 5 cawan
Daun pandan 4 helai blander. Ambik airnya dlm 1 cawan..
Telur 2 biji
Santan kara 1 kotak kecik
Garam sikit
Gula 1 cawan..akk x nk manis sbb mak merua x s**a manis2..
Pewarna hijau...nk bg warna nya cantik.

CARA CARA
Msk agar2 sambil larut bru msukkn gula...pukul telur nga santan..bila agar2.dh mendidih msukkn air pandan n pewarna hijau...masukkn garam. .tunggu sampai mendidih ..baru masukkn santan yg dipukul nga telur td..kacau2..sampai mendidih...padam kn api..tuang dlm loyang..loyang akk tu akk x tau brapa inci..😄😄
Resepi ni cara akk ya. ..mungkin cara sahabat2 lain....
Selamat mencuba...😍😍

kredit resepi : Umi Norma

Like page : Resepi Lazat Sentuhan Hati

Join group : Resepi Kek Dan Puding Lazat

🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪

Geng mak-mak yang nak buat $$$ dengan sambal, cookies dan snack.

💕 Picit Sini 👇🏻
https://wa.me/60172998986/?text=SayaGengMakMakDanSayaNakInfoLanjut

WANITA sahaja

12/09/2024

RESEPI MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT

Bahan tumbuk lumat:
1 sudu teh Jintan manis
9 biji cili api
1 inci halia
4 labu bawang merah - kecil

1/2 kilo siput sedut di basuh bersih dan dicantas montotnya.

Cara Masak:
📌Masukkan siput sedut yg dibasuh bersih ke dalam periuk
📌masukkan bahan yg ditumbuk
📌1 btg serai diketuk manja
📌1 helai daun kunyit dicarik kasar
📌masukkan santan kotak separuh
📌2 cawan air kosong
📌1 biji nenas dipotong seperti dalam bideo

👉 Terus rebus naik sehingga mendidih, masukkan baki santan kotak.
👉 Kuahnya agak2 ya, kalau nk makan nasi banjir…lebihkan santan & air.
👉 Masukkan garam, gula & cukup rasa sehingga dapat rasa sedap ikut tekak masing2….
👉 Tunggu mendidih…dah siap la masak…

📌 Angkat dan hidang bersama nasi putih, sambal belacan, ulam-ulaman, ikan goreng & ikan masin….

Perghhhh makan tak tinggal lauk untuk orang belakang dahhh 😁

Selamat mencuba resepi cara kak linda 🤩

Address

Mengkuang Berapit
Bukit Mertajam
14400

Telephone

+60136206061

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dapoq Kak Linda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dapoq Kak Linda:

Share

Category