Zanaal's Resepi

Zanaal's Resepi Masakan semudah A.B.C dan setiap hidangan amat meyelerakan.

Pes Perapan Berapi dan Pes Ibu Sambal Meletop rasanya yang sangat digemari terutamanya kepada ibu-ibu yang gemar menyediakan hidangan yang sihat dan lazat untuk keluarga tersayang.

20/03/2024
15/01/2024

Resepi kek pandan layer (sukatan guna cawan minum teh)

Bahan kek*****
3 biji telur A
1/2 cwn gula perang (nk manis 1 cwn)
1 sdb ovallete
1 cwn tepung gandum
1/2 sdt baking powder
1/2 sdt baking soda
1/4 sdt garam
1 sdt perisa pandan
1 sdt pewarna hijau
1/2 cwn santan kotak
Sedikit esen vanilla
3 sdb air pandan
50ml minyak jagung

-pukul telur, gula dan ovallette sampai warna putih guna mixer.
-ayak tepung, baking soda+powder dan garam pastu masukkan dalam adunan selang seli guna speed perlahan.
-matikan mixer. Campurkan kesemua bahan lain dan kaup guna spatula je. Last sekali baru masukkan minyak.
-bahagi dua adunan dan ketuk2 loyang bagi hilang bubble. Kukus 15-20min api besar. Kalau bakar ikut suhu oven masing2.
-da masak kuarkan dr loyang dan tggu smpi sejuk.

Bahan Kastard Pandan******
1 cawan santan kotak@santan segar
3 cawan air
1 cawan air pandan/ 1 sdt perisa pandan
1 cawan susu cair
100g tepung hoen kew(ku guna 50 gm tepung jagung dan 50gm tepung kastard)
1/2 cawan gula perang (nk manis 1 cwn)
1 sdt garam halus
10g agar2 serbuk/ agar2 tali
1 sdt pewarna hijau
Jumlah cecair(santan+susu cair+air pandan dan air mesti 1200ml@6 cawan kesemuanya)

-jika guna agar2 serbuk,ayakkan tepung dan satukan dgn bahan2 lain ke dlm periuk.
-cacau dgn api sederhana perlahan2 sampai pekat berkilat dan meletup2 kecil.

*Jika guna agar2 tali:
-satukan air dgn agar2 dan masak hingga mendidih dan agar2 larut. Kacau sekali sekala.
-masukkan gula,garam dan pewarna,kacau sekejap... biar mendidih.
-ayakkan tepung dan satukan dgn air pandan, santan dan susu cair. Kacau sebati dan tuangkan ke dalam periuk agar2 yg tgh mendidih.
-kacau jgn berhenti hingga adunan pekat dan mula meletup2 kecil. Kalau nampak terlalu pekat tambah setengah cawan air panas dan kacau sebati hingga mula meletup2 kecil semula. Matikan api... Siap kastard.

Cara melapis kek dan kastard:

-basahkan loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi @ renjiskan dgn air biar basah.
-kalau kek potong 2, bahagikan kastard kepada 3 bahagian. (Ku buat 2 potong kek je)
-bahagian dlm loyang biar basah tau, jgn lap kering pulak. Kemudian ambil mangkuk kastard pertama dan tuang dlm loyang. Ratakan keseluruhan loyang dan letak sekeping kek di bahagian tengah2 kek. Biar tepi2 ada ruang kosong.
-kemudian masukkan bahagian kastard kedua dan tuangkan ke atas kek, tuangkan juga pd tepi2 sekeliling kek. Ratakan kemudian hentak2 perlahan biar kastard rata dan turun ke tepi2 loyang.
-kemudian ambik lapisan kek yg kedua dan letak atas kastard tu, tutup balik dgn baki adunan kastard. Ratakan dan hentak perlahan loyang.
-biarkan kastard sejuk, kemudian simpan kek dlm peti ais sekurang2nya 4 jam.Kalau tak cukup 4 jam@lebih jgn berani nak tanggalkan loyang dan keluarkan kek ye. Nanti kastard x cukup keras,takut pecah...

Cara tanggalkan kek dari loyang***

-lepas keluarkan loyang dari peti ais, kalau nampak kastard melekat kuat pd tepi loyang ...ambik pisau besi nipis dan lalukan hujungnya pd tepi permukaan loyang tapi jangan sampai ke bahagian bawah loyang nanti calar2 kastard.Hentak dan goyang sikit2 loyang supaya kek regang sikit dari loyang.
-ambil pinggan besar@cake board@talam letak pd permukaan loyang, kemudian terbalikkan biar loyang terlangkup atas pinggan.Tepuk2 sikit belakang loyang. Pnuh hati2 ya..
-pegang sisi loyang dgn tapak tgn, bila rasa kek dah turun angkat loyang perlahan2. In shaa Allah, kek keluar licin cantik, tak melekat2 pd loyang.

Credit : Cheesu Riani

Join group : Resepi Kuih Muih, Biskut Dan Kek Viral 💕 Pandai Masak Pandai Bisnes

Like page : Resepi Puding Pilihanku

🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪

Admin nak cari geng mak-mak yang nak jual sambal, cookies dan snack RM 10. Tak perlu uruskan stok. FREE REGISTER.

💕 Picit Sini 👇🏻

www.wasap.my/60129297268/-NakJoinJualSambalCookiesSnack

*Terbuka untuk WANITA sahaja

13/12/2023

Bertahun tahun saya guna resepi ni...
Hasil kejadian keknya..
Keluar dari oven langsung tak mendap2 walaupun kek nya lebih 8jam duduk dalam loyang.
Saya nak ajar satu trick nak elak kek tu jatuh / mendap dengan menggunakan resepi tu..
LEPAS KELUAR OVEN.. HENTAKKAN KEK 1-2X MACAM KITA HENTAKKAN LOYANG SEBELUM KITA BAKAR KEK NI.. insyaallah dah xkan jatuh dah.. BUT make sure jangan terlebih pukul.. k
Ni saya repost balik

resepi PREMIX SPONGE CAKE /COKLAT SPONGE CAKE ikut saiz loyang
Loyang 6&7

100gm Tepung Gandum (75gm tepung gandum + 25gm serbuk koko)
45gm Tepung Jagung
100 Gula Kastor / Halus
4 biji Telur A
25gm Ovallate
30gm Susu Full Cream Sejuk
40gm Butter Cair / Minyak Jagung
1/2 tsp vanilla

Loyang 8
130gm Tepung Gandum (100gm tepung gandum + 30gm serbuk koko)
60gm Tepung Jagung
130 Gula Kastor / Halus
5biji Telur A
30gm Ovallate
50ml Susu Full Cream Sejuk
60ml Butter Cair / Minyak Jagung
1tsp vanilla

Loyang 9
200gm Tepung Gandum (155gm tepung gandum + 45gm serbuk koko)
90gm Tepung Jagung
200 Gula Kastor / Halus
7biji Telur A
45gm Ovallate
75gm Susu Full Cream Sejuk
90gm Butter Cair / Minyak Jagung
11/2tsp vanilla

Loyang 10
260gm Tepung Gandum (200gm tepung gandum + 60gm serbuk koko)
120gm Tepung Jagung
260 Gula Kastor / Halus
10biji Telur A
60gm Ovallate
100ml Susu Full Cream Sejuk
120ml Butter Cair / Minyak Jagung
2tsp vanilla

Cara2..
1. Pukul semua bahan KECUALI butter cair / minyak jagung sampai kembang (naik 2x ganda)
2. Ambil 1/3 adunan letakkan dalam mangkuk dan masukkan butter cair / minyak jagung. Kacau sebati
3. Tuang adunan ke dalam bekas adunan utama dan kacau sebati guna senduk dan spatula.
4. Bakar hingga masak.
5. Ikut trick di atas.. (LEPAS KELUAR OVEN.. HENTAKKAN KEK 1-2X MACAM KITA HENTAKKAN LOYANG SEBELUM KITA BAKAR KEK NI.. insyaallah dah xkan jatuh dah..)....dan sejukkan sepenuhnya pada suhu bilik.
Tak cantik sebab merekah?
Masa ni saya masih nak menyesuaikan diri dengan oven baru.. merekah ni terjadi bila suhu oven terlalu tinggi.

Kredit fauzi karim

Loyang petak https://shope.ee/AKAWwp22su
Ruang dapur kecik boleh tengok ni https://shope.ee/AKA2fvNbgB

Address

Cheras
56100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zanaal's Resepi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Zanaal's Resepi:

Share