02/05/2024
Aidilfitri, hari bahgia,hari yang mulia!
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1445h/2024 semua.
Dari 9 Syawal,tempahan tidak putus-putus seperti jalan jammed every weekend di Hulu Langat.
Alhamdulillah masih ada lagi pelanggan lama yang ulang2 order tanpa jemu. Syukur mereka belum muak lagi dengan kami.
Paling tidak kami sangka, tempahan dari pelanggan baru datang dari pelosok Klang Valley, Putrajaya, Cyberjaya, Ampang dan Kuala Lumpur sungguh incredible dan mengagumkan. Syukur!
Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan buat semua yang sempat membuat tempahan jelly kelapa kami sepanjang Ramadhan dan Syawal kali ini. Moga kita dipertemukan juga sekali,dua kali dan berkali-kali lagi di majlis2 istimewa korang yang akan datang. Amin yaa Mujiib!
Tak lupa,kami memohon ampun maaf sepuluh jari dari hujung rambut hingga jari kaki sekiranya ada tempahan yang terpaksa kami tolak atas sebab2 yang tidak dapat diterima pihak kalian. Kami berharap jangan terus kecewa untuk buat tempahan di majlis2 istimewa yang lain p**a.
Dengan ini,bagi membuktikan yang tempahan jelly kelapa kami tidak putus2 diterima ini,meh nak belanja gambar2 dari kami dan pelanggan2 terbaik kami semua.
Enjoiyysss!
*Sesiapa yang nak buat tempahan atau ada sebarang pertanyaan,terus whatsapp admin kami ye.